Thursday, February 2, 2017

Panggilan talifon dari Sifu Storytelling


Teks dan foto:  Hawa Rosli


Walaupun saya telah berniaga lebih 10 tahun di internet, tetapi tidak bermakna saya pandai tentang berniaga di alam maya.  Zaman berubah mengikut arus masa.  Jika dahulu hanya iklankan di internet dan tuliskan harga dan seterusnya pelanggan akan bertanya melalui pesanan ringkas.  Tetapi kini berlainan.

Sejak 2 tahun kebelakangan ini, saya telah ikuti cara menjual di Facebook telah berubah.  Orang akan lebih tertarik dengan iklan yang bercerita atau yang bukan secara nyata menjual.

Salah seorang Sifu atau Guru yang pakar mengenai cara iklan bercerita adalah Tuan Izan Shafie.  Saya telah ikuti beliau sejak 2 tahun dan belajar bercerita sambil beriklan 'Storytelling Copywriting'.

Setiap hari saya pasti akan membaca tulisan beliau di Facebook.  Banyak tips yang beliau kongsikan dan bagus untuk diikuti.  Bertuahnya saya hari ini kerana kepantasan saya komen di Facebook Tuan Izan, beliau telah talifon saya.

Saya sangat lemah dalam menulis 'Copywriting' apatah lagi 'Storytelling'.  Ianya perlukan latih tubi supaya idea makin mudah mengalir.  Itulah salah satu sebab saya ikuti kelas Asas Blog dan Penulisan.

Saya doakan Tuan Izan akan mendapat banyak input dari kami untuk memantapkan lagi kelas yang bakal beliau buat.  Saya pasti akan menjadi salah seorang pelajar beliau.

Jika anda ingin memantapkan 'Storytelling Copywriting' boleh ikuti Facebook Tuan Izan Shafie - Guru Niaga Akademi





No comments:

Post a Comment