Tuesday, January 24, 2017

Sarapan itu Penting!


Teks:  Hawa Rosli


Dah sarapan?  Antara jawapan yang diberi 'tak boleh makan pagi, sakit perut', 'tak suka makan pagi', 'tak sempat' dan bermacam lagi.  Jawapan pendeknya, ramai yang tidak bersarapan.  Saya pun begitu, dulu 😃

Lebih teruk lagi, terus tidak makan atau minum sehinggalah tengahari nanti.  Sejak kerap perut sakit dan mendapat gastrik, saya ubah aturan makan.  Setiap pagi, saya mesti bersarapan.  Paling lewat pukul 10 pagi.  Tetapi ada fakta yang mengatakan, sarapan mestilah sebelum pukul 9 pagi.  Jika sarapan selepas itu, akan menjadikan kita semakin gemuk.

Sarapan penting sebab selain untuk mengelakkan perut masuk angin dan menjadi gastrik, ianya bagus untuk badan yang akan bekerja sepanjang hari.

Sarapan untuk anak-anak penting untuk melancarkan proses memahami pembelajaran serta konsentrasi semasa belajar.  Natijahnya, prestasi mereka didalam pelajaran akan meningkat.

Bagi orang dewasa pula, dengan bersarapan ianya dapat membantu meningkatkan daya pemikiran dan fokus kepada kerja serta tidak mudah letih.  Ini akan meningkatkan prestasi mutu kerja menjadi lebih baik dari biasa.

Jadikan amalan bersarapan setiap hari untuk menjadi insan yang lebih cemerlang.



No comments:

Post a Comment