Wednesday, January 25, 2017

Kereta dilanggar


Teks:  Hawa Rosli


Pagi ini, kawan saya ditimpa kemalangan.  Kereta yang dipandu dilanggar oleh kereta lain.  Alhamdulillah semua selamat cuma keretanya agak teruk dan tidak dapat bergerak.

Saya pernah dilanggar 2 kali dibahagian belakang.  Menggigil seluruh badan dan mula panik tak tahu nak buat apa.  Difikiran saya, dah macam-macam perkara buruk saya fikirkan.

Pertama kali saya dilanggar dari belakang oleh kereta pacuan empat roda.  Ketika itu, saya berdua dengan mak.  Kali kedua pula, saya keseorangan memandu waktu malam baru balik berniaga.  Ketika itu saya buka tapak promosi sepanjang bulan Ramadhan.  Dilanggar dari belakang juga akibat brek mengejut kerana ada kemalangan dihadapan.  Akhirnya ada dua scene kemalangan pada masa yang sama.

Apa yang saya buat, terus ambil nombor kereta tersebut dan bincang dengan pemandu bagaimana nak diselesaikan.  Gunakan handphone, ambil gambar kereta dan pemandu juga sebagai bukti jika ada perkara berbangkit.

Kemalangan yang kedua, saya hampir ditipu.  Pemandu tersebut mengatakan akan bayar gantirugi jadi tidak perlu buat laporan polis.  Tetapi pada waktu yang dijanjikan, pemandu tersebut buat helah dan lari-lari dari buat bayaran.  Kami terus buat laporan polis selepas itu.  Ada tempoh beberapa jam dari masa kemalangan untuk buat laporan polis.  Saya dah lupa sebenarnya cuma kalau tak silap dalam masa 48jam.

Syukurlah, akhirnya saya dapat hak yang sepatutnya.  Pemandu didenda RM300 (diketika itu) dan saya dapat claim insuran dari pihak yang bersalah.

Pengajaran yang saya perolehi dari dua kemalangan tersebut ialah, jangan percaya kata-kata pemandu.  Beri tempoh 24 sahaja jika betul beliau mahu bayar kepada kita.  Jika beliau ingkar, terus buat laporan polis.  Pastikan ambil butir-butir tentang kereta dan pemandu tersebut.



No comments:

Post a Comment