Sunday, January 15, 2017

Ebook Asas Blog dan Penulisan


Teks: Hawa Rosli


BLOG.  Saya pernah buat blog dan upah designer untuk mencantikkan blog.  Setakat basic je  saya tau.  Tapi tak pernah konsisten menulis dan update blog.  Akhirnya bersawang dan terus terbiar.  Siapa sama macam saya? 😊

Sejak tahun lepas lagi saya nak belajar buat blog.  Akhirnya tahun ini baru tercapai.  Buat blog, mungkin sesiapa pun boleh buat yang asas sahaja.  Dengan adanya ebook asas blog dan penulisan, ianya sangat membantu.

Saya baca ebook tersebut sebanyak 2 kali.  Secara ringkasnya, ebook ini memberi panduan bagaimana dan dari mana hendak mulakan penulisan.  Kemana arah dan fokus kita dalam melahirkan blog yang dapat memberi inspirasi kepada orang lain.

Pelbagai tips diberikan untuk menjadi penulis yang fokus, konsisten dan seterusnya menjadi penulis blog yang berpengaruh.  Rupanya blog ini ada pelbagai jenis.  Semuanya diterangkan didalam ebook ini.

Blog bukan sekadar tempat catatan harian tetapi boleh dijadikan ebook dan menjadi salah satu sumber pendapatan menjual ebook.  Menarik bukan?

No comments:

Post a Comment