Wednesday, March 15, 2017

Kepercayaan dari Personal Branding


Teks:  Hawa Rosli


Beberapa hari yang lalu, tiba-tiba isteri sahabat suami whatsapp saya.  Beliau memberitahu sahabatnya mencari penjual Shaklee lalu beliau teringat kepada saya.  Alhamdulillah dari membeli 3 produk Shaklee, sahabat beliau membeli 4 produk dan terus menjadi ahli Shaklee.  Terima kasih kak G ๐Ÿ˜

Apa yang ingin saya ceritakan disini adalah, kepercayaan dari penjenamaan diri di Facebook.  Sebenarnya dah lama kami tidak berjumpa.  Saya juga amat jarang nampak status kak G di Facebook.  Bagaimana beliau tahu saya menjual Shaklee selain dari Tupperware dan Jus Kolesterol?

Inilah yang dikatakan personal branding.  Saya hanya berniaga di online sahaja.  Selain Facebook, saya mempunyai Instagram dan baru berjinak dengan blog.  Apabila kita selalu bercerita tentang apa yang kita niagakan, mereka akan percayakan kita.  Disinilah terjadinya promosi dari kawan kepada kawan.

Pernah ke dalam Facebook kita, ada ramai peniaga yang menjual benda yang sama.  Tetapi kita tidak membeli dari mereka.  Kita cari orang yang kita percaya untuk membeli.  Betul?  Inilah yang dinamakan personal branding.

Personal branding untuk membina kepercayaan bukan untuk mencari ramai pengikut atau pembeli.  Terus kongsikan apa yang kita buat untuk membina kepercayaan bakal pelanggan.



Monday, March 13, 2017

Paperless


Teks:  Hawa Rosli


Minggu lepas saya pergi ke Maxis Center di KLCC untuk urusan tamatkan perkhidmatan talifon.  Saya terus ke kaunter pertanyaan dan beritahu hendak buat urusan tersebut.

Setelah beri data yang dikehendaki, pekerja di kaunter pertanyaan bertanyakan nombor talifon saya.  Kemudian beliau beritahu yang nombor giliran akan di hantar melalui pesanan ringkas di talifon bimbit.


Wow! Segalanya di hujung jari sekarang.  Tidak perlu lagi tekan nombor dan memegang kertas nombor giliran.  Paperless katanya.  Lagipun, sememangnya kita banyak pegang talifon dari benda lain.



Wednesday, March 8, 2017

BR1M 2017


Teks:  Hawa Rosli
Emel:  puanhawarosli@gmail.com


Dah 2 hari heboh diperkatakan tentang BR1M.  Buka jer mukabuku, berderet cerita BR1M yang ditolak.  Perlukan pengesahan dek kerana punyai SSM.  Ramai meluahkan rasa ketidakpuashatian.

Tidak kurang juga yang mempersendakan tidak pernah minta BR1M dan sebagainya.  Bagi yang masih mampu berbelanja anda memang tidak layak untuk dapatkan BR1M.

Tetapi cuba kita renung dan fikirkan saudara kita yang miskin yang kais pagi makan pagi.  Mereka ini amat memerlukan BR1M.  Nilai RM200 itu ibarat RM2000 kepada mereka.

RM200 pada anda mungkin seperti RM20 sahaja.  Anda masih mampu memandu kereta kesana sini.  Masih mampu beli tudung, beg dan kasut.  Tapi mereka?!  Nak beli beras pun tidak mampu.

Janganlah kita mempersendakan.  Anda tidak berada di tempat mereka maka anda tidak tahu kepayahan dan kesusahan yang mereka alami.  Jika anda memang tidak layak atau tidak pernah memohon, sila diam kerana kadang-kala gurauan itu mungkin melukakan hati insan yang lain ๐Ÿ˜



Sunday, March 5, 2017

Kuih Keria Sira Gula Melaka


Teks dan foto:  Hawa Rosli


Kebelakangan ini Viral di mukabuku tentang Kuih Keria Sira Gula Melaka.  Dah lama saya nak buat sendiri kuih keria tetapi dek kekangan masa maka tertangguh saja.

Sebenarnya mudah sahaja buat kuih keria ini, cuma perlukan keledek, tepung dan gula merah atau gula putih untuk disira.
Keledek yang telah direbus, dilecek dan digaul bersama tepung gandum
Gaul hingga sebati
Bentukkan seperti cincin.  Jika nak bentuk lain pun boleh.
Goreng kuih keria dengan api sederhana.
Setelah kuih digoreng, sediakan pula sira gulanya.  Caranya ialah gunakan gula melaka yang telah dihancurkan dan masukkan sedikit air dimasakkan dengan api sederhana.  Setelah air gula menggelegak dan likat, masukkan kuih keria dan digaul rata.  Tutup api dan angkat.

Siap sedia untuk dimakan.
Sedap ๐Ÿ˜‹




Mari menjahit


Teks:  Hawa Rosli


Dah lama tak pegang jarum menjahit.  Malam tadi baru cari kit jahitan sebab hendak menjahit seluar yang koyak ๐Ÿ˜

Pandai ke menjahit?  Ops! setakat jahitan asas InsyaAllah, boleh.  Saya sebenarnya pernah belajar menjahit semasa menunggu keputusan SPM dahulu.  Saya belajar cara menjahit bermacam fesyen baju dan seluar.  Tetapi saya tidak menamatkan kursus jahitan tersebut jadi saya tidak sempat belajar menjahit baju kurung.

Saya juga pernah membantu emak menjahit langsir yang ringkas.  Saya pernah membuat crochet dan jahitan cross-stitch suatu ketika dahulu.  Kebelakangan ini, terasa ingin membuat sesuatu dengan menjahit.  InsyaAllah, suatu hari nanti mungkin ๐Ÿ˜‡

Tu dia hasil jahitan tangan.  Jahit lurus sahaja.
Saya tiada mesin jahit.  Teringin hendak membeli mesin jahit yang kecil sekadar untuk menjahit pakaian yang koyak atau ubahsuai (alteration).  Masih mencari mesin jahit yang sesuai.



Blog baru - blog untuk berniaga


Teks dan foto:  Hawa Rosli


Blog kedua saya telah lahir pada 3 Mac 2017.  Saya buat blog untuk perniagaan baru iaitu Moorlife.  Masih ada lagi yang perlu saya betulkan disana sini.


Selepas ini, saya akan lahirkan 3 lagi blog untuk perniagaan di talian saya.  Semoga saya konsisten menulis dan melahirkan idea yang segar dan dapat memberi manfaat kepada yang membacanya.

Sila lawat blog saya di Kedai Bekas Plastik Moorlife ๐Ÿ˜Š  Jika berminat dengan produk Moorlife, hubungi saya yer 0122393783 atau emel saya di puanhawarosli@gmail.com

Wassalam.



Saturday, March 4, 2017

Menonton Wayang


Teks:  Hawa Rosli
Emel:  puanhawarosli@gmail.com


4 Mac 2017 Sabtu.  Hari ini suami mengajak menonton wayang filem J Revolusi lakonan Zul Ariffin.  Jalan ceritanya menarik bagi penonton yang meminati filem genre aksi lasak.

Seminggu yang lepas, saya menonton Surga Yang Tak Dirindukan 2 sebuah filem dari Indonesia.  Cerita mengenai hati dan rasa seorang isteri.

Kami memang suka menonton wayang.  Jika ada masa lapang dan filem yang menarik, kami akan pergi menonton wayang bersama.  Bulan ini bakal akan keluar banyak filem-filem menarik.

Untuk pengetahuan pembaca, harga tiket berlainan mengikut panggung wayang yang kita pergi.  Setiap panggung wayang pula ada promosi jualan tiket murah mengikut hari dan waktu.  Jadi, jika hendak menonton wayang dengan harga tiket murah kenalah selalu ikuti promosinya.

Selepas ini, saya menanti filem The Mummy lakonan Tom Cruise keluar di panggung wayang pula ๐Ÿ˜ƒ



Friday, March 3, 2017

Spiral Goreng Simple


Teks dan foto:  Hawa Rosli


Dah tengahari ni ibu-ibu masak apa?  Sedang leka buat kerja tiba-tiba rasa lapar.  Paling mudah goreng spiral sahaja untuk makan tengahari ini.

Cara saya masak spiral goreng sangat mudah dan pantas.  Sesuai sangat disaat sibuk dan lapar ๐Ÿ˜

Saya gunakan Sambal Serbaguna Zafira Food mudah dan cepat.  Tak perlu potong bawang, cili dan sebagainya. 

Ini resepi Spiral Goreng Sempoi HR:
  1. Sambal serbaguna Zafira
  2. Sos cili
  3. Sos tomato
  4. Sos tiram
  5. Serbuk kari
  6. Sosej
  7. Oregano
  8. Parsley
  9. Pasta Spiral (rebus dahulu)
Caranya ialah tumiskan sambal serbaguna, semua sos dan serbuk kari.  Masukkan sosej yang telah dihiris setelah tumisan naik bau.  Boleh juga rebus sosej terlebih dahulu.  Kacau sebentar dan masukkan pasta spiral yang telah direbus.  Masukkan herba Oregano dan Parsley.  Kacau dan pastikan semuanya bergaul samarata.  Padamkan api.  Siap!

Sukatan ikut sesedap rasa mengikut berapa ramai yang makan.



Dah kenyang, jom sambung kerja ๐Ÿ˜‹



Alat yang perlu ada untuk Berniaga - Bahagian 2


Teks dan foto:  Hawa Rosli


Salam pagi Juma'at nan indah dan tenang.  Alhamdulillah Allah masih izinkan kita bernafas lagi.  Nikmati hidup dengan lebih baik dan berkat.

2 hari lepas, sepatutnya saya poskan pesanan pelanggan malangnya saya terlupa!  Patutlah saya rasa macam ada kerja yang perlu dibuat tapi tak tahu apa.  Belum pernah terjadi begini.  Mungkin terlalu banyak fikir ๐Ÿ˜’

Semalam, Alhamdulillah saya dah selamat poskan walaupun pada mulanya sistem pejabat pos tergendala.  Mujur sebelum saya pulang, saya singgah sekali lagi ke pejabat pos.

Entri terdahulu saya paparkan tentang salah satu alat asas yang diperlukan untuk memudahkan proses menulis alamat di borang iaitu cop berdakwat.  Hari ini saya kongsikan alatan lain pula.

Apabila kita perlu pos barang, sudah pasti kita kena pastikan barangan tersebut dibungkus dengan rapi supaya ianya tidak rosak dalam perjalanan dan sampai ke tangan pelanggan dalam keadaan yang baik.

Ada berbagai jenis cara membungkus bergantung kepada barangan yang kita jual.  Paling mudah, gunakan plastik prabayar yang dijual di pejabat pos.  Masukkan barang dan pastikan plastik digam dengan baik.  Siap!

Tetapi bagi barangan yang saya jual, disebabkan ianya berasaskan cecair saya mesti pastikan balutannya tebal dan tidak pecah jika dicampak atau terjatuh.  Jadi, saya perlukan bubble wrap untuk pastikan tebal balutannya,  Gunting dan pelekat paling penting.  Jika bungkusan tidak dilekatkan dengan baik, mungkin ianya mudah terkoyak atau rosak.

Jom membungkus

Dah siap!
Bungkusan telah selamat diposkan semalam.  Semoga dapat sampai dengan selamat dan berkeadaan baik.



Thursday, March 2, 2017

Harga Gula Naik!


Teks:  Hawa Rosli
Foto:  Sumber Google
Emel:  puanhawarosli@gmail.com


1 Mac 2017, harga gula naik 11 sen!  Namun, dikatakan belum ada surat rasmi yang dikeluarkan.  Sumber dari MalaysiaKini

Apakah kesan terhadap pengguna seperti kita?  Banyak!  Penjualan makanan dan minuman pasti naik harga lagi.


Dari sudut positifnya, bagus untuk kesihatan kerana demi menjimatkan perbelanjaan pembelian gula kita akan kurangkan penggunaan gula dalam makanan dan minuman.  Andainya kita sendiri yang buat dirumah.

Tetapi bagi industri makanan dan minuman, pasti harga akan lebih melambung dan kita sebagai pengguna yang membeli sudah pasti akan terkesan.

Marilah kita kurangkan penggunaan gula tetapi lebihkan senyuman supaya manis seperti gula ๐Ÿ˜‹



Wednesday, March 1, 2017

Adakah anda peniaga yang boleh dipercayai?


Teks dan foto:  Hawa Rosli
Emel: puanhawarosli@gmail.com


Saya telah berniaga di alam maya lebih dari 10 tahun.  Pada permulaan berniaga Alhamdulillah, pelanggan sangat baik dan naif sebab tidak ramai peniaga yang bersaing.

Tetapi lama kelamaan, suasana aman dan baik berniaga di talian ini telah dicemari oleh orang yang tidak bertanggungjawab.  Mereka menyamar menjadi penjual dan mempromosikan jualan dengan harga yang jauh lebih murah di pasaran.

Semestinya pembeli akan lebih tertarik dan dengan mudah membuat pembelian tanpa mengetahui yang penjual itu sebenarnya bukan berniaga.  Mereka mengambil gambar-gambar di internet dan iklankan di mukabuku mereka.

Pembeli hanya mengetahui mereka telah ditipu setelah menanti agak lama barangan yang dibeli tetapi tidak sampai ke tangan mereka.  Apabila ditanya nombor rujukan pengeposan barang mereka, pelbagai alasan diberikan dan seterusnya penjual tersebut akan block pembeli itu. 

Akhirnya setelah di Google, keluarlah senarai dimana penjual tersebut adalah salah seorang penipu.  Sejak itulah, ramai pelanggan berasa was-was untuk membeli di talian.

Bagaimana cara kita mengembalikan kepercayaan kepada pelanggan untuk berjualbeli dengan kita?  Melalui Facebook, Instagram, Blog atau apa sahaja medium yang anda gunakan untuk perniagaan di alam maya, selitkan 3 perkara dibawah;
  1. Tunjukkan testimoni atau komunikasi antara kita dengan pelanggan.
  2. Masukkan entri mengenai aktiviti bisnes anda seperti proses pembungkusan, aktiviti sedang pos barang atau menghadiri seminar atau kelas bisnes.
  3. Sesekali masukkan juga aktiviti anda sekeluarga yang akan memberikan gambaran bahawa anda juga punyai kehidupan selain dari hanya penuh dengan deretan iklan produk yang anda jual.
Itu adalah antara cara yang saya lakukan untuk pelanggan percaya dan membeli dari kita.  InsyaAllah, pelanggan lama yang dah lama tidak membeli akan mencari kita kembali ๐Ÿ˜ƒ 

Pelanggan ini telah menepati janji untuk membeli.

Beliau adalah salah seorang pelanggan lama saya sejak mula saya berniaga di forum.



Alat yang perlu ada untuk Berniaga - Bahagian 1


Teks dan foto:  Hawa Rosli
Emel:  puanhawarosli@gmail.com


Assalamu'alaikum.  Rasa cepat sahaja masa berjalan.  Tup tup dah masuk bulan Mac 2017, suku tahun yang pertama.  Semoga semakin baik pekerjaan, perniagaan dan kehidupan kita,  Bulan Ramadhan pun bakal menjelma kan?

Dalam berniaga banyak benda yang kadang-kala kita terlepas pandang dengan benda-benda kecil yang amat membantu kita melakukan sesuatu dengan cepat dan pantas.  Salah satu yang ingin saya ceritakan adalah tentang cop berdakwat atau pre-inked stamp.

Pada ketika saya mula berniaga secara alam maya, saya tidak pernah kisah tentang cop berdakwat ini.  Saya masih menulis alamat satu persatu di borang pos.  Tetapi semakin saya mendapat pesanan yang banyak, baru saya sedar saya boleh menjimatkan masa dari menulis alamat yang sama berulang-kali di borang pos.

Jadi, saya buat pesanan cop berdakwat dan mula menggunakannya sehingga hari ini.  Mudah dan praktikal serta menjimatkan masa.