Sunday, January 22, 2017

Kepercayaan Pelanggan


Teks dan foto:  Hawa Rosli


Peniaga adalah pelanggan tetapi pelanggan tidak semestinya peniaga.  Peniaga memahami kehendak pelanggan.  Bukan mudah untuk memuaskan hati pelanggan.  Peniaga melayani pelanggan dari proses bertanya tentang produk sehinggalah pos barang.

Perkara yang paling penting adalah komunikasi.  Jika berniaga di kedai atau tapak promosi, komunikasi adalah secara berdepan.  Jadi, kita bercakap dengan pelanggan secara terus.

Berlainan dari berniaga di internet.  Kita menulis untuk memberi keterangan kepada persoalan pelanggan.  Jawapan atau keterangan bertulis yang diberikan mesti ditulis dengan hati-hati.  Kenapa ya?  Apa yang ditulis, boleh dibaca dengan pelbagai intonasi.  Akan terjadi salah faham apabila dibaca dengan intonasi yang salah.

Pernah tak kita tak jadi membeli sebab was-was dengan peniaga online?  Saya pernah.

Bagaimana nak meyakinkan dan buat pelanggan percaya dengan kita?  Saya kongsikan sebahagian tips kepada anda.

  1.  Berkomunikasi dengan mesra
  2.  Berikan jawapan yang meyakinkan
  3.  Tunjukkan aktiviti berniaga.  Contohnya, sedang bungkus barang atau pos barang jualan
  4.  Berpengetahuan atau memahami barangan yang dijual
  5.  Tunjukkan testimoni dari pelanggan tentang barangan dan servis
Peniaga baru mungkin tidak berapa yakin atau takut hendak melayan pelanggan.  Ketepikan perasaan itu jika hendak jadi peniaga.  Cuba praktikkan tips yang saya kongsikan.  Selamat berjaya!





No comments:

Post a Comment