Friday, January 20, 2017

MLM - Multi Level Marketing


Teks dan foto:  Hawa Rosli


Setiap kali orang berkata tentang MLM, ramai yang mencebik dan mengejek.  Banyak kata-kata tak sedap didengar.  Penipu, kena melabur, orang atas goyang kaki, kena cari downline dan pelbagai lagi.

Saya juga tak terkecuali.  Benci sangat MLM sebab kena cari orang!  Dah la saya ni tak pandai berkawan, pendiam pulak tu.  Malu nak cakap apatah lagi ajak orang kita tak kenal untuk join MLM?

Akhirnya saya terjebak!  Hakikatnya, sama seperti perniagaan yang lain.  Kita perlu berusaha untuk naik dan naik lagi.  Tiada istilah upline goyang kaki dapat hasil downline.  Ingat ye, sebelum dia jadi upline.  Siapa dia.  Downline kan?

Saya sebenarnya hanya suka dengan barangan yang ada didalam katalog.  Kemudian sedikit demi sedikit saya kongsi beli dengan kawan di pejabat.  Seterusnya saya jadi ahli dan barulah saya tahu tentang pelan pemasaran.  Ketika itu, saya suka dengan hadiah percuma.  Apa sahaja cabaran yang diberikan, saya capai dan dapat hadiah yang dijanjikan.

Dengan tidak sengaja, saya naik pangkat demi pangkat dan pendapatan berniaga MLM melebihi gaji saya.  Siapa tak gembira kan?  Tapi apa yang saya buat untuk mencapai kejayaan itu?

Aktiviti yang berterusan.  Tidak boleh malas!  Sentiasa fokus dan mencari orang baru dan keluarkan idea yang kreatif untuk sentiasa aktif.

Saya senaraikan antara aktiviti yang saya lakukan untuk mencapai pangkat tinggi dalam MLM.  Pada masa itu, belum ada Whatsapp atau Telegram.

  1.  Update info kepada ahli
  2.  Set target dan berikan hadiah kepada yang capai target tersebut
  3.  Parti di rumah atau pejabat
  4.  Buka jualan di tapak promosi atau booth
  5.  Berniaga online - pendekatannya berlainan sedikit
  6.  Mesyuarat atau perjumpaan mingguan atau bulanan
  7.  Buat demo penggunaan barang yang baru keluar dipasaran
dan pelbagai lagi.

Setelah ada media sosial, lebih mudah kerana sebahagian aktiviti boleh dilakukan menerusi talian.  Contohnya, mesyuarat atau perjumpaan, demo produk dan info terkini.  Semakin mudah dan menjimatkan masa.

Jika tidak suka MLM jangan sampai menghina.  Perniagaan biasa juga sebenarnya MLM tetapi dengan cara berbeza.



No comments:

Post a Comment