Tuesday, January 31, 2017

Katalog Punca Terjebak


Teks dan foto:  Hawa Rosli


Salah satu hobi saya adalah menelek katalog.  Ada sesiapa punyai hobi sama seperti saya?

Semasa masih bekerja dahulu, ramai kawan-kawan berniaga barangan dari katalog.  Kadang-kala saya tidak sempat membaca dan melihat katalog sewaktu masa rehat.  Jadi, saya akan meminjam dan bawa pulang ke rumah.

Sebelum tidur, pasti saya akan belek katalog.  Kalau ada yang murah dan saya perlu, saya akan buat pesanan belian dari kawan.  Keesokkannya katalog itu saya pulangkan semula kepada kawan.

Saya suka tengok katalog kerana warna-warna yang memikat dan barangan yang dijual kelihatan cantik dan ada yang murah harganya.

Bermula dari itulah saya mula terpikat dengan Tupperware.  Setiap bulan pasti keluar katalog dan harga potongan yang amat menarik.

Pada mulanya hanya beli untuk kegunaan sendiri.  Tetapi lama-kelamaan jadi seronok kerana ramai kawan mula membeli dan akhirnya saya terus jadi ahli dan menjual barangan Tupperware.

Sehingga ke hari ini, hobi itu masih ada.  Cuma saya hanya melihat menerusi talifon pintar sahaja.




No comments:

Post a Comment