Thursday, January 19, 2017

Selsema


Teks dan foto:  Hawa Rosli


Rasa sangat tak selesa bila selsema.  Asik meleleh je hingus.  Bila kerap lap dan hembus, hidung sakit dan jadi kemerahan.  Paling kesian kat anak-anak yang belum pandai hembus selsema.  Tiap kali hingus mengalir, dia sapu je dengan belakang tangan.  Kalau dibiarkan lama, keras kat pipi mereka.  Comot 😊

Saya nak kongsi petua mak yang selalu dibuat tiap kali adik dan saya selsema semasa kecil dahulu.  Sekarang, mak buat pada cucunya pula.  Hinggakan bila Ammar selsema, dia sendiri dah pandai mintak nenek buatkan.

Apakah petuanya?  Mudah, hanya perlukan dua bahan sahaja.  Kunyit hidup dan kapur sirih.  Caranya, potong sedikit kunyit hidup, celupkan sedikit permukaan yang dipotong ke kapur sirih.  Kemudian, calitkan kunyit tadi dari tengah dahi turun ke batang hidung.  Jadi macam hurul 'l'.  Jangan lupa selawat ye.  InsyaAllah, hingus akan senang keluar dan cepat kering.

Kunyit mampu membunuh bakteria dan anti radang.  Kapur sirih pula bersifat panas.  Maka gabungan kedua-dua bahan ini, membantu proses pengeluaran hingus dengan cepat.  Apabila selsema cepat kering, cepatlah anak sihat 😁

Selamat mencuba!


No comments:

Post a Comment