Teks: Hawa Rosli
Foto: Sumber Google
Emel: puanhawarosli@gmail.com
1 Mac 2017, harga gula naik 11 sen! Namun, dikatakan belum ada surat rasmi yang dikeluarkan. Sumber dari MalaysiaKini
Apakah kesan terhadap pengguna seperti kita? Banyak! Penjualan makanan dan minuman pasti naik harga lagi.
Dari sudut positifnya, bagus untuk kesihatan kerana demi menjimatkan perbelanjaan pembelian gula kita akan kurangkan penggunaan gula dalam makanan dan minuman. Andainya kita sendiri yang buat dirumah.
Tetapi bagi industri makanan dan minuman, pasti harga akan lebih melambung dan kita sebagai pengguna yang membeli sudah pasti akan terkesan.
Marilah kita kurangkan penggunaan gula tetapi lebihkan senyuman supaya manis seperti gula 😋
