Sunday, January 15, 2017

Pengalaman Berniaga


Teks dan foto: Hawa Rosli

Berniaga Offline


Sejak kecil, saya didedahkan dengan dunia perniagaan dijalanan.  Mak buat kuih-muih dan letakkan digerai-gerai.  Ketika usia saya 11 tahun, saya mula membantu mak dan ayah berniaga di gerai selepas balik sekolah dan pada hari cuti.

Kami menjual kuih-muih dan minuman dari pukul 2 petang hingga pukul 8 malam.  Kadang-kadang habis, kadang-kadang tidak.  Setiap petang, mak dan adik akan balik ke rumah dan saya akan gantikan mak.  Percaya tak hampir setiap malam, saya balik ke rumah dengan mengayuh beca roda tiga yang penuh dengan bekas-bekas kuih yang kosong.

Bermula dari situ, saya membantu mereka berniaga sehingga saya habis belajar.  Setelah saya mula bekerja, mak dan ayah saya dah berhenti berniaga.  Saya mula berniaga semula setelah saya berkahwin.  Suami dan saya menjual barangan kosmetik di pejabat.  Kemudian saya tambah lagi menjual minyak wangi pula.


Berniaga Online


Dalam masa yang sama, saya baru kenal internet dan forum online.  Saya mula mengintai peluang berniaga di internet.  Semasa itu banyak forum-forum sahaja,  Jadi, saya berniaga di forum percuma dan selanjutnya forum yang berbayar.  Seronok sangat berniaga online ketika itu.  Tak ramai saingan berniaga.

Selanjutnya saya menambahkan lagi jenis bisnes saya.  Saya mula menjadi ejen Tupperware dan menjual di internet.  Setiap hari ada je jualan, kereta penuh dengan stok nak dipos.  Duit gaji tak disentuh langsung.  Pengalaman manis 😊

Dalam masa yang sama, saya ada juga buka booth di tapak-tapak promosi.  Sambil bekerja, saya berniaga.  Kongsi dengan kawan-kawan dan jaga booth ikut giliran.  Saya pernah sewa kiosk di KL Sentral dan IJN, KL.

Pengalaman manis yang amat dirindui.  Sejak 2 tahun ini, saya kurang berniaga di tapak promosi.  Hanya fokus di online sahaja sambil berniaga jajan dan minuman di rumah mak.



No comments:

Post a Comment