Showing posts with label catatan pengalaman. Show all posts
Showing posts with label catatan pengalaman. Show all posts

Thursday, July 4, 2019

Be Grateful & Happy

Teks dan foto: Hawa Rosli
Emel: puanhawarosli@gmail.com


Dok rumah, bukan duduk saje. Otak ligat berfikir dan buat itu ini. Ada juga masanya just duduk diam tak buat apa.

Hari ni fokus belajar kat kelas online. Kelas untuk baiki dalam diri. Dah tua-tua ni fokus nak cari duit tu dah agak terkebelakang.

Lebih nak mencari 'diri' yang menghilang entah kemana. Lebih ingin mencari bahagia dan lebih ingin dekat dengan Allah. Bersedia untuk pulang ke negara Abadi.

Bertemankan lampu hadiah perkahwinan yang hampir berusia 17 tahun. Dihadiahkan oleh kawan si adik.

Salah satu rules untuk hidup bahagia, be grateful. Bukan kepada Allah & manusia sahaja. Tetapi kepada anggota badan, benda disekeliling kita dan alam semesta.

Semoga status ini bermanfaat kepada yang membaca ๐Ÿ˜‰




Saturday, September 2, 2017

Sukan Sea 2017

Teks:  Hawa Rosli
Foto:  Google


Sukan Sea baru sahaja melabuhkan tirai.  Kita yang tak minat sukan turut sama bersemangat tiba-tiba tiap kali team Malaysia masuk pusingan untuk rebut Emas.  Semangat kesukanan katanya ๐Ÿ˜

Upacara pembukaan dan penutup yang meriah.  Target yang telah dicapai.  Lahirnya atlit-atlit baru yang bakal mewarnai dunia sukan Malaysia.  Bakal menggantikan atlit-atlit yang semakin meningkat usia.

Apa yang menjadikan saya lebih dekat dengan Sukan Sea adalah kerana suami saya merupakan antara 15,000 orang sukarelawan yang turut serta membantu melancarkan lagi perjalanan Sukan Sea.

Saya akan tuliskan pengalaman suami saya sebagai seorang Sukarelawan Sukan Sea dalam entri akan datang.

#suamikumrvolunteer


Wednesday, February 8, 2017

Ubat Kuat Dah Sampai!


Teks dan foto:  Hawa Rosli
Emel:  puanhawarosli@gmail.com


Sejak umur nak masuk 40an, saya dah mula mengintai-ngintai dan mencari-cari vitamin atau supplemen yang sesuai untuk tenaga dan kesihatan.  Menyedari yang saya tidak menjalani cara gaya pemakanan yang sihat dan tidak bersenam, saya perlukan sesuatu untuk membantu saya bertenaga dan menghilangkan sakit-sakit yang bakal menjelma.

Vitamin pertama yang saya beli dan makan ialah Ostematrix.  Apa tu?  Saya sering alami kekejangan betis di waktu malam dan lutut saya sakit.  Setiap kali mendaki tangga, lutut saya akan mengeluarkan bunyi geselan 'krok kreok krok kreok' eh! macam lain macam bunyinya ๐Ÿ˜ƒ  Sakit dan perlu berhati-hati setiap kali turun naik tangga.

Selain dari itu, saya selalu sakit pinggang dan belakang.  Kadang-kadang, payah untuk saya bangun atau cuba mengiring kerana rasa sakit itu.  Saya pernah tidak boleh bangun dek sakit pinggang yang amat sangat.  Nasib baik suami ada membantu menarik dan bangunkan saya.

Kebetulan ketika itu ada promosi Ostematrix, setelah saya baca banyak testimoni dan atas konsultansi sahabat lalu saya membeli sebotol.  Saya tidak menyangka Ostematrix ini sangat membantu.  Saya sangkakan makan Ostematrix ini akan ambil masa lama untuk dapatkan kesan baiknya. Rupanya telahan saya silap!

Saya makan sebelum tidur.  Tetiba esoknya saya bangun segar dan tiada gangguan kekejangan betis yang biasanya saya alami hampir setiap malam.  Lagi satu, saya agak susah membuang setiap hari.  Sedari kecil, itulah masalah saya.  Namun sejak makan Ostematrix, setiap pagi saya pasti membuang dengan mudah.  Selamat tinggal sembelit!

Apa lagi vitamin lain yang saya makan?  Semalam, stok Vivix dan Carotomax baru sampai.  Vivix adalah supplemen yang ke 3 saya minum selain Vitamin C.  Terbaru ialah Carotomax terbaik untuk mata.  Baru 4 jenis supplemen saya ambil ๐Ÿ˜‰


Nanti saya akan cerita pula tentang vitamin yang lain.  Kenapa saya makan atau minum dan apa hasil manfaat yang saya dapat.

Terima kasih ๐Ÿ˜˜



Tuesday, January 31, 2017

Katalog Punca Terjebak


Teks dan foto:  Hawa Rosli


Salah satu hobi saya adalah menelek katalog.  Ada sesiapa punyai hobi sama seperti saya?

Semasa masih bekerja dahulu, ramai kawan-kawan berniaga barangan dari katalog.  Kadang-kala saya tidak sempat membaca dan melihat katalog sewaktu masa rehat.  Jadi, saya akan meminjam dan bawa pulang ke rumah.

Sebelum tidur, pasti saya akan belek katalog.  Kalau ada yang murah dan saya perlu, saya akan buat pesanan belian dari kawan.  Keesokkannya katalog itu saya pulangkan semula kepada kawan.

Saya suka tengok katalog kerana warna-warna yang memikat dan barangan yang dijual kelihatan cantik dan ada yang murah harganya.

Bermula dari itulah saya mula terpikat dengan Tupperware.  Setiap bulan pasti keluar katalog dan harga potongan yang amat menarik.

Pada mulanya hanya beli untuk kegunaan sendiri.  Tetapi lama-kelamaan jadi seronok kerana ramai kawan mula membeli dan akhirnya saya terus jadi ahli dan menjual barangan Tupperware.

Sehingga ke hari ini, hobi itu masih ada.  Cuma saya hanya melihat menerusi talifon pintar sahaja.




Demam Panas


Teks dan foto:  Hawa Rosli


Dah beberapa hari badan tidak sihat.  Bersin dan selsema dikuti batuk dan badan mula panas.  Tak larat rasanya.

Biasanya saya akan cepat-cepat makan Vitamin C.  Sebab ianya membantu kurangkan bersin dan selsema cepat kering.

Tetapi kalau demam panas terutama anak-anak kecil, mesti dipantau suhu badan supaya tidak melebihi 39°C.  Selain makan ubat demam, mak suruh jaram dengan meletakkan tuala basah disetiap pelipat badan seperti ketiak, pelipat peha dan pelipat betis.

Cara 'sponging' ini, membantu menurunkan suhu badan dengan cepat.  Sebaiknya gunakan air yang sejuk atau boleh juga gunakan air perahan daun bunga raya.  Ia dapat menyejukkan badan dengan cepat.

Petua orang dahulu merupakan alternatif selain dari makan ubat dari klinik.  Cubalah ๐Ÿ˜




Wednesday, January 25, 2017

Upline yang Hebat



Teks dan foto:  Hawa Rosli



Tiba-tiba hari ini saya dapat whatsapp dari upline Tupperware.


Terma 'Upline' dan 'Downline' hanya digunakan didalam perniagaan MultiLevelMarketing (MLM).  Orang yang menjadi ahli dinamakan 'Downline' manakala yang menaja dipanggil 'Upline'.

Sebelum ini, saya telah menyertai bermacam syarikat Jualan Langsung.  Saya bertuah kerana inilah satu-satunya 'Upline' yang paling saya hormati.

Disaat saya mula melangkah dan terpinga-pinga, beliau datang menunjukkan jalan.  Beliau berikan saya pancing untuk mendapatkan ikan.  Dengan sokongan dan semangat dari beliau, saya berjaya.

Namun, keadaan berubah dimana saya tidak dapat aktif seperti dahulu.  Saya memilih keluarga atas sebab tertentu.

Saya sangat jarang pergi ke stokis dan berjumpa beliau.   Tetapi beliau tetap hantar pesanan dan bertanya khabar.  Katanya, walaupun saya tidak aktif berniaga Tupperware lagi, kita tetap kawan.

Kadang-kala orang berkawan dengan kita atas dasar duit.  Sukar untuk mencari orang yang ikhlas berkawan tanpa sebab 

Ms. TSS, orang yang saya hormati dan sentiasa ingat jasa-jasanya kerana beliau lain dari yang lain.  Saya tidak mampu jadi hebat seperti beliau.




Kereta dilanggar


Teks:  Hawa Rosli


Pagi ini, kawan saya ditimpa kemalangan.  Kereta yang dipandu dilanggar oleh kereta lain.  Alhamdulillah semua selamat cuma keretanya agak teruk dan tidak dapat bergerak.

Saya pernah dilanggar 2 kali dibahagian belakang.  Menggigil seluruh badan dan mula panik tak tahu nak buat apa.  Difikiran saya, dah macam-macam perkara buruk saya fikirkan.

Pertama kali saya dilanggar dari belakang oleh kereta pacuan empat roda.  Ketika itu, saya berdua dengan mak.  Kali kedua pula, saya keseorangan memandu waktu malam baru balik berniaga.  Ketika itu saya buka tapak promosi sepanjang bulan Ramadhan.  Dilanggar dari belakang juga akibat brek mengejut kerana ada kemalangan dihadapan.  Akhirnya ada dua scene kemalangan pada masa yang sama.

Apa yang saya buat, terus ambil nombor kereta tersebut dan bincang dengan pemandu bagaimana nak diselesaikan.  Gunakan handphone, ambil gambar kereta dan pemandu juga sebagai bukti jika ada perkara berbangkit.

Kemalangan yang kedua, saya hampir ditipu.  Pemandu tersebut mengatakan akan bayar gantirugi jadi tidak perlu buat laporan polis.  Tetapi pada waktu yang dijanjikan, pemandu tersebut buat helah dan lari-lari dari buat bayaran.  Kami terus buat laporan polis selepas itu.  Ada tempoh beberapa jam dari masa kemalangan untuk buat laporan polis.  Saya dah lupa sebenarnya cuma kalau tak silap dalam masa 48jam.

Syukurlah, akhirnya saya dapat hak yang sepatutnya.  Pemandu didenda RM300 (diketika itu) dan saya dapat claim insuran dari pihak yang bersalah.

Pengajaran yang saya perolehi dari dua kemalangan tersebut ialah, jangan percaya kata-kata pemandu.  Beri tempoh 24 sahaja jika betul beliau mahu bayar kepada kita.  Jika beliau ingkar, terus buat laporan polis.  Pastikan ambil butir-butir tentang kereta dan pemandu tersebut.



Minat Membaca


Teks:  Hawa Rosli


Saya suka membaca.  Mak beritahu sejak dari kecil lagi kalau saya terjumpa suratkhabar atau buku, pasti saya akan ralit membaca walaupun ketika itu saya belum pandai membaca.  Sehingga sekarang saya memang tidak dapat menahan diri setiap kali ke kedai buku.

Genre buku yang saya baca sudah pasti bukan buku pelajaran yang amat membosankan.  Saya baca sebab terpaksa untuk hadapi peperiksaan.  Dari segi pelajaran, saya lebih suka dengan angka.  Mata pelajaran yang saya paling suka ialah Matematik, Prinsip Akaun dan semua yang berkaitan dengan angka.

Mata pelajaran paling saya tidak minat pula ialah yang perlu dibaca seperti Sejarah, Pengurusan, Audit dan yang membaca.  Saya pernah terhempap buku tebal Audit ke muka semasa belajar di ITM dahulu.  Saya terlelap ketika membaca buku tebal tersebut lalu jatuh keatas muka saya.  Aduh! bayangkan buku setebal 4 inci dan besar pula ๐Ÿ˜’

Dari segi buku cerita, dahulu saya selalu pinjam novel-novel cinta dari kedai buku dan kawan-kawan.  Tak kira buku bahasa Melayu atau Inggeris.  Ada tempat-tempat yang menyewakan novel-novel ini.  Saya pernah menyewa novel di Pasar Seni, Kompleks Kotaraya dan di Ampang Point.  Saya tak pasti masih ada lagi atau tidak kedai-kedai tersebut.

Satu lagi genre yang saya minat, ialah thriller tapi hanya dari penulis Ramlee Awang Murshid.  Cerita yang dituliskan unik dan tidak dapat ditafsirkan plot-plot berikutnya.  Segalanya misteri dan tidak terjangkau fikiran untuk ditafsirkan kesudahan ceritanya.

Selain dari itu, saya membaca buku-buku ilmiah dan motivasi sebagai menambah ilmu pengetahuan.  Tahun 2017 saya nak membaca sebanyak yang boleh.  Juga cuba konsisten mengaji dan khatam seberapa banyak yang boleh.

Saya pernah menjual buku di internet juga.  Alhamdulillah, mendapat sambutan hangat dan ada juga yang memborong buku yang saya jual.  Pada masa ini, saya meninjau-ninjau buku yang bagus yang boleh saya jual di internet.

Membaca itu Jambatan Ilmu.  Marilah kita memupuk minat membaca sekeluarga.



Thursday, January 19, 2017

Selsema


Teks dan foto:  Hawa Rosli


Rasa sangat tak selesa bila selsema.  Asik meleleh je hingus.  Bila kerap lap dan hembus, hidung sakit dan jadi kemerahan.  Paling kesian kat anak-anak yang belum pandai hembus selsema.  Tiap kali hingus mengalir, dia sapu je dengan belakang tangan.  Kalau dibiarkan lama, keras kat pipi mereka.  Comot ๐Ÿ˜Š

Saya nak kongsi petua mak yang selalu dibuat tiap kali adik dan saya selsema semasa kecil dahulu.  Sekarang, mak buat pada cucunya pula.  Hinggakan bila Ammar selsema, dia sendiri dah pandai mintak nenek buatkan.

Apakah petuanya?  Mudah, hanya perlukan dua bahan sahaja.  Kunyit hidup dan kapur sirih.  Caranya, potong sedikit kunyit hidup, celupkan sedikit permukaan yang dipotong ke kapur sirih.  Kemudian, calitkan kunyit tadi dari tengah dahi turun ke batang hidung.  Jadi macam hurul 'l'.  Jangan lupa selawat ye.  InsyaAllah, hingus akan senang keluar dan cepat kering.

Kunyit mampu membunuh bakteria dan anti radang.  Kapur sirih pula bersifat panas.  Maka gabungan kedua-dua bahan ini, membantu proses pengeluaran hingus dengan cepat.  Apabila selsema cepat kering, cepatlah anak sihat ๐Ÿ˜

Selamat mencuba!


Tuesday, January 17, 2017

Jangan Ada Dusta Diantara Kita


Teks dan foto: Hawa Rosli


"Awak, saya nak kawin."

"Ye ke? Bila?" (terkejut!)

"Tak lama lagi."

"Nanti jemputlah saya."

"Tak nak lah."

"Erk?! Kenapa?" (eh dia nih! kawan kita tapi tak nak jemput dia kawin?!)

"Ye la, saya nak kawin dengan awak."

krik krik.  krik krik.  mata terbeliak!  "Awak sedar tak apa awak cakap ni?"

Bermulalah satu perjalanan yang panjang.

Kami hanya kawan.  Kami mula berkenalan di Mirc (ruangan Chatting di Internet).  Saya suka berkawan dengan dia sebab dia lain dari kawan-kawan yang saya ada.  Kami jarang sangat berjumpa.  Kalau talifon pun hanya bertanya khabar.

Tak sangka pulak ada orang sudi kawin dengan saya.  Kawan-kawan lain ramai dah kawin dan beranak-pinak.  Saya makin kehilangan kawan sebab masing-masing dah sibuk dengan kehidupan sendiri.

Orang yang paling gembira adalah Mak.  Kerisauan amat sangat takut anak daranya tak laku.  Sebenarnya saya dah serik.  Saya fikir berkawan saja dan nak sambung belajar.  Bila mak berulangkali bertanya tentang kawin, saya katakan "Kalau tak ada orang meminang saya tahun ini (2002), saya sambung belajar.  Takyah kawin sampai bila-bila." 

Doa ibu tiada hijab.  Doa mak dimakbulkan.  Mak juga yakinkan saya untuk terima dia selepas mak berjumpa dia.  Pandai dia memikat mak ๐Ÿ˜Ž  Hajat mak tercapai.  Dapat menantu dekat dengan dia.

Akhirnya 4 bulan selepas itu, kami diijabkabulkan oleh bapak saya sendiri.  Hari ini 17 Januari 2017 selepas Asar nanti genap 14 tahun kami bersama.  Alhamdulillah semoga hingga ke Jannah.

Selama 14 tahun ini, dia paling sabar melayan kerenah saya.  Saat sedih bahagia dia sentiasa ada.  Tiada apa yang saya pinta hanya kesetiaan, kasih sayang dan kejujuran.  Jangan Ada Dusta Diantara Kita, Kasih ๐Ÿ‘ซ

Benarlah, jodoh pertemuan semua Allah tentukan sejak di Loh Mahfuz.  Lambat atau cepat, di dunia atau di sana.  Doa dan terus berdoa mendapat jodoh terbaik.


Gambar pertama berdua ๐Ÿ’‘

Niat Berniaga


Teks: Hawa Rosli


Masa mula-mula berniaga dulu, rasa seronok sebab dapat duit.  Hanya fikir duit je dan kejar duit.  Rupanya, sifat duit kalau semakin dikejar semakin jauh berlari.  Duit hasil berniaga banyak tapi asyik habis tak tahu kemana.  Keluar lebih banyak dari masuk.

Dulu, niat berniaga sebab nak duit dan nak kaya.  Tapi sekarang tidak lagi.  Niat saya berniaga adalah kerana Allah.  Berniaga supaya pelanggan yang membeli barang jualan mendapat manfaat yang terbaik.  InsyaAllah, rezeki yang dapat akan lebih berkat.

Semakin lama dalam dunia berniaga tak kira kecil atau besar, semakin banyak kita belajar.  Pengalaman adalah cikgu yang terbaik.  Masih belum terlambat untuk betulkan niat berniaga.

Berubah menjadi lebih baik.  Belajar tanpa jemu.  Berkawan dengan penjual minyak wangi, kita pun boleh jadi wangi ๐Ÿ˜‰

Sunday, January 15, 2017

Pengalaman Kerja


Teks dan foto: Hawa Rosli


Saya mula bekerja pada akhir tahun 1995 di sebuah kedai karpet di Chow Kit.  Saya menggantikan staf yang sedang cuti bersalin.  Pengalaman pertama saya menulis cek dan rekodkan akauniaga setiap hari.

Setelah 3 bulan, saya bekerja pula di syarikat perakaunan.  Penyelia saya mengajar membuat akaun dan audit.  Saya juga membuat sebahagian kerja Company Secretary.  3 bulan saya bekerja disana, saya mendapat pekerjaan baru sebagai Pembantu Akaun di Syarikat Elektrik di Jalan TAR, Kuala Lumpur.

Bekerja dengan makcik-makcik berbangsa Cina yang banyak pengalaman.  Setiap hari mereka mengajar saya satu perkataan Kantonis.  Sehinggakan saya faham apa mereka cakap dalam dialek tersebut.

Disana banyak yang saya belajar, saya menjaga salah satu cawangan dan selalu berulang alik ke sana untuk memeriksa akaun dan stok.  Disinilah pertama kali saya dapat rasa naik kapal terbang ๐Ÿ˜ƒ

Dalam masa setahun saya bekerja di sana, beberapa kali saya mendapat tawaran kerja tetapi ketua jabatan saya tak benarkan saya berhenti malah menaikkan gaji saya.  Akhirnya saya letakkan jawatan juga sebab saya mendapat tawaran kerja di syarikat yang lebih besar dengan gaji yang lebih lumayan.

Lebih 12 tahun saya bekerja di jabatan kewangan syarikat insuran itu.  Setiap 4 tahun, saya bertukar unit.  Pada mulanya saya ditempatkan di unit Laporan Kewangan.  Kemudian di unit Operasi dan terakhir di unit Credit Control.

Apabila pengurusan syarikat insuran diambilalih oleh syarikat yang lain, kami dipindahkan ke salah satu bank yang terkemuka.  Saya ditempatkan di unit Operasi dimana setiap hari saya membuat jurnal, lejer, keluarkan cek dan membuat laporan kewangan.

Akhirnya pada 3/1/2008 saya membuat keputusan untuk meletakkan jawatan.  Kenapa?  Ketika itu, saya sedang seronok berniaga.  Tetapi saya tak seronok bekerja kerana persekitaran di pejabat baru sangat tak seronok.  Setiap hari saya kena balik lewat dan hari cuti pun mesti datang ke ofis.  Saya rasa kehidupan saya dah tak normal.  Saya rasa semakin jauh dari keluarga kerana tiada masa untuk bersama mereka.

Selamat tinggal dunia pekerjaan ๐Ÿ™Œ

Pengalaman Berniaga


Teks dan foto: Hawa Rosli

Berniaga Offline


Sejak kecil, saya didedahkan dengan dunia perniagaan dijalanan.  Mak buat kuih-muih dan letakkan digerai-gerai.  Ketika usia saya 11 tahun, saya mula membantu mak dan ayah berniaga di gerai selepas balik sekolah dan pada hari cuti.

Kami menjual kuih-muih dan minuman dari pukul 2 petang hingga pukul 8 malam.  Kadang-kadang habis, kadang-kadang tidak.  Setiap petang, mak dan adik akan balik ke rumah dan saya akan gantikan mak.  Percaya tak hampir setiap malam, saya balik ke rumah dengan mengayuh beca roda tiga yang penuh dengan bekas-bekas kuih yang kosong.

Bermula dari situ, saya membantu mereka berniaga sehingga saya habis belajar.  Setelah saya mula bekerja, mak dan ayah saya dah berhenti berniaga.  Saya mula berniaga semula setelah saya berkahwin.  Suami dan saya menjual barangan kosmetik di pejabat.  Kemudian saya tambah lagi menjual minyak wangi pula.


Berniaga Online


Dalam masa yang sama, saya baru kenal internet dan forum online.  Saya mula mengintai peluang berniaga di internet.  Semasa itu banyak forum-forum sahaja,  Jadi, saya berniaga di forum percuma dan selanjutnya forum yang berbayar.  Seronok sangat berniaga online ketika itu.  Tak ramai saingan berniaga.

Selanjutnya saya menambahkan lagi jenis bisnes saya.  Saya mula menjadi ejen Tupperware dan menjual di internet.  Setiap hari ada je jualan, kereta penuh dengan stok nak dipos.  Duit gaji tak disentuh langsung.  Pengalaman manis ๐Ÿ˜Š

Dalam masa yang sama, saya ada juga buka booth di tapak-tapak promosi.  Sambil bekerja, saya berniaga.  Kongsi dengan kawan-kawan dan jaga booth ikut giliran.  Saya pernah sewa kiosk di KL Sentral dan IJN, KL.

Pengalaman manis yang amat dirindui.  Sejak 2 tahun ini, saya kurang berniaga di tapak promosi.  Hanya fokus di online sahaja sambil berniaga jajan dan minuman di rumah mak.



Kenali Diri Ku


Teks: Hawa Rosli


Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Saya diberi nama Nor Siti Hawa binti Rosli tetapi lebih senang dipanggil 'kakak' atau Hawa.  Dibesarkan dan bersekolah di Kuala Lumpur.

Sejak dari Tingkatan 4, saya nak lanjutkan pelajaran saya ke ITM dalam bidang perakaunan.  Saya memang suka dengan nombor.  Saya suka pelajaran Matematik.  Akhirnya saya berjaya melanjutkan pelajaran saya ke ITM Dungun dalam jurusan Diploma Perakaunan.

Selepas mendapat Diploma, saya bekerja.  Setelah lebih 2 tahun bekerja, saya ambil keputusan untuk sambung pengajian saya di peringkat Ijazah pula.  Saya ambil kursus Ijazah Perakaunan secara sambilan di UiTM Shah Alam.  Alhamdulillah, saya berjaya habiskan kursus tersebut walaupun macam-macam dugaan sepanjang berulang-alik ke Shah Alam hampir setiap hari.

Saya mula bekerja pada akhir tahun 1995 di sebuah kedai karpet di Chow Kit.  Sepanjang saya bekerja lebih 14 tahun, saya telah bekerja dengan 4 buah Syarikat.  Kesemuanya didalam Jabatan Kewangan.  Dari menulis cek, membuat laporan kewangan, reconciliation, membuat sistem baru dan lain-lain lagi.  Saya memang sangat suka nombor.  Seronok mengira duit orang ๐Ÿ˜†

Saya didedahkan dalam dunia berniaga seawal umur 3 atau 4 tahun. Tetapi mula berniaga sendiri pada tahun 2005 menjual kosmetik, minyak wangi dan bermacam lagi. 2006 baru saya mula berniaga secara online sehingga kini. Pernah menyewa kiosk dan menyertai tapak-tapak promosi. Paling lama, saya menyertai perniagaan MultiLevelMarketing hampir 10 tahun.

Saya minat membaca dan mendengar musik. Saya pantang ke kedai buku sebab pasti saya akan belek setiap buku dan alatulis yang ada. Orang kata, tak dapat beli tengok pun tak pe. Saya juga minat berniaga. Saya sentiasa mencari peluang niaga yang terbaru.

Puas saya fikir apa kemahiran yang saya ada. Kesimpulannya saya tiada kemahiran. Saya ada asas menjahit pakaian dan langsir. Saya juga boleh menaip dengan laju tanpa memandang papan kekunci komputer. Saya belajar menjahit dan menaip semasa menunggu keputusan SPM.

Saya belum punyai kepakaran. InsyaAllah, saya dalam proses untuk menjadi pakar dan bidang penulisan. Inilah titik permulaan bagi saya.

Saya penggila buku. Saya tak pernah lepaskan peluang ke Pesta Buku. Semasa zaman remaja, saya suka baca Novel Cinta. Tapi kekangan waktu dan minat semakin berubah. Saya suka membaca novel thriller dari penulis Ramlee Awang Murshid. Selain dari itu, saya suka buku genre ilmiah, keagamaan dan motivasi.

Ikuti saya di sini: http://puanhawarosli.blogspot.my/
Facebook: Hawa Rosli

Beberapa bulan lepas, saya baru mengenalpasti potensi diri saya.  Salah satunya adalah ilmu dan buku.  Maka, saya ingin mengubah diri saya menjadi seorang yang pandai menulis.  Di kelas ini, saya harap akan melatih saya menjadi blogger, copywriter dan storyteller yang dapat memberi manfaat kepada orang lain.  Seterusnya menjadi pakar dan boleh mengajar orang lain pula seperti Puan Masayu.

InsyaAllah, Aamiin.