Showing posts with label aktiviti bisnes. Show all posts
Showing posts with label aktiviti bisnes. Show all posts

Thursday, July 4, 2019

Be Grateful & Happy

Teks dan foto: Hawa Rosli
Emel: puanhawarosli@gmail.com


Dok rumah, bukan duduk saje. Otak ligat berfikir dan buat itu ini. Ada juga masanya just duduk diam tak buat apa.

Hari ni fokus belajar kat kelas online. Kelas untuk baiki dalam diri. Dah tua-tua ni fokus nak cari duit tu dah agak terkebelakang.

Lebih nak mencari 'diri' yang menghilang entah kemana. Lebih ingin mencari bahagia dan lebih ingin dekat dengan Allah. Bersedia untuk pulang ke negara Abadi.

Bertemankan lampu hadiah perkahwinan yang hampir berusia 17 tahun. Dihadiahkan oleh kawan si adik.

Salah satu rules untuk hidup bahagia, be grateful. Bukan kepada Allah & manusia sahaja. Tetapi kepada anggota badan, benda disekeliling kita dan alam semesta.

Semoga status ini bermanfaat kepada yang membaca ๐Ÿ˜‰




Tuesday, February 13, 2018

Essential Oil

Teks dan Foto:  Hawa Rosli

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Lamanya blog ditinggalkan sampai dah bersawang.

2 minggu ni, saya belajar tentang Essential Oil dalam grup whatsapp. Rasa teruja nak mencuba nanti.

Apa yang saya pelajari adalah setiap minyak ada kegunaan dan manfaat yang tersendiri.  Nampaknya, saya mesti cuba sendiri dahulu sebelum kongsi kebaikkannya dengan orang lain.

Dah pernah guna Essential Oil? 


Friday, March 3, 2017

Alat yang perlu ada untuk Berniaga - Bahagian 2


Teks dan foto:  Hawa Rosli


Salam pagi Juma'at nan indah dan tenang.  Alhamdulillah Allah masih izinkan kita bernafas lagi.  Nikmati hidup dengan lebih baik dan berkat.

2 hari lepas, sepatutnya saya poskan pesanan pelanggan malangnya saya terlupa!  Patutlah saya rasa macam ada kerja yang perlu dibuat tapi tak tahu apa.  Belum pernah terjadi begini.  Mungkin terlalu banyak fikir ๐Ÿ˜’

Semalam, Alhamdulillah saya dah selamat poskan walaupun pada mulanya sistem pejabat pos tergendala.  Mujur sebelum saya pulang, saya singgah sekali lagi ke pejabat pos.

Entri terdahulu saya paparkan tentang salah satu alat asas yang diperlukan untuk memudahkan proses menulis alamat di borang iaitu cop berdakwat.  Hari ini saya kongsikan alatan lain pula.

Apabila kita perlu pos barang, sudah pasti kita kena pastikan barangan tersebut dibungkus dengan rapi supaya ianya tidak rosak dalam perjalanan dan sampai ke tangan pelanggan dalam keadaan yang baik.

Ada berbagai jenis cara membungkus bergantung kepada barangan yang kita jual.  Paling mudah, gunakan plastik prabayar yang dijual di pejabat pos.  Masukkan barang dan pastikan plastik digam dengan baik.  Siap!

Tetapi bagi barangan yang saya jual, disebabkan ianya berasaskan cecair saya mesti pastikan balutannya tebal dan tidak pecah jika dicampak atau terjatuh.  Jadi, saya perlukan bubble wrap untuk pastikan tebal balutannya,  Gunting dan pelekat paling penting.  Jika bungkusan tidak dilekatkan dengan baik, mungkin ianya mudah terkoyak atau rosak.

Jom membungkus

Dah siap!
Bungkusan telah selamat diposkan semalam.  Semoga dapat sampai dengan selamat dan berkeadaan baik.



Wednesday, March 1, 2017

Adakah anda peniaga yang boleh dipercayai?


Teks dan foto:  Hawa Rosli
Emel: puanhawarosli@gmail.com


Saya telah berniaga di alam maya lebih dari 10 tahun.  Pada permulaan berniaga Alhamdulillah, pelanggan sangat baik dan naif sebab tidak ramai peniaga yang bersaing.

Tetapi lama kelamaan, suasana aman dan baik berniaga di talian ini telah dicemari oleh orang yang tidak bertanggungjawab.  Mereka menyamar menjadi penjual dan mempromosikan jualan dengan harga yang jauh lebih murah di pasaran.

Semestinya pembeli akan lebih tertarik dan dengan mudah membuat pembelian tanpa mengetahui yang penjual itu sebenarnya bukan berniaga.  Mereka mengambil gambar-gambar di internet dan iklankan di mukabuku mereka.

Pembeli hanya mengetahui mereka telah ditipu setelah menanti agak lama barangan yang dibeli tetapi tidak sampai ke tangan mereka.  Apabila ditanya nombor rujukan pengeposan barang mereka, pelbagai alasan diberikan dan seterusnya penjual tersebut akan block pembeli itu. 

Akhirnya setelah di Google, keluarlah senarai dimana penjual tersebut adalah salah seorang penipu.  Sejak itulah, ramai pelanggan berasa was-was untuk membeli di talian.

Bagaimana cara kita mengembalikan kepercayaan kepada pelanggan untuk berjualbeli dengan kita?  Melalui Facebook, Instagram, Blog atau apa sahaja medium yang anda gunakan untuk perniagaan di alam maya, selitkan 3 perkara dibawah;
  1. Tunjukkan testimoni atau komunikasi antara kita dengan pelanggan.
  2. Masukkan entri mengenai aktiviti bisnes anda seperti proses pembungkusan, aktiviti sedang pos barang atau menghadiri seminar atau kelas bisnes.
  3. Sesekali masukkan juga aktiviti anda sekeluarga yang akan memberikan gambaran bahawa anda juga punyai kehidupan selain dari hanya penuh dengan deretan iklan produk yang anda jual.
Itu adalah antara cara yang saya lakukan untuk pelanggan percaya dan membeli dari kita.  InsyaAllah, pelanggan lama yang dah lama tidak membeli akan mencari kita kembali ๐Ÿ˜ƒ 

Pelanggan ini telah menepati janji untuk membeli.

Beliau adalah salah seorang pelanggan lama saya sejak mula saya berniaga di forum.



Alat yang perlu ada untuk Berniaga - Bahagian 1


Teks dan foto:  Hawa Rosli
Emel:  puanhawarosli@gmail.com


Assalamu'alaikum.  Rasa cepat sahaja masa berjalan.  Tup tup dah masuk bulan Mac 2017, suku tahun yang pertama.  Semoga semakin baik pekerjaan, perniagaan dan kehidupan kita,  Bulan Ramadhan pun bakal menjelma kan?

Dalam berniaga banyak benda yang kadang-kala kita terlepas pandang dengan benda-benda kecil yang amat membantu kita melakukan sesuatu dengan cepat dan pantas.  Salah satu yang ingin saya ceritakan adalah tentang cop berdakwat atau pre-inked stamp.

Pada ketika saya mula berniaga secara alam maya, saya tidak pernah kisah tentang cop berdakwat ini.  Saya masih menulis alamat satu persatu di borang pos.  Tetapi semakin saya mendapat pesanan yang banyak, baru saya sedar saya boleh menjimatkan masa dari menulis alamat yang sama berulang-kali di borang pos.

Jadi, saya buat pesanan cop berdakwat dan mula menggunakannya sehingga hari ini.  Mudah dan praktikal serta menjimatkan masa.






Sunday, February 5, 2017

Jualan Tupperware


Teks dan foto:  Hawa Rosli


Misi untuk menjual semua stok Tupperware yang masih dalam simpanan.  Semoga saya berjaya!

Semua harga tidak termasuk kos pos kecuali yang dinyatakan.













Thursday, February 2, 2017

Disebalik tabir


Teks dan foto:  Hawa Rosli


Bukan senang nak jadi senang.  Meniaga online sebenarnya agak remeh kerana kedai kita adalah di depan skrin sahaja.  Pelanggan akan singgah ke iklan bila melihat gambar yang kita paparkan cantik dan menarik.

Inilah kerja saya disebalik tabir.  Gantung kain putih untuk dapatkan background yang dapat menonjolkan barangan yang nak dijual.  Agak remeh untuk barangan Tupperware kerana saya harus buka satu persatu dan pastikan barangan disimpan semula tanpa cacat cela.

Buka plastik dan posingkan Tupperware dan ambil gambar.  Semasa ambil gambar kena pastikan lampu cukup terang dan posisi Tupperware kena betul supaya pelanggan dapat mengagak saiz dan bentuk sebenar Tupperware itu.  Selesai ambil gambar, simpan semula ke dalam plastik.

Gambar yang telah diambil saya edit meletakkan nama, harga dan nombor talifon untuk dihubungi.  Saya hanya gunakan talifon pintar sahaja.  Pelbagai applikasi yang boleh dimuatturun untuk edit gambar.  Pilih yang bersesuaian dan mudah digunakan.

Pernah tengok di Facebook peniaga marah-marah apabila gambar mereka dicuri?  Saya dulu pun begitu.  Penat-penat ambil gambar dan edit, tiba-tiba ada orang lain terus ambil dan gunakan gambar itu.  Itulah pentingnya kita edit letakkan 'watermark'.  Tetapi awas! ada yang pandai edit buang 'watermark' tersebut.

Apapun, semakin lama berniaga di alam maya saya semakin matang.  Saya redha jika gambar yang saya ambil orang ambil tanpa izin.





Wednesday, January 25, 2017

Tepati Kata


Teks:  Hawa Rosli


23 Oktober 2016
Pelanggan bertanya harga Tupperware yang diidamkan.   Setelah diberikan butir lengkap, beliau beritahu akan maklumkan kepada saya jika dia jadi beli.

23 Januari 2017
Pelanggan beritahu nak beli Tupperware yang sama yang pernah ditanyakan dahulu.  Kali ini, betul beliau jadi beli setelah mengumpul duit.

3 bulan beliau mengumpul duit untuk membeli barang yang diidamkan.  Saya hormati pelanggan seperti beliau.  Menepati janji iaitu akan maklumkan bila beliau jadi membeli.

Berapa ramai pelanggan yang ada seperti beliau?  Sepanjang lebih 10 tahun berniaga di alam maya, boleh dikira dengan jari hanya beberapa orang sahaja seperti beliau.

Itulah salah satu ragam pelanggan.  Ada yang terus mendiamkan diri, ada yang terus terang tidak jadi beli dan bermacam lagi.

Sebagai peniaga, akur dengan kehendak pelanggan.  Layan dengan hormat selagi pelanggan menghormati dan tidak melampau.

Kita permudahkan orang lain, Pasti orang akan permudahkan kita.



Wednesday, January 18, 2017

Hendak Seribu Daya


Teks dan foto: Hawa Rosli


Pernah dengar dok rumah pun boleh dapat duit?  Ye betul, macam-macam boleh buat untuk dapat pendapatan sambilan.  Pokok pangkalnya kena RAJIN. 

Saya pernah ambil upah bekerja dari rumah.  Kerjanya masukkan pewangi tandas kedalam plastik net.  Upah dibayar mengikut bilangan yang siap.  1 biji dikira dua puluh sen kalau tak silap.  Saya hanya membantu mak setiap kali cuti sahaja.  Dengan upah ini, dapatlah mak mengumpul duit dan menampung perbelanjaan rumah.

Sekarang, mak masih lagi berniaga dari rumah.  Saya tetap membantu.  Mak berniaga aiskrim, minuman kotak dan botol dan jajan kudap-kudapan.  2 minggu sekali, kami ke kedai borong membeli stok.

Berniaga dirumah, pelanggan datang tak mengira waktu.  Kebanyakkan pelanggan adalah kanak-kanak dan jiran-jiran.  Selain jajan dan minuman, kami menjual mee segera dan aiskrim Malaysia.  Hampir setiap hari terutama jika cuaca panas, aiskrim Malaysia paling laris jualan.

Berniaga dari rumah, dapat membantu menambah pendapatan seharian.  Kalau tak pandai berniaga di internet.  Kita boleh berniaga dari rumah.  Mungkin boleh mulakan dengan buat aiskrim Malaysia.  Kadang-kadang, telur ayam pun kami jual ๐Ÿ˜ƒ

Nak resepi aiskrim Malaysia?  InsyaAllah, saya akan kongsikan dalam entri akan datang.