Sunday, January 15, 2017

Pengalaman Kerja


Teks dan foto: Hawa Rosli


Saya mula bekerja pada akhir tahun 1995 di sebuah kedai karpet di Chow Kit.  Saya menggantikan staf yang sedang cuti bersalin.  Pengalaman pertama saya menulis cek dan rekodkan akauniaga setiap hari.

Setelah 3 bulan, saya bekerja pula di syarikat perakaunan.  Penyelia saya mengajar membuat akaun dan audit.  Saya juga membuat sebahagian kerja Company Secretary.  3 bulan saya bekerja disana, saya mendapat pekerjaan baru sebagai Pembantu Akaun di Syarikat Elektrik di Jalan TAR, Kuala Lumpur.

Bekerja dengan makcik-makcik berbangsa Cina yang banyak pengalaman.  Setiap hari mereka mengajar saya satu perkataan Kantonis.  Sehinggakan saya faham apa mereka cakap dalam dialek tersebut.

Disana banyak yang saya belajar, saya menjaga salah satu cawangan dan selalu berulang alik ke sana untuk memeriksa akaun dan stok.  Disinilah pertama kali saya dapat rasa naik kapal terbang 😃

Dalam masa setahun saya bekerja di sana, beberapa kali saya mendapat tawaran kerja tetapi ketua jabatan saya tak benarkan saya berhenti malah menaikkan gaji saya.  Akhirnya saya letakkan jawatan juga sebab saya mendapat tawaran kerja di syarikat yang lebih besar dengan gaji yang lebih lumayan.

Lebih 12 tahun saya bekerja di jabatan kewangan syarikat insuran itu.  Setiap 4 tahun, saya bertukar unit.  Pada mulanya saya ditempatkan di unit Laporan Kewangan.  Kemudian di unit Operasi dan terakhir di unit Credit Control.

Apabila pengurusan syarikat insuran diambilalih oleh syarikat yang lain, kami dipindahkan ke salah satu bank yang terkemuka.  Saya ditempatkan di unit Operasi dimana setiap hari saya membuat jurnal, lejer, keluarkan cek dan membuat laporan kewangan.

Akhirnya pada 3/1/2008 saya membuat keputusan untuk meletakkan jawatan.  Kenapa?  Ketika itu, saya sedang seronok berniaga.  Tetapi saya tak seronok bekerja kerana persekitaran di pejabat baru sangat tak seronok.  Setiap hari saya kena balik lewat dan hari cuti pun mesti datang ke ofis.  Saya rasa kehidupan saya dah tak normal.  Saya rasa semakin jauh dari keluarga kerana tiada masa untuk bersama mereka.

Selamat tinggal dunia pekerjaan 🙌

No comments:

Post a Comment