Tuesday, January 31, 2017

Katalog Punca Terjebak


Teks dan foto:  Hawa Rosli


Salah satu hobi saya adalah menelek katalog.  Ada sesiapa punyai hobi sama seperti saya?

Semasa masih bekerja dahulu, ramai kawan-kawan berniaga barangan dari katalog.  Kadang-kala saya tidak sempat membaca dan melihat katalog sewaktu masa rehat.  Jadi, saya akan meminjam dan bawa pulang ke rumah.

Sebelum tidur, pasti saya akan belek katalog.  Kalau ada yang murah dan saya perlu, saya akan buat pesanan belian dari kawan.  Keesokkannya katalog itu saya pulangkan semula kepada kawan.

Saya suka tengok katalog kerana warna-warna yang memikat dan barangan yang dijual kelihatan cantik dan ada yang murah harganya.

Bermula dari itulah saya mula terpikat dengan Tupperware.  Setiap bulan pasti keluar katalog dan harga potongan yang amat menarik.

Pada mulanya hanya beli untuk kegunaan sendiri.  Tetapi lama-kelamaan jadi seronok kerana ramai kawan mula membeli dan akhirnya saya terus jadi ahli dan menjual barangan Tupperware.

Sehingga ke hari ini, hobi itu masih ada.  Cuma saya hanya melihat menerusi talifon pintar sahaja.




Minyak Petrol Naik Lagi


Teks dan foto:  Hawa Rosli


Wow! Trending di mana-mana malam ini adalah teka-teki harga petrol naik.  Setiap hujung bulan sejak tahun lepas, harga petrol pasti ada perubahan.  Maka ramai pengguna yang akan ternanti-nanti berteka-teki mengenai harga terbaru petrol.

Sejak tahun lepas, dunia Minyak dan Gas agak teruk dan ramai juga pekerja syarikat telah diberhentikan kerja dan syarikat terpaksa mengurangkan pekerja atau tutup terus.

Kenaikan yang banyak amat membebankan pengguna.  Apabila minyak naik maka barang jualan juga secara tidak langsung pasti akan turut menaikkan harga.
Apa yang kita boleh lakukan?  Ayuh, fikirkan cara menambah pendapatan demi kehidupan seharian.




Demam Panas


Teks dan foto:  Hawa Rosli


Dah beberapa hari badan tidak sihat.  Bersin dan selsema dikuti batuk dan badan mula panas.  Tak larat rasanya.

Biasanya saya akan cepat-cepat makan Vitamin C.  Sebab ianya membantu kurangkan bersin dan selsema cepat kering.

Tetapi kalau demam panas terutama anak-anak kecil, mesti dipantau suhu badan supaya tidak melebihi 39°C.  Selain makan ubat demam, mak suruh jaram dengan meletakkan tuala basah disetiap pelipat badan seperti ketiak, pelipat peha dan pelipat betis.

Cara 'sponging' ini, membantu menurunkan suhu badan dengan cepat.  Sebaiknya gunakan air yang sejuk atau boleh juga gunakan air perahan daun bunga raya.  Ia dapat menyejukkan badan dengan cepat.

Petua orang dahulu merupakan alternatif selain dari makan ubat dari klinik.  Cubalah ๐Ÿ˜




Wednesday, January 25, 2017

Upline yang Hebat



Teks dan foto:  Hawa Rosli



Tiba-tiba hari ini saya dapat whatsapp dari upline Tupperware.


Terma 'Upline' dan 'Downline' hanya digunakan didalam perniagaan MultiLevelMarketing (MLM).  Orang yang menjadi ahli dinamakan 'Downline' manakala yang menaja dipanggil 'Upline'.

Sebelum ini, saya telah menyertai bermacam syarikat Jualan Langsung.  Saya bertuah kerana inilah satu-satunya 'Upline' yang paling saya hormati.

Disaat saya mula melangkah dan terpinga-pinga, beliau datang menunjukkan jalan.  Beliau berikan saya pancing untuk mendapatkan ikan.  Dengan sokongan dan semangat dari beliau, saya berjaya.

Namun, keadaan berubah dimana saya tidak dapat aktif seperti dahulu.  Saya memilih keluarga atas sebab tertentu.

Saya sangat jarang pergi ke stokis dan berjumpa beliau.   Tetapi beliau tetap hantar pesanan dan bertanya khabar.  Katanya, walaupun saya tidak aktif berniaga Tupperware lagi, kita tetap kawan.

Kadang-kala orang berkawan dengan kita atas dasar duit.  Sukar untuk mencari orang yang ikhlas berkawan tanpa sebab 

Ms. TSS, orang yang saya hormati dan sentiasa ingat jasa-jasanya kerana beliau lain dari yang lain.  Saya tidak mampu jadi hebat seperti beliau.




Tepati Kata


Teks:  Hawa Rosli


23 Oktober 2016
Pelanggan bertanya harga Tupperware yang diidamkan.   Setelah diberikan butir lengkap, beliau beritahu akan maklumkan kepada saya jika dia jadi beli.

23 Januari 2017
Pelanggan beritahu nak beli Tupperware yang sama yang pernah ditanyakan dahulu.  Kali ini, betul beliau jadi beli setelah mengumpul duit.

3 bulan beliau mengumpul duit untuk membeli barang yang diidamkan.  Saya hormati pelanggan seperti beliau.  Menepati janji iaitu akan maklumkan bila beliau jadi membeli.

Berapa ramai pelanggan yang ada seperti beliau?  Sepanjang lebih 10 tahun berniaga di alam maya, boleh dikira dengan jari hanya beberapa orang sahaja seperti beliau.

Itulah salah satu ragam pelanggan.  Ada yang terus mendiamkan diri, ada yang terus terang tidak jadi beli dan bermacam lagi.

Sebagai peniaga, akur dengan kehendak pelanggan.  Layan dengan hormat selagi pelanggan menghormati dan tidak melampau.

Kita permudahkan orang lain, Pasti orang akan permudahkan kita.



Kereta dilanggar


Teks:  Hawa Rosli


Pagi ini, kawan saya ditimpa kemalangan.  Kereta yang dipandu dilanggar oleh kereta lain.  Alhamdulillah semua selamat cuma keretanya agak teruk dan tidak dapat bergerak.

Saya pernah dilanggar 2 kali dibahagian belakang.  Menggigil seluruh badan dan mula panik tak tahu nak buat apa.  Difikiran saya, dah macam-macam perkara buruk saya fikirkan.

Pertama kali saya dilanggar dari belakang oleh kereta pacuan empat roda.  Ketika itu, saya berdua dengan mak.  Kali kedua pula, saya keseorangan memandu waktu malam baru balik berniaga.  Ketika itu saya buka tapak promosi sepanjang bulan Ramadhan.  Dilanggar dari belakang juga akibat brek mengejut kerana ada kemalangan dihadapan.  Akhirnya ada dua scene kemalangan pada masa yang sama.

Apa yang saya buat, terus ambil nombor kereta tersebut dan bincang dengan pemandu bagaimana nak diselesaikan.  Gunakan handphone, ambil gambar kereta dan pemandu juga sebagai bukti jika ada perkara berbangkit.

Kemalangan yang kedua, saya hampir ditipu.  Pemandu tersebut mengatakan akan bayar gantirugi jadi tidak perlu buat laporan polis.  Tetapi pada waktu yang dijanjikan, pemandu tersebut buat helah dan lari-lari dari buat bayaran.  Kami terus buat laporan polis selepas itu.  Ada tempoh beberapa jam dari masa kemalangan untuk buat laporan polis.  Saya dah lupa sebenarnya cuma kalau tak silap dalam masa 48jam.

Syukurlah, akhirnya saya dapat hak yang sepatutnya.  Pemandu didenda RM300 (diketika itu) dan saya dapat claim insuran dari pihak yang bersalah.

Pengajaran yang saya perolehi dari dua kemalangan tersebut ialah, jangan percaya kata-kata pemandu.  Beri tempoh 24 sahaja jika betul beliau mahu bayar kepada kita.  Jika beliau ingkar, terus buat laporan polis.  Pastikan ambil butir-butir tentang kereta dan pemandu tersebut.



Minat Membaca


Teks:  Hawa Rosli


Saya suka membaca.  Mak beritahu sejak dari kecil lagi kalau saya terjumpa suratkhabar atau buku, pasti saya akan ralit membaca walaupun ketika itu saya belum pandai membaca.  Sehingga sekarang saya memang tidak dapat menahan diri setiap kali ke kedai buku.

Genre buku yang saya baca sudah pasti bukan buku pelajaran yang amat membosankan.  Saya baca sebab terpaksa untuk hadapi peperiksaan.  Dari segi pelajaran, saya lebih suka dengan angka.  Mata pelajaran yang saya paling suka ialah Matematik, Prinsip Akaun dan semua yang berkaitan dengan angka.

Mata pelajaran paling saya tidak minat pula ialah yang perlu dibaca seperti Sejarah, Pengurusan, Audit dan yang membaca.  Saya pernah terhempap buku tebal Audit ke muka semasa belajar di ITM dahulu.  Saya terlelap ketika membaca buku tebal tersebut lalu jatuh keatas muka saya.  Aduh! bayangkan buku setebal 4 inci dan besar pula ๐Ÿ˜’

Dari segi buku cerita, dahulu saya selalu pinjam novel-novel cinta dari kedai buku dan kawan-kawan.  Tak kira buku bahasa Melayu atau Inggeris.  Ada tempat-tempat yang menyewakan novel-novel ini.  Saya pernah menyewa novel di Pasar Seni, Kompleks Kotaraya dan di Ampang Point.  Saya tak pasti masih ada lagi atau tidak kedai-kedai tersebut.

Satu lagi genre yang saya minat, ialah thriller tapi hanya dari penulis Ramlee Awang Murshid.  Cerita yang dituliskan unik dan tidak dapat ditafsirkan plot-plot berikutnya.  Segalanya misteri dan tidak terjangkau fikiran untuk ditafsirkan kesudahan ceritanya.

Selain dari itu, saya membaca buku-buku ilmiah dan motivasi sebagai menambah ilmu pengetahuan.  Tahun 2017 saya nak membaca sebanyak yang boleh.  Juga cuba konsisten mengaji dan khatam seberapa banyak yang boleh.

Saya pernah menjual buku di internet juga.  Alhamdulillah, mendapat sambutan hangat dan ada juga yang memborong buku yang saya jual.  Pada masa ini, saya meninjau-ninjau buku yang bagus yang boleh saya jual di internet.

Membaca itu Jambatan Ilmu.  Marilah kita memupuk minat membaca sekeluarga.



Tuesday, January 24, 2017

Sarapan itu Penting!


Teks:  Hawa Rosli


Dah sarapan?  Antara jawapan yang diberi 'tak boleh makan pagi, sakit perut', 'tak suka makan pagi', 'tak sempat' dan bermacam lagi.  Jawapan pendeknya, ramai yang tidak bersarapan.  Saya pun begitu, dulu ๐Ÿ˜ƒ

Lebih teruk lagi, terus tidak makan atau minum sehinggalah tengahari nanti.  Sejak kerap perut sakit dan mendapat gastrik, saya ubah aturan makan.  Setiap pagi, saya mesti bersarapan.  Paling lewat pukul 10 pagi.  Tetapi ada fakta yang mengatakan, sarapan mestilah sebelum pukul 9 pagi.  Jika sarapan selepas itu, akan menjadikan kita semakin gemuk.

Sarapan penting sebab selain untuk mengelakkan perut masuk angin dan menjadi gastrik, ianya bagus untuk badan yang akan bekerja sepanjang hari.

Sarapan untuk anak-anak penting untuk melancarkan proses memahami pembelajaran serta konsentrasi semasa belajar.  Natijahnya, prestasi mereka didalam pelajaran akan meningkat.

Bagi orang dewasa pula, dengan bersarapan ianya dapat membantu meningkatkan daya pemikiran dan fokus kepada kerja serta tidak mudah letih.  Ini akan meningkatkan prestasi mutu kerja menjadi lebih baik dari biasa.

Jadikan amalan bersarapan setiap hari untuk menjadi insan yang lebih cemerlang.



Dugaan


Teks: Hawa Rosli


Setiap manusia pasti tidak terlepas dari dugaan.  Allah tidak akan menguji hambanya yang tidak mampu menghadapi dugaan.  Yang membezakan hanyalah samada dugaan itu kecil atau besar.

Saya sendiri tidak terlepas dari dugaan.  Jatuh bangun dalam berniaga, selisih faham antara kawan-kawan mahupun keluarga dan pelbagai lagi.  Namun, semuanya perlu ditangani dengan rasional dan bijak.  Bukan gunakan emosi walaupun sememangnya emosilah akan menguasai kita diketika itu.

Apa yang perlu kita buat?  Cari jalan penyelesaian.  Bagaimana?  Berjumpa dengan orang yang boleh dipercayai dan yang dapat membantu kita menguraikan kekusutan yang ada.  Tetapi yang paling utama, mengadu dan bercakaplah dengan Mencipta kita iaitu Allah S.W.T.

Kadangkala dugaan itu datang kerana Allah rindukan kita.  Allah rindu nak kita bercakap dan mengadu kepadaNya.  Saya doakan sahabat-sahabat yang sedang diuji supaya tabah menghadapi sambil mencari jalan penyelesaiannya.



Sunday, January 22, 2017

Memilih Pelanggan


Teks:  Hawa Rosli


- FOR SERIOUS BUYER ONLY !!!
- NO BACK OUT BUYER !!
- FIXED PRICE NO NEGO !!

Jika saya nampak ayat-ayat diatas, saya akan batalkan hasrat menjadi pelanggan di kedai online tersebut.

Sebagai peniaga, berbagai pe'el dan ragam pelanggan yang akan dijumpai setiap kali berurusniaga.  Bagi saya, ayat-ayat diatas sangat tak relevan.  Tak semua pelanggan yang bertanya terus nak membeli.

Sebagai contoh, kita ke kedai nak beli tudung.  Adakah kita masuk ke satu kedai dan terus membeli tudung itu?  Saya pasti 99% tidak membeli.  Kita akan masuk ke satu kedai dan ke satu kedai yang lain.  Mungkin kedai yang ke 5 baru kita berkenan, barulah kita membeli.  Betul ke betul?

Jadi, sama juga konsep walaupun berniaga di kedai internet.  Peniaga mesti kental.  Semakin banyak halangan atau tolakan yang dihadapi dalam urusniaga, semakin matang peniaga tersebut.

Nak berjaya dalam berniaga, hadap saja sesiapa pun dihadapan ๐Ÿ˜



Bebas Plastik


Teks:  Hawa Rosli
Foto:  Google


Bermula 2017, Selangor lancarkan 'Bebas Plastik'.  Sejak tahun lepas, setiap Sabtu tiada dibekalkan beg plastik lagi.

Setau saya, Melaka juga dah tidak sediakan beg plastik di pasaraya-pasaraya.  Tetapi disediakan kotak bagi menggantikan beg plastik.

Saya lihat, dari sudut positif ianya bagus untuk memelihara bumi yang semakin tua.  Tetapi isu ini digembar-gemburkan menjadi besar sebab 20 sen.  Jika inginkan beg plastik, caj 20 sen akan dikenakan.

Jika kita lihat, banyak pusat membeli-belah atau kedai-kedai jualan selalu berikan beg woven atau beg kanvas yang boleh digunakan berulang-kali.  Kita hanya perlu rajin dan sentiasa ingat untuk bawa beg-beg tersebut setiap kali keluar membeli barang.

Alah bisa tegal biasa.  Mula-mula mungkin lupa tetapi lama kelamaan akan jadi biasa.  Bersama kita menyelamatkan bumi!




Bungkus dan Balut


Teks dan foto:  Hawa Rosli


Berniaga sangat seronok.  Dapat duit terus selepas barang dibeli.  Seterusnya, aktiviti membungkus barang untuk diposkan.

Saya memang tidak pandai membungkus atau membalut barang.  Kalau beli hadiah, biasanya kawan atau staff Servis Pelanggan yang balutkan.  Bila mula meniaga, jenuh saya belajar membalut.

Pada mulanya, balutan saya tak kemas.  Tapi semakin lama berlatih, hari demi hari saya dah boleh membalut dengan baik.  Balutan hamper pun saya dah boleh buat.

Kalau ada nak tempah hamper, bolehlah hantar emel ke puanhawarosli@gmail.com

'Practice makes perfect'




Tupperware Oh Tupperware


Teks dan foto:  Hawa Rosli


Siapa suka Tupperware?  Kita geng ๐Ÿ˜… 

Tupperware pertama saya beli adalah botol air.  Masih ada sehingga sekarang.  Makin lama makin banyak warna dan pelbagai jenis Tupperware yang keluar.

Di dalam almari ini, sebahagian dari koleksi 'limited edition' barangan Tupperware yang kebanyakkannya saya dapat secara percuma.  Sayang nak dijual jadi, saya simpan saja.  Ada yang saya guna ada yang tak pernah guna.



Tahun lepas, saya mula kurangkan mengumpul Tupperware sebab ada yang tidak digunakan lagi.  Banyak saya jual walaupun rasa sayang ๐Ÿ˜ข

Jika anda nak lihat Tupperware yang saya jual, tekan link ni ye TupperwareHawa

Kepercayaan Pelanggan


Teks dan foto:  Hawa Rosli


Peniaga adalah pelanggan tetapi pelanggan tidak semestinya peniaga.  Peniaga memahami kehendak pelanggan.  Bukan mudah untuk memuaskan hati pelanggan.  Peniaga melayani pelanggan dari proses bertanya tentang produk sehinggalah pos barang.

Perkara yang paling penting adalah komunikasi.  Jika berniaga di kedai atau tapak promosi, komunikasi adalah secara berdepan.  Jadi, kita bercakap dengan pelanggan secara terus.

Berlainan dari berniaga di internet.  Kita menulis untuk memberi keterangan kepada persoalan pelanggan.  Jawapan atau keterangan bertulis yang diberikan mesti ditulis dengan hati-hati.  Kenapa ya?  Apa yang ditulis, boleh dibaca dengan pelbagai intonasi.  Akan terjadi salah faham apabila dibaca dengan intonasi yang salah.

Pernah tak kita tak jadi membeli sebab was-was dengan peniaga online?  Saya pernah.

Bagaimana nak meyakinkan dan buat pelanggan percaya dengan kita?  Saya kongsikan sebahagian tips kepada anda.

  1.  Berkomunikasi dengan mesra
  2.  Berikan jawapan yang meyakinkan
  3.  Tunjukkan aktiviti berniaga.  Contohnya, sedang bungkus barang atau pos barang jualan
  4.  Berpengetahuan atau memahami barangan yang dijual
  5.  Tunjukkan testimoni dari pelanggan tentang barangan dan servis
Peniaga baru mungkin tidak berapa yakin atau takut hendak melayan pelanggan.  Ketepikan perasaan itu jika hendak jadi peniaga.  Cuba praktikkan tips yang saya kongsikan.  Selamat berjaya!





Kejayaan dalam perniagaan MLM


Teks dan foto:  Hawa Rosli


Pernah tengok gambar orang pergi berjalan ke luar negeri, berkereta mahal dan menunjuk mock check dengan jumlah yang tinggi?  Dulu saya selalu nampak dan mesti saya cakap 'seronoknya' dan fikir, saya tidak mampu lakukan seperti mereka.

Tetapi saya silap!  Dengan cara kerja dan panduan bimbingan dari upline, Alhamdulillah saya dapat mencapai beberapa kejayaan.  Saya menyertai perniagaan Tupperware.  Semua tahu kan?  Dah lebih 50 tahun berada di Malaysia.

Pertama kali saya pergi ke luar negara pada tahun 2009 dan setiap tahun berikutnya.  Tidak saya sangka saya dapat jejak ke negara orang dengan berniaga MLM.

Kejayaan kedua, saya berjaya menjadi TOP 5 dalam Malaysia, Singapura dan Brunei.  Saya mendapat hadiah buah rantai berlian bernilai RM3000 dan bermacam hadiah lain.  Seronok tidak terkira kerana usaha berbaloi.

Macamana nak jadi hebat?  Kerja tanpa jemu.  Pelbagai aktiviti dan promosi.  InsyaAllah pasti berjaya.



Friday, January 20, 2017

MLM - Multi Level Marketing


Teks dan foto:  Hawa Rosli


Setiap kali orang berkata tentang MLM, ramai yang mencebik dan mengejek.  Banyak kata-kata tak sedap didengar.  Penipu, kena melabur, orang atas goyang kaki, kena cari downline dan pelbagai lagi.

Saya juga tak terkecuali.  Benci sangat MLM sebab kena cari orang!  Dah la saya ni tak pandai berkawan, pendiam pulak tu.  Malu nak cakap apatah lagi ajak orang kita tak kenal untuk join MLM?

Akhirnya saya terjebak!  Hakikatnya, sama seperti perniagaan yang lain.  Kita perlu berusaha untuk naik dan naik lagi.  Tiada istilah upline goyang kaki dapat hasil downline.  Ingat ye, sebelum dia jadi upline.  Siapa dia.  Downline kan?

Saya sebenarnya hanya suka dengan barangan yang ada didalam katalog.  Kemudian sedikit demi sedikit saya kongsi beli dengan kawan di pejabat.  Seterusnya saya jadi ahli dan barulah saya tahu tentang pelan pemasaran.  Ketika itu, saya suka dengan hadiah percuma.  Apa sahaja cabaran yang diberikan, saya capai dan dapat hadiah yang dijanjikan.

Dengan tidak sengaja, saya naik pangkat demi pangkat dan pendapatan berniaga MLM melebihi gaji saya.  Siapa tak gembira kan?  Tapi apa yang saya buat untuk mencapai kejayaan itu?

Aktiviti yang berterusan.  Tidak boleh malas!  Sentiasa fokus dan mencari orang baru dan keluarkan idea yang kreatif untuk sentiasa aktif.

Saya senaraikan antara aktiviti yang saya lakukan untuk mencapai pangkat tinggi dalam MLM.  Pada masa itu, belum ada Whatsapp atau Telegram.

  1.  Update info kepada ahli
  2.  Set target dan berikan hadiah kepada yang capai target tersebut
  3.  Parti di rumah atau pejabat
  4.  Buka jualan di tapak promosi atau booth
  5.  Berniaga online - pendekatannya berlainan sedikit
  6.  Mesyuarat atau perjumpaan mingguan atau bulanan
  7.  Buat demo penggunaan barang yang baru keluar dipasaran
dan pelbagai lagi.

Setelah ada media sosial, lebih mudah kerana sebahagian aktiviti boleh dilakukan menerusi talian.  Contohnya, mesyuarat atau perjumpaan, demo produk dan info terkini.  Semakin mudah dan menjimatkan masa.

Jika tidak suka MLM jangan sampai menghina.  Perniagaan biasa juga sebenarnya MLM tetapi dengan cara berbeza.



Beniaga di kiosk


Teks dan foto:  Hawa Rosli


Sudah lebih 2 tahun saya meninggalkan perniagaan di kiosk.  Setelah lebih 3 tahun berniaga di sana, akhirnya saya terpaksa menutup kiosk. Kenapa tutup?

Saya nak kongsikan bagaimana kita tahu masa untuk kita kembangkan perniagaan dan masa untuk menutup atau tukar ke perniagaan yang lain.  Saya telah alami naik turun dalam berniaga walau hanya skala kecil.

Saya pernah menyewa 2 kiosk sepanjang saya berniaga selepas saya berhenti kerja.  Kiosk pertama di KL Sentral.  Disana saya berniaga barangan aksesori wanita dan Tupperware.  Kiosk kedua pula di IJN, KL menjual Tupperware.

Permulaan berniaga agak kurang menguntungkan kerana pelanggan baru tahu dan belum berani membeli dari kita.  Biasanya masuk bulan ke 3 barulah nampak kemajuan dan sambutan yang menggalakkan.

Tetapi setelah beberapa tahun di tempat yang sama serta berikutan perubahan di kawasan sekitar, lama kelamaan kurang pelanggan dan semakin sepi.

Setiap bulan saya akan buat pengiraan keuntungan di kiosk.  Bermakna saya mengasingkan perniagaan online dan yang di kiosk.  Apabila bulan ke 3 dan seterusnya terdapat penurunan yang semakin menurun, kita mesti buat keputusan.

Apabila keuntungan hanya sekadar dapat membayar sewa kiosk, maka sudah tiba masanya kita beralih ke tempat lain atau menutup kiosk tersebut.  Keuntungan mestilah lebih dari sewa yang dibayar dan tidak dicampurkan dengan perniagaan yang bukan di kiosk.

Bak kata orang, korek lubang tampal lubang.  Jadi, buat keputusan dengan bijak.  Jangan berniaga dengan berhutang.  Ianya akan menyusahkan kita.



Thursday, January 19, 2017

Sos Nasi Arab


Teks dan foto:  Hawa Rosli


Semalam suami bagitahu dia bawak balik Nasi Arab Kambing.  Sedapnya.  Tapi takde cili.  Orang melayu kalau makan tak pedas tak sah kan?  Takde masalah, boleh buat sendiri.
Senang je, saya google saja resepinya.  Ada beberapa versi.  Ada yang masukkan bawang, ada yang tidak.  Saya cuba resepi yang ada bawang.

Resepi Sos Nasi Arab
=================

Cili Hidup

Cili Api (boleh tambah jika nak pedas)
Bawang Holland
Tomato
Daun Ketumbar
Jus Lemon
Gula
Garam



Kisar separa hancur ke semua bahan diatas.  Dah siap!  Senang aje rupanya.

Selamat mencuba.

Kuasa Minda


Teks:  Hawa Rosli


Semalam sebelum tidur, saya terbaca tentang kuasa minda.  Artikel itu menyebut, apa yang kita fikir maka itulah yang terjadi.  Jika kita fikir negatif, maka negatiflah jadinya dan begitu juga sebaliknya,

Contohnya sebelum saya memulakan tugasan menulis blog yang diberikan ini, saya sentiasa fikir 'susahnya. tiada idea. tak! tak! tak!'  Akhirnya memang saya kelautan sepi tak boleh nak tulis apa pun.

Tetapi bila saya tukar pemikiran saya, perlahan-lahan ada saja topik yang nak saya tuliskan.  Cepat-cepat saya tuliskan dalam buku atau handphone supaya tak terlupa.

Jika kita lihat kawan-kawan kita yang telah maju 10 langkah dihadapan.  Dalam fikiran kita cakap 'Dia bolehlah buat.  Dia kaya.  Dia ada modal, Dia... dia... dia...'  Cuba kita tengok dia.  Apa yang lebih pada dia?  Tangan dua, Kaki dua, Lubang hidung pun dua.

Perbezaan yang nyata adalah, PEMIKIRAN!  Sepatutnya kita fikir dan berkata 'Aku nak berjaya macam dia juga.  Aku pun boleh!'  Terus bertindak lakukan apa yang kita boleh dan mampu.

Apa yang kita fikir, apa yang kita rasa, apa yang kita cakap, adalah DOA.  Maka bersangka baik dengan Allah dan manusia disekeliling,  Aura positif pasti akan sentiasa bersama kita.

Saya petik kata-kata yang saya jumpa di Google:
"Kehidupan yang sihat dan sempurna bermula dari minda yang cerdas dan sihat."





Selsema


Teks dan foto:  Hawa Rosli


Rasa sangat tak selesa bila selsema.  Asik meleleh je hingus.  Bila kerap lap dan hembus, hidung sakit dan jadi kemerahan.  Paling kesian kat anak-anak yang belum pandai hembus selsema.  Tiap kali hingus mengalir, dia sapu je dengan belakang tangan.  Kalau dibiarkan lama, keras kat pipi mereka.  Comot ๐Ÿ˜Š

Saya nak kongsi petua mak yang selalu dibuat tiap kali adik dan saya selsema semasa kecil dahulu.  Sekarang, mak buat pada cucunya pula.  Hinggakan bila Ammar selsema, dia sendiri dah pandai mintak nenek buatkan.

Apakah petuanya?  Mudah, hanya perlukan dua bahan sahaja.  Kunyit hidup dan kapur sirih.  Caranya, potong sedikit kunyit hidup, celupkan sedikit permukaan yang dipotong ke kapur sirih.  Kemudian, calitkan kunyit tadi dari tengah dahi turun ke batang hidung.  Jadi macam hurul 'l'.  Jangan lupa selawat ye.  InsyaAllah, hingus akan senang keluar dan cepat kering.

Kunyit mampu membunuh bakteria dan anti radang.  Kapur sirih pula bersifat panas.  Maka gabungan kedua-dua bahan ini, membantu proses pengeluaran hingus dengan cepat.  Apabila selsema cepat kering, cepatlah anak sihat ๐Ÿ˜

Selamat mencuba!


Wednesday, January 18, 2017

Mommy Supir


Teks:  Hawa Rosli


Mommy supir?  Apa tu?  Inilah sebahagian dari tugas seorang Surirumah.  Menghantar dan mengambil anak dari atau ke sekolah.  Saya pasti ramai yang menyandang jawatan ini.

Saya baru bermula tahun lepas tapi hanya menghantar sahaja.  Sampai bila?  Selagi hayat dikandung badan demi si jantung hati.

Setiap hari, paling lewat saya akan keluar rumah pukul 11 untuk pergi ke sekolahnya.  Tepat waktu anak keluar sekolah, saya dah sedia menunggu.  Selepas itu, samada kami balik terus ke rumah atau pergi makan.

Itulah rutin saya 5 hari seminggu ๐Ÿ˜Š

Tekanan Perasaan


Teks:  Hawa Rosli
Foto:  Google





Setiap hari didalam berita tv, surat khabar malah internet banyak keluar cerita tentang bunuh diri, amuk, anak lari dari rumah, terjun bangunan dan bermacam lagi.  Tahukah anda segalanya berpunca dari tekanan perasaan.

Tekanan perasaan adalah apabila kehendak tidak selari dengan tindakan.  Keterpaksaan didalam melakukan sesuatu samada dipaksa oleh orang ketiga atau terpaksa untuk memuaskan hati seseorang tanpa pedulikan kehendak diri sendiri.

Kecewa dalam hidup juga menyebabkan tekanan perasaan.  Kecewa dalam percintaan atau perhubungan yang melibatkan emosi.  Kecewa apabila matlamat atau impian tidak tercapai dan pelbagai lagi.  Kesemuanya melibatkan emosi.

Apabila seseorang mengalami tekanan perasaan, hormon adrenalin terhasil maka degupan jantung kencang, pernafasan laju dan tekanan darah akan meningkat.  Ianya juga mengakibatkan kehilangan Vitamin C didalam badan.

Setiap masalah, ada cara penyelesaiannya.  Allah takkan menguji hambanya yang tidak mampu menghadapi ujian.  Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan perlahan-lahan.  Senyum dan katakan segalanya boleh diselesaikan dengan baik.

Makanlah makanan yang boleh membantu mengurangkan tekanan seperti ikan salmon, coklat gelap, buah oren, sayuran hijau dan lain-lain lagi (sekadar beberapa contoh).  Setiap makanan mempunyai khasiat tersendiri yang dapat membantu mengurangkan tekanan.

Mulakan hari dengan senyuman ๐Ÿ˜

Hendak Seribu Daya


Teks dan foto: Hawa Rosli


Pernah dengar dok rumah pun boleh dapat duit?  Ye betul, macam-macam boleh buat untuk dapat pendapatan sambilan.  Pokok pangkalnya kena RAJIN. 

Saya pernah ambil upah bekerja dari rumah.  Kerjanya masukkan pewangi tandas kedalam plastik net.  Upah dibayar mengikut bilangan yang siap.  1 biji dikira dua puluh sen kalau tak silap.  Saya hanya membantu mak setiap kali cuti sahaja.  Dengan upah ini, dapatlah mak mengumpul duit dan menampung perbelanjaan rumah.

Sekarang, mak masih lagi berniaga dari rumah.  Saya tetap membantu.  Mak berniaga aiskrim, minuman kotak dan botol dan jajan kudap-kudapan.  2 minggu sekali, kami ke kedai borong membeli stok.

Berniaga dirumah, pelanggan datang tak mengira waktu.  Kebanyakkan pelanggan adalah kanak-kanak dan jiran-jiran.  Selain jajan dan minuman, kami menjual mee segera dan aiskrim Malaysia.  Hampir setiap hari terutama jika cuaca panas, aiskrim Malaysia paling laris jualan.

Berniaga dari rumah, dapat membantu menambah pendapatan seharian.  Kalau tak pandai berniaga di internet.  Kita boleh berniaga dari rumah.  Mungkin boleh mulakan dengan buat aiskrim Malaysia.  Kadang-kadang, telur ayam pun kami jual ๐Ÿ˜ƒ

Nak resepi aiskrim Malaysia?  InsyaAllah, saya akan kongsikan dalam entri akan datang.



Tuesday, January 17, 2017

Jangan Ada Dusta Diantara Kita


Teks dan foto: Hawa Rosli


"Awak, saya nak kawin."

"Ye ke? Bila?" (terkejut!)

"Tak lama lagi."

"Nanti jemputlah saya."

"Tak nak lah."

"Erk?! Kenapa?" (eh dia nih! kawan kita tapi tak nak jemput dia kawin?!)

"Ye la, saya nak kawin dengan awak."

krik krik.  krik krik.  mata terbeliak!  "Awak sedar tak apa awak cakap ni?"

Bermulalah satu perjalanan yang panjang.

Kami hanya kawan.  Kami mula berkenalan di Mirc (ruangan Chatting di Internet).  Saya suka berkawan dengan dia sebab dia lain dari kawan-kawan yang saya ada.  Kami jarang sangat berjumpa.  Kalau talifon pun hanya bertanya khabar.

Tak sangka pulak ada orang sudi kawin dengan saya.  Kawan-kawan lain ramai dah kawin dan beranak-pinak.  Saya makin kehilangan kawan sebab masing-masing dah sibuk dengan kehidupan sendiri.

Orang yang paling gembira adalah Mak.  Kerisauan amat sangat takut anak daranya tak laku.  Sebenarnya saya dah serik.  Saya fikir berkawan saja dan nak sambung belajar.  Bila mak berulangkali bertanya tentang kawin, saya katakan "Kalau tak ada orang meminang saya tahun ini (2002), saya sambung belajar.  Takyah kawin sampai bila-bila." 

Doa ibu tiada hijab.  Doa mak dimakbulkan.  Mak juga yakinkan saya untuk terima dia selepas mak berjumpa dia.  Pandai dia memikat mak ๐Ÿ˜Ž  Hajat mak tercapai.  Dapat menantu dekat dengan dia.

Akhirnya 4 bulan selepas itu, kami diijabkabulkan oleh bapak saya sendiri.  Hari ini 17 Januari 2017 selepas Asar nanti genap 14 tahun kami bersama.  Alhamdulillah semoga hingga ke Jannah.

Selama 14 tahun ini, dia paling sabar melayan kerenah saya.  Saat sedih bahagia dia sentiasa ada.  Tiada apa yang saya pinta hanya kesetiaan, kasih sayang dan kejujuran.  Jangan Ada Dusta Diantara Kita, Kasih ๐Ÿ‘ซ

Benarlah, jodoh pertemuan semua Allah tentukan sejak di Loh Mahfuz.  Lambat atau cepat, di dunia atau di sana.  Doa dan terus berdoa mendapat jodoh terbaik.


Gambar pertama berdua ๐Ÿ’‘

Niat Berniaga


Teks: Hawa Rosli


Masa mula-mula berniaga dulu, rasa seronok sebab dapat duit.  Hanya fikir duit je dan kejar duit.  Rupanya, sifat duit kalau semakin dikejar semakin jauh berlari.  Duit hasil berniaga banyak tapi asyik habis tak tahu kemana.  Keluar lebih banyak dari masuk.

Dulu, niat berniaga sebab nak duit dan nak kaya.  Tapi sekarang tidak lagi.  Niat saya berniaga adalah kerana Allah.  Berniaga supaya pelanggan yang membeli barang jualan mendapat manfaat yang terbaik.  InsyaAllah, rezeki yang dapat akan lebih berkat.

Semakin lama dalam dunia berniaga tak kira kecil atau besar, semakin banyak kita belajar.  Pengalaman adalah cikgu yang terbaik.  Masih belum terlambat untuk betulkan niat berniaga.

Berubah menjadi lebih baik.  Belajar tanpa jemu.  Berkawan dengan penjual minyak wangi, kita pun boleh jadi wangi ๐Ÿ˜‰

Monday, January 16, 2017

Keluarga Kecil Ku


Teks dan foto: Hawa Rosli


truut! truut! terpapar nama Adik di skrin handphone.

'kak, bapak ajak gi makan petang ni.  bapak belanja' katanya.

Saya terkesima sebentar.

Keluarga saya sangat kecil.  Saya hanya ada seorang adik lelaki.  Jarak usia kami 8 tahun.  Semasa kecil, saya garang dengan dia.  Saya pernah rotan dia.  Bergaduh dan marah tu biasa.  Ye, saya garang.

Menginjak dewasa, dialah bff saya.  Hampir semua rahsia saya, dia tahu.  Mak saya pun tak tahu.  Dan semakin meningkat usia, saya selalu rasa sedih dan menyesal tentang kisah yang lepas.  Terkadang, saya menangis menyesal kerana merotan adik.  Maafkan akak, dik ๐Ÿ˜ญ

Adik punyai seorang anak lelaki bernama Ammar.  Dialah buah hati saya.  Keletah dan ragamnya adalah hiburan buat saya.  Sehari tak jumpa rasa kosong dan sunyi.  Bakal berusia 4 tahun pada bulan September nanti.

Saya masih punya Mak dan Bapak.  Mereka akan berusia 70 dan 71 tahun pada tahun ini.  Setiap hari saya berdoa agar dipermudahkan segalanya untuk mereka.  Semoga Allah menjaga mereka semasa saya tiada bersama mereka.  Matikanlah mereka dalam Husnul Khotimah dan moga Allah masukkan mereka ke Syurga tanpa hisab.  Biarlah di dunia ini mereka bersusah payah dan hadapi bermacam dugaan dan rintangan.  Tetapi amat mudah di sana nanti.  Aamiin.

Akhirnya semalam, kami dapat berkumpul dan penuhi hajat Bapak untuk makan bersama.  Alhamdulillah.  Melihat Mak dan Bapak makan dengan penuh berselera amat memuaskan hati.

Beruntunglah sesiapa yang masih punya mak ayah.  Mereka bukan minta duit atau kemewahan.  Tetapi mereka hanya inginkan perhatian sahaja.


Saya sayang keluarga kecil saya ๐Ÿ‘ช๐Ÿ’

Sunday, January 15, 2017

Selamat datang 2017


Teks dan foto: Hawa Rosli


1.1.2017  Alhamdulillah, permulaan yang baik.  Awal pagi, saya ada temujanji dengan pelanggan Jus Kolesterol di Tesco Ampang.  Bertambah seronok bila beliau beli kali kedua, 2 kotak sekaligus.  Pertama kali beliau beli, saya ada tanyakan kesannya selepas lebih seminggu beliau minum.  Tetapi beliau beritahu tiada kesan.

Tapi ketika saya tanyakan semasa beliau beli kali kedua, baru beliau beritahu yang Lelah yang dialami makin berkurangan dan ibu beliau dah boleh angkat tinggi tangannya.  Syukur Alhamdulillah.

Kemudian kami ke Desa Pandan pula menghantar Tupperware kepada adik pula.  Kami ambil kesempatan menziarah keluarga abang sulung memandangkan mereka tinggal berdekatan.

Malamnya pula tanpa dirancang, suami mempelawa adi-beradiknya makan malam bersama,  Alhamdulillah, mereka dapat meluangkan masa dan bersama-sama menikmati makan malam.  Andai arwah Ayah ada, pasti dia tersenyum melihat anak cucunya berkumpul.


Ikatan kekeluargaan mesti dijaga dan dipupuk ๐Ÿ‘ช


4 beradik dari 6 adik beradik beserta ahli keluarga