Tuesday, January 24, 2017

Dugaan


Teks: Hawa Rosli


Setiap manusia pasti tidak terlepas dari dugaan.  Allah tidak akan menguji hambanya yang tidak mampu menghadapi dugaan.  Yang membezakan hanyalah samada dugaan itu kecil atau besar.

Saya sendiri tidak terlepas dari dugaan.  Jatuh bangun dalam berniaga, selisih faham antara kawan-kawan mahupun keluarga dan pelbagai lagi.  Namun, semuanya perlu ditangani dengan rasional dan bijak.  Bukan gunakan emosi walaupun sememangnya emosilah akan menguasai kita diketika itu.

Apa yang perlu kita buat?  Cari jalan penyelesaian.  Bagaimana?  Berjumpa dengan orang yang boleh dipercayai dan yang dapat membantu kita menguraikan kekusutan yang ada.  Tetapi yang paling utama, mengadu dan bercakaplah dengan Mencipta kita iaitu Allah S.W.T.

Kadangkala dugaan itu datang kerana Allah rindukan kita.  Allah rindu nak kita bercakap dan mengadu kepadaNya.  Saya doakan sahabat-sahabat yang sedang diuji supaya tabah menghadapi sambil mencari jalan penyelesaiannya.



No comments:

Post a Comment