Monday, January 16, 2017

Keluarga Kecil Ku


Teks dan foto: Hawa Rosli


truut! truut! terpapar nama Adik di skrin handphone.

'kak, bapak ajak gi makan petang ni.  bapak belanja' katanya.

Saya terkesima sebentar.

Keluarga saya sangat kecil.  Saya hanya ada seorang adik lelaki.  Jarak usia kami 8 tahun.  Semasa kecil, saya garang dengan dia.  Saya pernah rotan dia.  Bergaduh dan marah tu biasa.  Ye, saya garang.

Menginjak dewasa, dialah bff saya.  Hampir semua rahsia saya, dia tahu.  Mak saya pun tak tahu.  Dan semakin meningkat usia, saya selalu rasa sedih dan menyesal tentang kisah yang lepas.  Terkadang, saya menangis menyesal kerana merotan adik.  Maafkan akak, dik 😭

Adik punyai seorang anak lelaki bernama Ammar.  Dialah buah hati saya.  Keletah dan ragamnya adalah hiburan buat saya.  Sehari tak jumpa rasa kosong dan sunyi.  Bakal berusia 4 tahun pada bulan September nanti.

Saya masih punya Mak dan Bapak.  Mereka akan berusia 70 dan 71 tahun pada tahun ini.  Setiap hari saya berdoa agar dipermudahkan segalanya untuk mereka.  Semoga Allah menjaga mereka semasa saya tiada bersama mereka.  Matikanlah mereka dalam Husnul Khotimah dan moga Allah masukkan mereka ke Syurga tanpa hisab.  Biarlah di dunia ini mereka bersusah payah dan hadapi bermacam dugaan dan rintangan.  Tetapi amat mudah di sana nanti.  Aamiin.

Akhirnya semalam, kami dapat berkumpul dan penuhi hajat Bapak untuk makan bersama.  Alhamdulillah.  Melihat Mak dan Bapak makan dengan penuh berselera amat memuaskan hati.

Beruntunglah sesiapa yang masih punya mak ayah.  Mereka bukan minta duit atau kemewahan.  Tetapi mereka hanya inginkan perhatian sahaja.


Saya sayang keluarga kecil saya 👪💝

No comments:

Post a Comment