Sunday, January 15, 2017

Kenali Diri Ku


Teks: Hawa Rosli


Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Saya diberi nama Nor Siti Hawa binti Rosli tetapi lebih senang dipanggil 'kakak' atau Hawa.  Dibesarkan dan bersekolah di Kuala Lumpur.

Sejak dari Tingkatan 4, saya nak lanjutkan pelajaran saya ke ITM dalam bidang perakaunan.  Saya memang suka dengan nombor.  Saya suka pelajaran Matematik.  Akhirnya saya berjaya melanjutkan pelajaran saya ke ITM Dungun dalam jurusan Diploma Perakaunan.

Selepas mendapat Diploma, saya bekerja.  Setelah lebih 2 tahun bekerja, saya ambil keputusan untuk sambung pengajian saya di peringkat Ijazah pula.  Saya ambil kursus Ijazah Perakaunan secara sambilan di UiTM Shah Alam.  Alhamdulillah, saya berjaya habiskan kursus tersebut walaupun macam-macam dugaan sepanjang berulang-alik ke Shah Alam hampir setiap hari.

Saya mula bekerja pada akhir tahun 1995 di sebuah kedai karpet di Chow Kit.  Sepanjang saya bekerja lebih 14 tahun, saya telah bekerja dengan 4 buah Syarikat.  Kesemuanya didalam Jabatan Kewangan.  Dari menulis cek, membuat laporan kewangan, reconciliation, membuat sistem baru dan lain-lain lagi.  Saya memang sangat suka nombor.  Seronok mengira duit orang 😆

Saya didedahkan dalam dunia berniaga seawal umur 3 atau 4 tahun. Tetapi mula berniaga sendiri pada tahun 2005 menjual kosmetik, minyak wangi dan bermacam lagi. 2006 baru saya mula berniaga secara online sehingga kini. Pernah menyewa kiosk dan menyertai tapak-tapak promosi. Paling lama, saya menyertai perniagaan MultiLevelMarketing hampir 10 tahun.

Saya minat membaca dan mendengar musik. Saya pantang ke kedai buku sebab pasti saya akan belek setiap buku dan alatulis yang ada. Orang kata, tak dapat beli tengok pun tak pe. Saya juga minat berniaga. Saya sentiasa mencari peluang niaga yang terbaru.

Puas saya fikir apa kemahiran yang saya ada. Kesimpulannya saya tiada kemahiran. Saya ada asas menjahit pakaian dan langsir. Saya juga boleh menaip dengan laju tanpa memandang papan kekunci komputer. Saya belajar menjahit dan menaip semasa menunggu keputusan SPM.

Saya belum punyai kepakaran. InsyaAllah, saya dalam proses untuk menjadi pakar dan bidang penulisan. Inilah titik permulaan bagi saya.

Saya penggila buku. Saya tak pernah lepaskan peluang ke Pesta Buku. Semasa zaman remaja, saya suka baca Novel Cinta. Tapi kekangan waktu dan minat semakin berubah. Saya suka membaca novel thriller dari penulis Ramlee Awang Murshid. Selain dari itu, saya suka buku genre ilmiah, keagamaan dan motivasi.

Ikuti saya di sini: http://puanhawarosli.blogspot.my/
Facebook: Hawa Rosli

Beberapa bulan lepas, saya baru mengenalpasti potensi diri saya.  Salah satunya adalah ilmu dan buku.  Maka, saya ingin mengubah diri saya menjadi seorang yang pandai menulis.  Di kelas ini, saya harap akan melatih saya menjadi blogger, copywriter dan storyteller yang dapat memberi manfaat kepada orang lain.  Seterusnya menjadi pakar dan boleh mengajar orang lain pula seperti Puan Masayu.

InsyaAllah, Aamiin.

2 comments:

  1. Puan dan saya mempunyai impian dan harapan yang sama.Semoga berjaya menjadi penulis berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, jom kita berusaha untuk capai impiand dan harapan yang kita idamkan.

      Delete