Showing posts with label personal branding. Show all posts
Showing posts with label personal branding. Show all posts

Wednesday, March 15, 2017

Kepercayaan dari Personal Branding


Teks:  Hawa Rosli


Beberapa hari yang lalu, tiba-tiba isteri sahabat suami whatsapp saya.  Beliau memberitahu sahabatnya mencari penjual Shaklee lalu beliau teringat kepada saya.  Alhamdulillah dari membeli 3 produk Shaklee, sahabat beliau membeli 4 produk dan terus menjadi ahli Shaklee.  Terima kasih kak G 😍

Apa yang ingin saya ceritakan disini adalah, kepercayaan dari penjenamaan diri di Facebook.  Sebenarnya dah lama kami tidak berjumpa.  Saya juga amat jarang nampak status kak G di Facebook.  Bagaimana beliau tahu saya menjual Shaklee selain dari Tupperware dan Jus Kolesterol?

Inilah yang dikatakan personal branding.  Saya hanya berniaga di online sahaja.  Selain Facebook, saya mempunyai Instagram dan baru berjinak dengan blog.  Apabila kita selalu bercerita tentang apa yang kita niagakan, mereka akan percayakan kita.  Disinilah terjadinya promosi dari kawan kepada kawan.

Pernah ke dalam Facebook kita, ada ramai peniaga yang menjual benda yang sama.  Tetapi kita tidak membeli dari mereka.  Kita cari orang yang kita percaya untuk membeli.  Betul?  Inilah yang dinamakan personal branding.

Personal branding untuk membina kepercayaan bukan untuk mencari ramai pengikut atau pembeli.  Terus kongsikan apa yang kita buat untuk membina kepercayaan bakal pelanggan.



Friday, February 3, 2017

Penjenamaan Diri (Personal Branding)


Teks:  Hawa Rosli


Apakah 'Penjenamaan Diri'?  Ia bermaksud persepsi atau identifikasi terhadap suatu identiti.  Contohnya Dato' Sri Vida penjenamaan dirinya pemakaian tiara dan menjual produk kesihatan Pamoga dan Qu Puteh.  Secara ringkasnya, ianya adalah cara memasarkan diri dan kerjaya atau perniagaan.

Penjenamaan diri sebenarnya amat penting.  Tidak ramai peniaga yang menyedarinya.  Contohnya ramai peniaga di alam maya yang menjual pelbagai jenis barangan.  Selalunya mereka menggunakan nama produk atau gabungan nama glamour dan produk atau syarikat yang mereka sertai.  Apabila bertukar barangan jualan, mereka tukar nama lagi.

Mengapa penjenamaan diri ini penting?  Amat penting untuk mudah kita dikenali oleh orang ramai yang bakal menjadi pelanggan atau pelanggan setia.  Ianya adalah bagaimana kita ingin orang kaitkan kita apabila mereka lihat nama kita.  Sebagai contoh, bila kawan-kawan saya mencari Tupperware, mereka akan mencari saya.  Pendekata apabila melihat nama Hawa Rosli, mereka ingat Tupperware.

Bagaimana cara membina jenama diri?  Salah satu caranya adalah gunakan nama yang sama disemua media sosial.  Gaya penulisan dan konten yang ditulis di media sosial membentuk jenama diri.

Jika anda seorang peniaga, gunakan nama yang sama di dalam semua media sosial.  Gunakan nama yang menarik dan mudah diingati.  Jangan tukar nama walaupun nanti anda akan menjual pelbagai barangan.  Jika anda menjual barangan kesihatan, selalulah kongsikan artikel berkaitan dan iklan secara langsung atau tidak langsung.  Dengan cara ini semua pengikut anda akan cepat kenali diri anda.