Monday, May 31, 2021

Bersawang!

Last update bulan 7 2019 ๐Ÿ˜Ž

Banyak bercerita di Fb & Ig je.  Blog masih relevan kah?  Kita cuba tulis lagi disini.

Anyway 18 Mac 2020, 1st PKP dibuat dek kerana virus Covid-19 yang menyerang Malaysia.  Esok sekali lagi dan kali ke 3 bagi kami di Selangor dilancarkan PKP.  Kes positif menjangkau 9000 ke atas maka terpaksalah kita dok umah lagi.

Stay home & stay safe.  Kali ni virus makin ganas.  Kita digesa untuk gunakan 2 lapis penutup mulut.


Teks dan foto: Hawa Rosli
Emel: puanhawarosli@gmail.com

Thursday, July 4, 2019

Be Grateful & Happy

Teks dan foto: Hawa Rosli
Emel: puanhawarosli@gmail.com


Dok rumah, bukan duduk saje. Otak ligat berfikir dan buat itu ini. Ada juga masanya just duduk diam tak buat apa.

Hari ni fokus belajar kat kelas online. Kelas untuk baiki dalam diri. Dah tua-tua ni fokus nak cari duit tu dah agak terkebelakang.

Lebih nak mencari 'diri' yang menghilang entah kemana. Lebih ingin mencari bahagia dan lebih ingin dekat dengan Allah. Bersedia untuk pulang ke negara Abadi.

Bertemankan lampu hadiah perkahwinan yang hampir berusia 17 tahun. Dihadiahkan oleh kawan si adik.

Salah satu rules untuk hidup bahagia, be grateful. Bukan kepada Allah & manusia sahaja. Tetapi kepada anggota badan, benda disekeliling kita dan alam semesta.

Semoga status ini bermanfaat kepada yang membaca ๐Ÿ˜‰




Tuesday, February 13, 2018

Essential Oil

Teks dan Foto:  Hawa Rosli

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Lamanya blog ditinggalkan sampai dah bersawang.

2 minggu ni, saya belajar tentang Essential Oil dalam grup whatsapp. Rasa teruja nak mencuba nanti.

Apa yang saya pelajari adalah setiap minyak ada kegunaan dan manfaat yang tersendiri.  Nampaknya, saya mesti cuba sendiri dahulu sebelum kongsi kebaikkannya dengan orang lain.

Dah pernah guna Essential Oil? 


Saturday, November 18, 2017

Nasi Goreng Sempoi


Teks dan Foto:  Hawa Rosli

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.  Lamanya tak update blog. Apa khabar?

Saya nak kongsi resepi Nasi Goreng Sempoi yang sesuai dimakan pada bila-bila masa ๐Ÿ˜Š  Kebiasaanya saya suka buat semasa sarapan pagi jika ada nasi lebihan makan malam.

Resepi Nasi Goreng Sempoi

Nasi sejuk
Ikan bilis
Bawang besar
Bawang putih
Cili api
Sos ikan

Caranya:
Tumbuk ikan bilis, bawang besar, bawang merah dan cili api.
Tumiskan bahan yang telah ditumbuk tadi.
Tumis hingga garing.
Setelah garing masukkan nasi sejuk.
Kacau rata dan masukkan sos ikan.
Kacau kacau kacau... tutup api dapo... dah siap nasi goreng sempoi.


Saya tidak menggunakan garam sebab rasa sos ikan itu masin.

Selamat menjamu selera ๐Ÿ˜ƒ




Wednesday, September 20, 2017

Ikan bakar


Teks dan Foto:  Hawa Rosli


Pada Halfest Asian yang lepas, saya ada membeli Pes Ikan Bakar Tempoyak dari salah satu booth di sana.  Teringat ada beli ikan kembong beberapa hari yang lalu.  Kata penjual itu, pes ini terhad.  Hanya dikeluarkan jika ada bekalan tempoyak sahaja.

Saya beli dengan harga RM8 sepeket.  Tak sabar nak bakar ikan guna pes nih.



Saya lumurkan ikan kembung dengan pes tersebut.  Tak lupa letakkan juga dibahagian dalam ikan.  Lepas tu bungkus dengan aluminium foil.



Saya gunakan Pemanggang Ajaib sahaja.  Gunakan api yang sederhana.  Dalam masa 30 minit, siap ikan dibakar.


Apa rasanya?  Sedap kena dengan selera saya.  Tapi pedas sangat.  Meleleh-leleh peluh dek kepedasan.  Puas hati sebab sedap.
  
Mana rupa ikannya?Alamak, tak sempat ambil gambar ikan yang dah masak.  Habis tinggal tulang aje.





Saturday, September 2, 2017

Sukan Sea 2017

Teks:  Hawa Rosli
Foto:  Google


Sukan Sea baru sahaja melabuhkan tirai.  Kita yang tak minat sukan turut sama bersemangat tiba-tiba tiap kali team Malaysia masuk pusingan untuk rebut Emas.  Semangat kesukanan katanya ๐Ÿ˜

Upacara pembukaan dan penutup yang meriah.  Target yang telah dicapai.  Lahirnya atlit-atlit baru yang bakal mewarnai dunia sukan Malaysia.  Bakal menggantikan atlit-atlit yang semakin meningkat usia.

Apa yang menjadikan saya lebih dekat dengan Sukan Sea adalah kerana suami saya merupakan antara 15,000 orang sukarelawan yang turut serta membantu melancarkan lagi perjalanan Sukan Sea.

Saya akan tuliskan pengalaman suami saya sebagai seorang Sukarelawan Sukan Sea dalam entri akan datang.

#suamikumrvolunteer


Wednesday, May 10, 2017

Sabak Salai - Kg. Kundur Hulu, Pedas, Negeri Sembilan


Teks dan foto:  Hawa Rosli


Hari ini cuti umum sempena Hari Wesak.  Pukul 10 pagi, saya dah berjanji nak hantar Jus SE7EN kepada Puan M yang telah menjadi pelanggan setia sejak tahun lepas.  Telah 2 minggu kami tak dapat berjumpa sebab tiada berkesempatan.

Puan M seorang yang punctual dan mudah berurusan dengan beliau.  Kali ini beliau membeli 3 kotak Jus SE7EN.  Alhamdulillah, asbab Jus itu beliau makin sihat dan cergas.

Selepas itu, kami 2 keluarga (bersama adik) bawa mak balik kampung semata-mata untuk makan masak lemak cili api di Sabak Salai.  Alhamdulillah, cuaca sejuk kerana hujan.  Dalam pukul 12 tengahari, kami sampai kesana.

Terkejut kami, kerana kebanyakkan lauk habis.  Hanya tinggal masak lemak cili api daging salai dan beberapa jenis lauk yang lain sahaja.  Memang sedap dan dagingnya empuk dan lembut.  Rasa macam nak hirup je kuah masak lemak tu ๐Ÿ˜ƒ

Sabak Salai, terletak di Kg. Kundur Hulu, Pedas, Negri Sembilan.  Disanalah kampung saya.  Tiap kali cuti sekolah, saya akan balik ke kampung tinggal dengan nenek dan atok.

Tapak Kedai Sabak Salai ini dahulunya adalah tapak kedai runcit Panjang.  Disebelahnya pula kedai runcit KanChai.  Mereka kenal sangat dah dengan kami.  Cakap je cucu Iyam... cucu Doli.  Mereka tau sangat.

Tiap kali atok start je enjin motor, aku dan sepupu aku menenggek la atas motor.  Sampai kedai, beli air oren kampung sorang sebotol.  Girang hati tak terkira.  Rindu atok dan nenek.  Al-Fatihah untuk mereka.  Kenangan manis ๐Ÿ˜ค

Antara produk yang dijual disini

Mak bertemu Tauke Sabak Salai yang mak panggil Harun.
Rupanya ada bau-bau bacang mereka ni.
Setelah selesai makan, kami singgah beli bahulu dan dodol.  Rezeki dapat juga bahulu hot selling itu.  Kelainan bahulu itu kerana ianya dibakar secara tradisional.  Dodol pun sedap tapi manis sangat.  Tak boleh makan banyak ๐Ÿ˜

Perjalanan pergi dan balik kami ikut jalan lama.  Kami singgah makan cendol Leman Dawi di Sg. Gadut.  Kemudian kami balik ke KL mengikut jalan lama.  Melalui bandar Seremban, Mantin, Beranang terus ke Kajang.  Seronok sebab dah lama sangat tak lalu disitu.

Alhamdulillah, perjalanan yang lancar dan selamat.  Semoga hajat mak tercapai tetapi masih ada lagi keinginan mak yang belum dapat.  Mak nak Rendang Itik.  Nanti kita pergi lagi.