Wednesday, January 18, 2017

Hendak Seribu Daya


Teks dan foto: Hawa Rosli


Pernah dengar dok rumah pun boleh dapat duit?  Ye betul, macam-macam boleh buat untuk dapat pendapatan sambilan.  Pokok pangkalnya kena RAJIN. 

Saya pernah ambil upah bekerja dari rumah.  Kerjanya masukkan pewangi tandas kedalam plastik net.  Upah dibayar mengikut bilangan yang siap.  1 biji dikira dua puluh sen kalau tak silap.  Saya hanya membantu mak setiap kali cuti sahaja.  Dengan upah ini, dapatlah mak mengumpul duit dan menampung perbelanjaan rumah.

Sekarang, mak masih lagi berniaga dari rumah.  Saya tetap membantu.  Mak berniaga aiskrim, minuman kotak dan botol dan jajan kudap-kudapan.  2 minggu sekali, kami ke kedai borong membeli stok.

Berniaga dirumah, pelanggan datang tak mengira waktu.  Kebanyakkan pelanggan adalah kanak-kanak dan jiran-jiran.  Selain jajan dan minuman, kami menjual mee segera dan aiskrim Malaysia.  Hampir setiap hari terutama jika cuaca panas, aiskrim Malaysia paling laris jualan.

Berniaga dari rumah, dapat membantu menambah pendapatan seharian.  Kalau tak pandai berniaga di internet.  Kita boleh berniaga dari rumah.  Mungkin boleh mulakan dengan buat aiskrim Malaysia.  Kadang-kadang, telur ayam pun kami jual 😃

Nak resepi aiskrim Malaysia?  InsyaAllah, saya akan kongsikan dalam entri akan datang.



No comments:

Post a Comment