Showing posts with label airtangan hawa. Show all posts
Showing posts with label airtangan hawa. Show all posts

Saturday, November 18, 2017

Nasi Goreng Sempoi


Teks dan Foto:  Hawa Rosli

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.  Lamanya tak update blog. Apa khabar?

Saya nak kongsi resepi Nasi Goreng Sempoi yang sesuai dimakan pada bila-bila masa ๐Ÿ˜Š  Kebiasaanya saya suka buat semasa sarapan pagi jika ada nasi lebihan makan malam.

Resepi Nasi Goreng Sempoi

Nasi sejuk
Ikan bilis
Bawang besar
Bawang putih
Cili api
Sos ikan

Caranya:
Tumbuk ikan bilis, bawang besar, bawang merah dan cili api.
Tumiskan bahan yang telah ditumbuk tadi.
Tumis hingga garing.
Setelah garing masukkan nasi sejuk.
Kacau rata dan masukkan sos ikan.
Kacau kacau kacau... tutup api dapo... dah siap nasi goreng sempoi.


Saya tidak menggunakan garam sebab rasa sos ikan itu masin.

Selamat menjamu selera ๐Ÿ˜ƒ




Wednesday, September 20, 2017

Ikan bakar


Teks dan Foto:  Hawa Rosli


Pada Halfest Asian yang lepas, saya ada membeli Pes Ikan Bakar Tempoyak dari salah satu booth di sana.  Teringat ada beli ikan kembong beberapa hari yang lalu.  Kata penjual itu, pes ini terhad.  Hanya dikeluarkan jika ada bekalan tempoyak sahaja.

Saya beli dengan harga RM8 sepeket.  Tak sabar nak bakar ikan guna pes nih.



Saya lumurkan ikan kembung dengan pes tersebut.  Tak lupa letakkan juga dibahagian dalam ikan.  Lepas tu bungkus dengan aluminium foil.



Saya gunakan Pemanggang Ajaib sahaja.  Gunakan api yang sederhana.  Dalam masa 30 minit, siap ikan dibakar.


Apa rasanya?  Sedap kena dengan selera saya.  Tapi pedas sangat.  Meleleh-leleh peluh dek kepedasan.  Puas hati sebab sedap.
  
Mana rupa ikannya?Alamak, tak sempat ambil gambar ikan yang dah masak.  Habis tinggal tulang aje.





Sunday, March 5, 2017

Kuih Keria Sira Gula Melaka


Teks dan foto:  Hawa Rosli


Kebelakangan ini Viral di mukabuku tentang Kuih Keria Sira Gula Melaka.  Dah lama saya nak buat sendiri kuih keria tetapi dek kekangan masa maka tertangguh saja.

Sebenarnya mudah sahaja buat kuih keria ini, cuma perlukan keledek, tepung dan gula merah atau gula putih untuk disira.
Keledek yang telah direbus, dilecek dan digaul bersama tepung gandum
Gaul hingga sebati
Bentukkan seperti cincin.  Jika nak bentuk lain pun boleh.
Goreng kuih keria dengan api sederhana.
Setelah kuih digoreng, sediakan pula sira gulanya.  Caranya ialah gunakan gula melaka yang telah dihancurkan dan masukkan sedikit air dimasakkan dengan api sederhana.  Setelah air gula menggelegak dan likat, masukkan kuih keria dan digaul rata.  Tutup api dan angkat.

Siap sedia untuk dimakan.
Sedap ๐Ÿ˜‹




Friday, March 3, 2017

Spiral Goreng Simple


Teks dan foto:  Hawa Rosli


Dah tengahari ni ibu-ibu masak apa?  Sedang leka buat kerja tiba-tiba rasa lapar.  Paling mudah goreng spiral sahaja untuk makan tengahari ini.

Cara saya masak spiral goreng sangat mudah dan pantas.  Sesuai sangat disaat sibuk dan lapar ๐Ÿ˜

Saya gunakan Sambal Serbaguna Zafira Food mudah dan cepat.  Tak perlu potong bawang, cili dan sebagainya. 

Ini resepi Spiral Goreng Sempoi HR:
  1. Sambal serbaguna Zafira
  2. Sos cili
  3. Sos tomato
  4. Sos tiram
  5. Serbuk kari
  6. Sosej
  7. Oregano
  8. Parsley
  9. Pasta Spiral (rebus dahulu)
Caranya ialah tumiskan sambal serbaguna, semua sos dan serbuk kari.  Masukkan sosej yang telah dihiris setelah tumisan naik bau.  Boleh juga rebus sosej terlebih dahulu.  Kacau sebentar dan masukkan pasta spiral yang telah direbus.  Masukkan herba Oregano dan Parsley.  Kacau dan pastikan semuanya bergaul samarata.  Padamkan api.  Siap!

Sukatan ikut sesedap rasa mengikut berapa ramai yang makan.



Dah kenyang, jom sambung kerja ๐Ÿ˜‹



Thursday, January 19, 2017

Sos Nasi Arab


Teks dan foto:  Hawa Rosli


Semalam suami bagitahu dia bawak balik Nasi Arab Kambing.  Sedapnya.  Tapi takde cili.  Orang melayu kalau makan tak pedas tak sah kan?  Takde masalah, boleh buat sendiri.
Senang je, saya google saja resepinya.  Ada beberapa versi.  Ada yang masukkan bawang, ada yang tidak.  Saya cuba resepi yang ada bawang.

Resepi Sos Nasi Arab
=================

Cili Hidup

Cili Api (boleh tambah jika nak pedas)
Bawang Holland
Tomato
Daun Ketumbar
Jus Lemon
Gula
Garam



Kisar separa hancur ke semua bahan diatas.  Dah siap!  Senang aje rupanya.

Selamat mencuba.