Tuesday, January 17, 2017

Niat Berniaga


Teks: Hawa Rosli


Masa mula-mula berniaga dulu, rasa seronok sebab dapat duit.  Hanya fikir duit je dan kejar duit.  Rupanya, sifat duit kalau semakin dikejar semakin jauh berlari.  Duit hasil berniaga banyak tapi asyik habis tak tahu kemana.  Keluar lebih banyak dari masuk.

Dulu, niat berniaga sebab nak duit dan nak kaya.  Tapi sekarang tidak lagi.  Niat saya berniaga adalah kerana Allah.  Berniaga supaya pelanggan yang membeli barang jualan mendapat manfaat yang terbaik.  InsyaAllah, rezeki yang dapat akan lebih berkat.

Semakin lama dalam dunia berniaga tak kira kecil atau besar, semakin banyak kita belajar.  Pengalaman adalah cikgu yang terbaik.  Masih belum terlambat untuk betulkan niat berniaga.

Berubah menjadi lebih baik.  Belajar tanpa jemu.  Berkawan dengan penjual minyak wangi, kita pun boleh jadi wangi 😉

No comments:

Post a Comment