Wednesday, May 10, 2017

Sabak Salai - Kg. Kundur Hulu, Pedas, Negeri Sembilan


Teks dan foto:  Hawa Rosli


Hari ini cuti umum sempena Hari Wesak.  Pukul 10 pagi, saya dah berjanji nak hantar Jus SE7EN kepada Puan M yang telah menjadi pelanggan setia sejak tahun lepas.  Telah 2 minggu kami tak dapat berjumpa sebab tiada berkesempatan.

Puan M seorang yang punctual dan mudah berurusan dengan beliau.  Kali ini beliau membeli 3 kotak Jus SE7EN.  Alhamdulillah, asbab Jus itu beliau makin sihat dan cergas.

Selepas itu, kami 2 keluarga (bersama adik) bawa mak balik kampung semata-mata untuk makan masak lemak cili api di Sabak Salai.  Alhamdulillah, cuaca sejuk kerana hujan.  Dalam pukul 12 tengahari, kami sampai kesana.

Terkejut kami, kerana kebanyakkan lauk habis.  Hanya tinggal masak lemak cili api daging salai dan beberapa jenis lauk yang lain sahaja.  Memang sedap dan dagingnya empuk dan lembut.  Rasa macam nak hirup je kuah masak lemak tu ๐Ÿ˜ƒ

Sabak Salai, terletak di Kg. Kundur Hulu, Pedas, Negri Sembilan.  Disanalah kampung saya.  Tiap kali cuti sekolah, saya akan balik ke kampung tinggal dengan nenek dan atok.

Tapak Kedai Sabak Salai ini dahulunya adalah tapak kedai runcit Panjang.  Disebelahnya pula kedai runcit KanChai.  Mereka kenal sangat dah dengan kami.  Cakap je cucu Iyam... cucu Doli.  Mereka tau sangat.

Tiap kali atok start je enjin motor, aku dan sepupu aku menenggek la atas motor.  Sampai kedai, beli air oren kampung sorang sebotol.  Girang hati tak terkira.  Rindu atok dan nenek.  Al-Fatihah untuk mereka.  Kenangan manis ๐Ÿ˜ค

Antara produk yang dijual disini

Mak bertemu Tauke Sabak Salai yang mak panggil Harun.
Rupanya ada bau-bau bacang mereka ni.
Setelah selesai makan, kami singgah beli bahulu dan dodol.  Rezeki dapat juga bahulu hot selling itu.  Kelainan bahulu itu kerana ianya dibakar secara tradisional.  Dodol pun sedap tapi manis sangat.  Tak boleh makan banyak ๐Ÿ˜

Perjalanan pergi dan balik kami ikut jalan lama.  Kami singgah makan cendol Leman Dawi di Sg. Gadut.  Kemudian kami balik ke KL mengikut jalan lama.  Melalui bandar Seremban, Mantin, Beranang terus ke Kajang.  Seronok sebab dah lama sangat tak lalu disitu.

Alhamdulillah, perjalanan yang lancar dan selamat.  Semoga hajat mak tercapai tetapi masih ada lagi keinginan mak yang belum dapat.  Mak nak Rendang Itik.  Nanti kita pergi lagi.



Tuesday, May 9, 2017

Kad Hari ibu dari Ammar


Teks dan foto:  Hawa Rosli

Mommy! Mommy! Ammar ada kad. Ammar buat untuk Mommy dengan Mama. Nah!
Wow! Terima kasih sayang. Cantiknya. Pandai Ammar buat. Mommy sayang Ammar.
- Kami berpelukan dan berciuman.

Itu cara hakak berkomunikasi dan melayan the only 1 buah hati tangkai nyawa hakak. Penuh dengan pelukan dan ciuman. Berbual dengan Ammar memang seronok. Hilang stress tapi kekadang stress sikit bila kena bebel atau laser ๐Ÿ˜‚

Hakak pernah tanya soalan ini kepada seorang anak ;
1. Bila last ibu mandikan?
2. Bila last ibu peluk?

Mendengar 2 jawapan untuk soalan ini, hakak menangis.
Mak hakak masih ada. Kami masih saling berpelukan. Kadang-kala kami masih bersuapan.
Bila last korang peluk, cium dan suap anak korang?