Friday, February 24, 2017

Promo Ostematrix


Teks dan foto:  Hawa Rosli
Emel:  puanhawarosli@gmail.com


Parcel yang ditunggu-tunggu dah sampai.  Esok akan dihantar kepada pelanggan baru.



Seronoknya bila tiba-tiba ada orang tanya tentang produk yang kita kongsikan kebaikannya.  Jika di Facebook biasanya, jika kita menulis tentang kebaikan barang yang kita jual jarang sekali kawan-kawan 'Like' atau Komen.  Tetapi jika kita menulis tentang cerita merapu atau gurauan, ramai kawan-kawan yang akan 'Like' dan Komen.

Jangan putus asa.  Teruskan kongsi kebaikan produk dan manfaat yang kita dapat dari produk yang kita guna atau makan seikhlasnya.  Dalam diam, ada yang memerhati dan membaca.  Apabila perlu, dia pasti akan hubungi kita dan bertanya tentang produk yang diingininya.

Jangan lupa, Promo Ostematrix tinggal 4 hari sahaja!



Karipap Angin


Teks dan foto:  Hawa Rosli
Emel:  puanhawarosli@gmail.com


2 hari yang lepas, saya beli karipap di gerai berhampiran rumah saya.  Cuba perhatikan karipap ini, isinya tidak penuh.  Inilah yang dipanggil karipap angin.


Saya mengharapkan jika anda peniaga makanan, sila buat dan jual dengan sukatan yang betul.  Saiz kuih biar berpadanan dengan harga.  Jika kuih anda sedap, pembeli akan beli tanpa mengira harga yang dikenakan.

Berniagalah dengan ikhlas dan kerana Allah.




Sunday, February 19, 2017

Carboot Sale dan Pasar Pagi Masjid Al-Azim, Pandan Indah


Teks:  Hawa Rosli
Foto:  Hawa Rosli dan FanPage Masjid Al-Azim
Emel:  puanhawarosli@gmail.com


Sejak dari bulan Disember saya telah melihat iklan tentang pasar pagi dan jualan but kereta.  Namun, baru berkesempatan mengunjunginya semalam.


Ada bahagian mainan untuk kanak-kanak, percuma sahaja.  Terdapat juga tempat untuk makan dan minum disebelah bahagian jualan maanan dan minuman.
Carboot Sales.  Banyak barangan yang menarik dan harga berpatutan.
Terdapat bahagian jualan barangan basah yang menjual buah-buahan, ayam, ikan, ikan bilis, bawang dan lain-lain.  Semua peniaga adalah peniaga Islam.

Sewa tapak untuk Carboot Sales hanya RM5 sahaja.  Jika anda ingin cuba berniaga disana, boleh hubungi pihak Masjid Al-Azim Pandan Indah.



Membelibelah di Shaklee


Teks dan foto:  Hawa Rosli
Emel:  puanhawarosli@gmail.com


Dah lama pelanggan tetap order Vitamin Shaklee.  Baru dapat singgah semalam asik lupa je nak singgah.

Mudah je cara membeli barang di sana.  Semudah ABCD!

A - isi borang
B -  tekan no
C - bayar
D - ambil barang

Isi borang sebelum tekan nombor giliran. Setelah nombor dipanggil, serahkan borang dikaunter.  Pembayaran dibuat dan invois dikeluarkan.

Periksa barang yang dibeli dan selesai urusan pembelian.

Mudah berurusan disini dan suasananya tenang.  Semua lengkap disediakan seperti borang, pen, meja dan kerusi.  Anda pengguna Shaklee?  Kita geng ๐Ÿ˜†



Tuesday, February 14, 2017

Ostematrix untuk Mak Ayah


Teks dan foto:  Hawa Rosli
Emel:  puanhawarosli@gmail.com


Mak ayah ni kan, kalau tanya khabar mesti jawap sakit sikit je. Apa-apa sakit pun dia cakap sikit je. Betulkan?

Tapi sebenarnya sakit lutut tu memang sakit. Nak solat payah, kena solat duduk. Hakak cakap sebab hakak dah rasa.

Baru tau hazabedahnya mak hakak sakit lutut. Patutlah nak berjalan pun perlahan-lahan je. Silap langkah, boleh terkehel lutut tu.

Inilah masanya nak bagi mak ayah gembira. Hilang sakit lutut dapatlah dorang solat sujud sentuh dahi kat sejadah. Lain tau rasa nikmat dapat sujud gitu ๐Ÿ˜ข

Hadiahkan kat mak ayah sorang sebotol Ostematrix๐Ÿ˜„

#promoostematrixfeb2017
#bslegacy





Saturday, February 11, 2017

Tutorial Menukar Templates FanPage


Teks dan foto:  Hawa Rosli
Emel:  puanhawarosli@gmail.com

Tadi saya baru menukarkan 'template' atau paparan FanPage.  Sudah ada beberapa pilihan paparan FanPage.

Saya kongsikan cara menukar paparan di FanPage.

Langkah 1:  tekan 'Edit Page'



Sejurus itu, akan keluar pilihan-pilihan paparan yang sesuai dan yang disarankan oleh FaceBook.

Langkah 2:  Pilih paparan yang sesuai. Tekan 'Apply Template'


Antara paparan yang disarankan oleh Facebook adalah seperti dibawah.


Langkah 3:  Setelah itu, kita boleh 'Edit' butang tindakan dan susunan tab mengikut keperluan dan kepentingan di FanPage.



Ada pelbagai pilihan seperti 'call now', ' send message', 'contact us' dan lain-lain.  Sila pilih.



Susunan tab juga boleh ditukar.

Kedua-dua langkah di atas boleh ditukar mengikut kesesuaian.

Langkah 4:  Siap!

Selamat mencuba ๐Ÿ˜‚



Wednesday, February 8, 2017

Jasa Dapur Comel


Teks dan foto:  Hawa Rosli
Emel:  puanhawarosli@gmail.com


Malam Jumaat lepas, ketika saya sedang menggoreng ayam tiba-tiba dapur saya terpadam.  Alamak! gas habis ๐Ÿ˜“  Jam dah lebih pukul 8 malam.  Kedai hampir nak tutup dah.

Ting! saya buka kabinet dan keluarkan dapur mudah alih ini.   Nasib baik masih ada 3 tong gas yang belum digunakan.  Inilah penyelamat saya ๐Ÿ˜Œ  


Dapur kecil ini banyak berjasa kepada kami.  Dahulu saya usung kesana sini setiap kali membuat 'demo' dan 'parti Tupperware'.  Dia juga setia bersama saya setiap kali kami pergi bercuti atau pergi berkelah.

Siapa ada dapur mudah alih begini?  Kita kawan! ๐Ÿ‘



Ubat Kuat Dah Sampai!


Teks dan foto:  Hawa Rosli
Emel:  puanhawarosli@gmail.com


Sejak umur nak masuk 40an, saya dah mula mengintai-ngintai dan mencari-cari vitamin atau supplemen yang sesuai untuk tenaga dan kesihatan.  Menyedari yang saya tidak menjalani cara gaya pemakanan yang sihat dan tidak bersenam, saya perlukan sesuatu untuk membantu saya bertenaga dan menghilangkan sakit-sakit yang bakal menjelma.

Vitamin pertama yang saya beli dan makan ialah Ostematrix.  Apa tu?  Saya sering alami kekejangan betis di waktu malam dan lutut saya sakit.  Setiap kali mendaki tangga, lutut saya akan mengeluarkan bunyi geselan 'krok kreok krok kreok' eh! macam lain macam bunyinya ๐Ÿ˜ƒ  Sakit dan perlu berhati-hati setiap kali turun naik tangga.

Selain dari itu, saya selalu sakit pinggang dan belakang.  Kadang-kadang, payah untuk saya bangun atau cuba mengiring kerana rasa sakit itu.  Saya pernah tidak boleh bangun dek sakit pinggang yang amat sangat.  Nasib baik suami ada membantu menarik dan bangunkan saya.

Kebetulan ketika itu ada promosi Ostematrix, setelah saya baca banyak testimoni dan atas konsultansi sahabat lalu saya membeli sebotol.  Saya tidak menyangka Ostematrix ini sangat membantu.  Saya sangkakan makan Ostematrix ini akan ambil masa lama untuk dapatkan kesan baiknya. Rupanya telahan saya silap!

Saya makan sebelum tidur.  Tetiba esoknya saya bangun segar dan tiada gangguan kekejangan betis yang biasanya saya alami hampir setiap malam.  Lagi satu, saya agak susah membuang setiap hari.  Sedari kecil, itulah masalah saya.  Namun sejak makan Ostematrix, setiap pagi saya pasti membuang dengan mudah.  Selamat tinggal sembelit!

Apa lagi vitamin lain yang saya makan?  Semalam, stok Vivix dan Carotomax baru sampai.  Vivix adalah supplemen yang ke 3 saya minum selain Vitamin C.  Terbaru ialah Carotomax terbaik untuk mata.  Baru 4 jenis supplemen saya ambil ๐Ÿ˜‰


Nanti saya akan cerita pula tentang vitamin yang lain.  Kenapa saya makan atau minum dan apa hasil manfaat yang saya dapat.

Terima kasih ๐Ÿ˜˜



Tuesday, February 7, 2017

Perasan Cantik


Teks dan foto:  Hawa Rosli
Emel:  puanhawarosli@gmail.com


Dek teruja siapnya tugasan yang diberikan, saya teruja hendak mencantikkan blog saya.  Apa lagi, 'Google' lah tok guru saya ๐Ÿ˜„  Banyak blog yang cantik-cantik dan saya leka melihatnya.

Akhirnya, selepas saya godek sana sini maka terhasillah design yang ringkas yang agak memuaskan mata saya memandang.  Saya rasa blog saya cantik!




Saya tidak kreatif tetapi saya cuba semampu boleh.  Saya masih belajar ๐Ÿ˜…



Sunday, February 5, 2017

Entri 44 - Tugasan terakhir


Teks:  Hawa Rosli


Entri terakhir untuk tugasan Asas Blog dan Penulisan adalah yang ke 44.  Alhamdulillah saya berjaya sampai hampir ke garisan penamat.  Namun, sebenarnya masih banyak yang perlu saya pelajari untuk memantapkan lagi gaya penulisan dan curahan idea yang bernas.

Alhamdulillah, saya dapat rasakan idea makin mudah dihasilkan cuma saya masih mencari gaya penulisan yang baik.  Tidak sia-sia saya ikuti kelas Asas Blog dan Penulisan dibawah pemantauan Puan Masayu.

Namun, saya gagal menulis mengikut rangka masa yang diberikan.  Bak kata Puan Mas, habiskan apa yang telah dimulakan.  Ye, saya berjaya!

Saya akan terus menulis secara konsisten setiap hari.  Terima kasih Puan Mas, tunjuk ajar saya lagi kerana saya masih perlukan ilmu dari Puan.



Penghantaran Barang


Teks:  Hawa Rosli


Berniaga di alam maya, peniaga yang akan menguruskan penghantaran barangan kepada pelanggan.  Sebaliknya peniaga yang ada premis, pelanggan yang datang dan terus membeli dari kedai.

Ada beberapa pilihan cara barangan akan sampai ke tangan pelanggan.

  •  Pos
  •  Jumpa pelanggan secara terus (COD)
  •  Pelanggan datang ambil sendiri (Self collect)

POS

Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke mana-mana tempat.  Jadi barangan dapat dihantar tidak mengira tempat.  Pilihan pos pula ada pelbagai syarikat penghantaran barang yang boleh dipilih mengikut kos yang dipersetujui oleh pelanggan dan peniaga.

Saya menggunakan khidmat Pos Malaysia kerana liputan penghantaran yang lebih meluas sehingga ke ceruk kampung.  Terdapat pelbagai syarikat penghantaran yang lain seperti Citylink, NationWide, Skynet dan lain-lain yang boleh dipilih mengikut kesesuaian peniaga.


Jumpa pelanggan secara terus (COD)

Cara kedua pula ialah peniaga dan pelanggan berjanji berjumpa di satu tempat pada masa dan hari yang telah ditetapkan.  Urusniaga dilakukan pada masa itu.  Setelah bayaran dibuat, barangan bertukar tangan.

Sesuai untuk pelanggan yang berdekatan kawasan yang dijanjikan.  Tetapi risikonya adalah pelanggan batalkan temujanji disaat akhir.  Pelanggan mungkin dikenakan kos penghantaran tetapi agak murah dari kos pos.  Ianya bergantung kepada budibicara peniaga tersebut.


Pelanggan datang ambil sendiri (Self collect)

Cara ini berlainan dari cara kedua.  Pelanggan akan datang ke rumah atau pejabat peniaga untuk ambil barangan yang dibeli.  Biasanya tiada kos penghantaran dikenakan.  Pelanggan hanya perlu bayar barang sahaja terlebih dahulu.  Hanya perlu tetapkan masa dan hari untuk ambil barang.


Peniaga dan pelanggan boleh membuat pilihan cara yang sesuai dengan mereka.  Jika peniaga menanggung kos pos, sebenarnya peniaga telah mengambil kira dari harga barangan yang dijual.



Tawar Menawar


Teks:  Hawa Rosli


Tawar menawar adalah salah satu adat membeli belah.  Tetapi bukan semua tempat boleh tawar menawar.  Jika telah dinyatakan harga tetap, walau satu sen pun tetap kena bayar.

Berniaga di alam maya atau di tapak-tapak promosi, pasti akan berlaku aktiviti tawar menawar antara pelanggan dan peniaga.  Ianya sesuatu yang telah dijangkakan.

Jika harga barangan RM24 pasti minta jadikan jumlah bulat RM20.  Tetapi ada juga pembeli yang meminta harga tidak masuk akal hanya kerana beliau membeli banyak.  Peniaga perlu bijak memujuk pelanggan untuk situasi sama-sama menang (win win situation).

Kadang-kala isu tawar menawar ini menjadi besar apabila pelanggan meminta harga yang tidak munasabah.  Atas alasan, jika berniaga di alam maya tidak perlu banyak belanja overhead seperti dikedai maka mereka sangka beli di alam maya akan mendapat harga jauh lebih murah.

Walaubagaimanapun, peniaga mesti pandai menangani isu tawar menawar ini.  Beritahu dengan tegas tetapi mesra jika tidak dapat berikan harga seperti yang mereka kehendaki.  Jangan sampai berlaku sesuatu yang tidak sepatutnya.



Suka Jadi Duka


Teks:  Hawa Rosli


Dulu mak selalu berpesan, "jangan suka-suka sangat", "beringat-ingat", "kaji buruk, baik sampai" dan bermacam pesanan lagi.  Apa maksudnya?  Mak cakap, kalau pergi jalan jauh kena berhati-hati dan beringat-ingat.  Jangan sampai leka dek kerana terlalu gembira semasa berjalan-jalan.  Jika bergurau, jangan terlalu suka.

Pasti kita pernah baca atau dengar berita budak tercucuk kawan dengan gunting sebab bergurau.  Gigi patah sebab terjatuh semasa bermain lari-lari dengan kawan-kawan.  Pelbagai lagi situasi yang terjadi akibat bergurau atau terjadi tanpa sengaja.

Seringkali ibu bapa berpesan tetapi selalunya terlupa apabila terlalu asyik gembira.  Apa yang boleh kita buat, hanya berpesan dan mengingatkan mereka berulang-kali.  Beritahu apakah natijah atau kesan jika terjadi yang tidak sepatutnya.

Walaubagaimana pun sebagai ibu bapa, doalah senjata yang paling ampuh untuk anak-anak.  Semoga semuanya terpelihara dari kejadian yang tidak diingini.



Panggilan kepada Pelanggan


Teks:  Hawa Rosli



Apakah panggilan yang anda gunakan untuk pelanggan anda?
- Tuan/Puan
- Encik/Cik
- Kak/Bang
- Sis
- Dear
- Yang
- I/You
- Saya/Awak
- nama pelanggan

Bagaimana hendak tentukan kepada siapa panggilan tersebut sesuai digunakan.  Pertama, lihat avatar pelanggan barangan yang anda jual.

Sebagai contoh, saya menjual jus kolesterol dan saya sasarkan jualan kepada pelanggan berusia 35 tahun ke atas tidak mengira lelaki atau perempuan.  Maka, untuk lelaki saya gunakan panggilan Tuan.  Tetapi untuk perempuan, saya lihat dulu gaya bahasa.

Boleh juga lihat gambar avatar yang digunakan di Facebook atau di Whatsapp. Pendekata, kita periksa dulu siapa pelanggan kita secara asasnya.

Kedua, dari gaya penulisan pelanggan juga kita boleh mengagak tahap umur dan panggilan yang sesuai digunakan.  Tetapi paling mudah, pelanggan sendiri mulakan panggilan kepada kita.  Jika beliau mulakan panggilan formal, kita pun balas dengan panggilan formal dan begitulah sebaliknya. 

Tetapi jika tidak dapat dikesan, pelanggan yang pertama kali berkomunikasi dengan kita, lebih sopan jika kita mulakan panggilan Tuan/Puan.

Berikan panggilan yang menyenangkan perasaan pelanggan.  Ini akan memudahkan proses berjual beli.  Dari pelanggan boleh menjadi kawan.



Jualan Tupperware


Teks dan foto:  Hawa Rosli


Misi untuk menjual semua stok Tupperware yang masih dalam simpanan.  Semoga saya berjaya!

Semua harga tidak termasuk kos pos kecuali yang dinyatakan.













Friday, February 3, 2017

Penjenamaan Diri (Personal Branding)


Teks:  Hawa Rosli


Apakah 'Penjenamaan Diri'?  Ia bermaksud persepsi atau identifikasi terhadap suatu identiti.  Contohnya Dato' Sri Vida penjenamaan dirinya pemakaian tiara dan menjual produk kesihatan Pamoga dan Qu Puteh.  Secara ringkasnya, ianya adalah cara memasarkan diri dan kerjaya atau perniagaan.

Penjenamaan diri sebenarnya amat penting.  Tidak ramai peniaga yang menyedarinya.  Contohnya ramai peniaga di alam maya yang menjual pelbagai jenis barangan.  Selalunya mereka menggunakan nama produk atau gabungan nama glamour dan produk atau syarikat yang mereka sertai.  Apabila bertukar barangan jualan, mereka tukar nama lagi.

Mengapa penjenamaan diri ini penting?  Amat penting untuk mudah kita dikenali oleh orang ramai yang bakal menjadi pelanggan atau pelanggan setia.  Ianya adalah bagaimana kita ingin orang kaitkan kita apabila mereka lihat nama kita.  Sebagai contoh, bila kawan-kawan saya mencari Tupperware, mereka akan mencari saya.  Pendekata apabila melihat nama Hawa Rosli, mereka ingat Tupperware.

Bagaimana cara membina jenama diri?  Salah satu caranya adalah gunakan nama yang sama disemua media sosial.  Gaya penulisan dan konten yang ditulis di media sosial membentuk jenama diri.

Jika anda seorang peniaga, gunakan nama yang sama di dalam semua media sosial.  Gunakan nama yang menarik dan mudah diingati.  Jangan tukar nama walaupun nanti anda akan menjual pelbagai barangan.  Jika anda menjual barangan kesihatan, selalulah kongsikan artikel berkaitan dan iklan secara langsung atau tidak langsung.  Dengan cara ini semua pengikut anda akan cepat kenali diri anda. 

Thursday, February 2, 2017

Menonton Wayang


Teks dan foto:  Hawa Rosli


Semalam hari cuti bagi Wilayah Persekutuan.  Suami mengajak saya menonton wayang.  Kami menonton cerita 'Xxx' dan 'Kung Fu Yoga'.

Menarik ceritanya.  Kesimpulan dari kedua-dua wayang yang saya tonton adalah kerjasama dalam kumpulan amat penting.  Apabila mempunyai kumpulan, amat penting untuk saling faham memahami.

Seorang ketua amat penting memahami dan kenal ahli kumpulannya.  Kenali kemahiran, kelebihan dan kekurangan mereka.  Berikan tugasan atau peranan masing-masing.

Apabila setiap ahli melakukan tugasan masing-masing dengan fokus dan dedikasi, segala masalah akan dapat diatasi dengan mudah.





Kelas online


Teks:  Hawa Rosli


Hari ini saya berazam untuk menghabiskan entri blog yang sepatutnya telah disiapkan pada 28 Mac yang lalu. Ini entri ke 36 dari 44 entri kesemuanya. Pasti boleh!
Salah satu azam saya ialah untuk sertai kelas online setiap bulan. Bulan lepas saya sertai kelas Asas Blog dan Penulisan. Disinilah wujudnya blog ini dan saya dilatih untuk konsisten menulis setiap hari walaupun bukan diblog tetapi sebolehnya dibuku atau Facebook.
Bulan Februari ini saya belum sertai mana-mana kelas online berbayar. Saya perlu siapkan tugasan yang diberi dahulu dan kemudian akan sertai kelas yang berkaitan pula. Saya tidak mahu jadi tamak.
Jangan tamak sertai kelas sana sini tetapi selepas itu peram ilmu dan tidak praktikkan. Jangan tamak tengok orang sertai kelas itu ini, kita pun nak ikut juga. Padahal masa tidak mengizinkan. Tepuk dada tanya iman,
Sebenarnya ada banyak kelas ditalian secara percuma. Cuma kita kena rajin cari dan pastikan ada masa untuk sertai. Berniaga di alam maya bukan sekadar keluarkan iklan sahaja. Tapi banyak benda lagi yang perlu dipelajari untuk menyesuaikan dengan aliran masakini.
faham ke faham?


Panggilan talifon dari Sifu Storytelling


Teks dan foto:  Hawa Rosli


Walaupun saya telah berniaga lebih 10 tahun di internet, tetapi tidak bermakna saya pandai tentang berniaga di alam maya.  Zaman berubah mengikut arus masa.  Jika dahulu hanya iklankan di internet dan tuliskan harga dan seterusnya pelanggan akan bertanya melalui pesanan ringkas.  Tetapi kini berlainan.

Sejak 2 tahun kebelakangan ini, saya telah ikuti cara menjual di Facebook telah berubah.  Orang akan lebih tertarik dengan iklan yang bercerita atau yang bukan secara nyata menjual.

Salah seorang Sifu atau Guru yang pakar mengenai cara iklan bercerita adalah Tuan Izan Shafie.  Saya telah ikuti beliau sejak 2 tahun dan belajar bercerita sambil beriklan 'Storytelling Copywriting'.

Setiap hari saya pasti akan membaca tulisan beliau di Facebook.  Banyak tips yang beliau kongsikan dan bagus untuk diikuti.  Bertuahnya saya hari ini kerana kepantasan saya komen di Facebook Tuan Izan, beliau telah talifon saya.

Saya sangat lemah dalam menulis 'Copywriting' apatah lagi 'Storytelling'.  Ianya perlukan latih tubi supaya idea makin mudah mengalir.  Itulah salah satu sebab saya ikuti kelas Asas Blog dan Penulisan.

Saya doakan Tuan Izan akan mendapat banyak input dari kami untuk memantapkan lagi kelas yang bakal beliau buat.  Saya pasti akan menjadi salah seorang pelajar beliau.

Jika anda ingin memantapkan 'Storytelling Copywriting' boleh ikuti Facebook Tuan Izan Shafie - Guru Niaga Akademi





Disebalik tabir


Teks dan foto:  Hawa Rosli


Bukan senang nak jadi senang.  Meniaga online sebenarnya agak remeh kerana kedai kita adalah di depan skrin sahaja.  Pelanggan akan singgah ke iklan bila melihat gambar yang kita paparkan cantik dan menarik.

Inilah kerja saya disebalik tabir.  Gantung kain putih untuk dapatkan background yang dapat menonjolkan barangan yang nak dijual.  Agak remeh untuk barangan Tupperware kerana saya harus buka satu persatu dan pastikan barangan disimpan semula tanpa cacat cela.

Buka plastik dan posingkan Tupperware dan ambil gambar.  Semasa ambil gambar kena pastikan lampu cukup terang dan posisi Tupperware kena betul supaya pelanggan dapat mengagak saiz dan bentuk sebenar Tupperware itu.  Selesai ambil gambar, simpan semula ke dalam plastik.

Gambar yang telah diambil saya edit meletakkan nama, harga dan nombor talifon untuk dihubungi.  Saya hanya gunakan talifon pintar sahaja.  Pelbagai applikasi yang boleh dimuatturun untuk edit gambar.  Pilih yang bersesuaian dan mudah digunakan.

Pernah tengok di Facebook peniaga marah-marah apabila gambar mereka dicuri?  Saya dulu pun begitu.  Penat-penat ambil gambar dan edit, tiba-tiba ada orang lain terus ambil dan gunakan gambar itu.  Itulah pentingnya kita edit letakkan 'watermark'.  Tetapi awas! ada yang pandai edit buang 'watermark' tersebut.

Apapun, semakin lama berniaga di alam maya saya semakin matang.  Saya redha jika gambar yang saya ambil orang ambil tanpa izin.





Wednesday, February 1, 2017

Tiada Lagi Polisterin


Teks dan foto:  Hawa Rosli



Demi kempen menyelamatkan bumi, kedai-kedai makan tidak lagi dibenarkan membungkus makanan menggunakan polisterin.

Bekas plastik yang dibenarkan penggunaan pula lebih mahal dari polisterin.  Maka, pekedai terpaksa menaikkan harga makanan. Nak senang dan jimat, kita bawa Tupperware sendiri.

Saya ada lihat sendiri ada kedai makan yang caj bekas tapau tu 30sen.  Jadi kalau sehari 2 kali tapau dah jadi 30sen.  Sebulan?  Kena buat kira-kira tu.
Beg plastik caj 20sen ramai yang marah.  Tapi kita tidak sedar bekas tapau yang baru ini lebih mahal maka kedai kenakan caj tambahan.

Ada kedai berikan diskaun bila kita bawa sendiri bekas tapau.  Cuba tanya,  ada diskaun atau tidak.  Ada kedai telus yang nyatakan berapa sen diskaun diberikan begitu juga sebaliknya.  Pernah terbaca ada kedai makan berikan diskaun 60sen jika bawa bekas sendiri.  Untungkan?  Dapat jimat banyak untuk jangkamasa panjang.

Tupperware ada berbagai jenis bekas untuk tapau makanan.  Tetapi tidak semua sesuai untu makanan panas.  Tupperware ini sesuai untuk diletakkan makanan panas didalamnya.

Ianya tahan panas dan makanan boleh dipanaskan di dalam microwave.  Ada penapis juga kalau beli mee/mihun/laksa.  Boleh asingkan dari kuah.

Saya ada 1 set Tapau Set dirumah.  Nampaknya kena bawa siap-siap di dalam keta ๐Ÿ˜ƒ




Kenapa Shaklee


Teks dan foto:  Hawa Rosli


Jika saya mula berniaga Tupperware akibat minat saya membelek katalog.  Perniagaan kedua saya sertai adalah produk berasaskan kesihatan.

Ianya lari dari apa yang saya jual selama ini.  Tetapi saya pernah juga jual barangan kesihatan sebelum ini.  Kebanyakannya produk baru yang hangat dijual untuk tempoh waktu yang singkat.

Bagaimana saya terbuka hati untuk menyertai Shaklee?  Kerana Ostematrix jawapannya.

Ketika itu saya selalu mengalami sakit belakang yang menyebabkan saya susah nak bangun, duduk dan berbaring.  Ketika itu Tsunami Shaklee melanda Facebook kerana ramai ejen Tupperware telah mula menjual Shaklee.

Saya ikuti testimoni dan produk yang diiklankan.  Akhirnya terjumpa banyak testimoni tentang sakit belakang boleh berkurangan dan hilang selepas makan Ostematrix.

Saya cari kawan lama yang kenal sejak di forum dan beli darinya dan terus menjadi ahli Shaklee.  Saya pernah jual dan mendapat komisen dari Shaklee.

Sehingga sekarang, saya masih makan produk Shaklee dan mempunyai beberapa pelanggan.  Semoga tahun 2017 ini saya boleh fokus dan mendapat pendapatan dari Shaklee.