Tuesday, January 17, 2017

Jangan Ada Dusta Diantara Kita


Teks dan foto: Hawa Rosli


"Awak, saya nak kawin."

"Ye ke? Bila?" (terkejut!)

"Tak lama lagi."

"Nanti jemputlah saya."

"Tak nak lah."

"Erk?! Kenapa?" (eh dia nih! kawan kita tapi tak nak jemput dia kawin?!)

"Ye la, saya nak kawin dengan awak."

krik krik.  krik krik.  mata terbeliak!  "Awak sedar tak apa awak cakap ni?"

Bermulalah satu perjalanan yang panjang.

Kami hanya kawan.  Kami mula berkenalan di Mirc (ruangan Chatting di Internet).  Saya suka berkawan dengan dia sebab dia lain dari kawan-kawan yang saya ada.  Kami jarang sangat berjumpa.  Kalau talifon pun hanya bertanya khabar.

Tak sangka pulak ada orang sudi kawin dengan saya.  Kawan-kawan lain ramai dah kawin dan beranak-pinak.  Saya makin kehilangan kawan sebab masing-masing dah sibuk dengan kehidupan sendiri.

Orang yang paling gembira adalah Mak.  Kerisauan amat sangat takut anak daranya tak laku.  Sebenarnya saya dah serik.  Saya fikir berkawan saja dan nak sambung belajar.  Bila mak berulangkali bertanya tentang kawin, saya katakan "Kalau tak ada orang meminang saya tahun ini (2002), saya sambung belajar.  Takyah kawin sampai bila-bila." 

Doa ibu tiada hijab.  Doa mak dimakbulkan.  Mak juga yakinkan saya untuk terima dia selepas mak berjumpa dia.  Pandai dia memikat mak ๐Ÿ˜Ž  Hajat mak tercapai.  Dapat menantu dekat dengan dia.

Akhirnya 4 bulan selepas itu, kami diijabkabulkan oleh bapak saya sendiri.  Hari ini 17 Januari 2017 selepas Asar nanti genap 14 tahun kami bersama.  Alhamdulillah semoga hingga ke Jannah.

Selama 14 tahun ini, dia paling sabar melayan kerenah saya.  Saat sedih bahagia dia sentiasa ada.  Tiada apa yang saya pinta hanya kesetiaan, kasih sayang dan kejujuran.  Jangan Ada Dusta Diantara Kita, Kasih ๐Ÿ‘ซ

Benarlah, jodoh pertemuan semua Allah tentukan sejak di Loh Mahfuz.  Lambat atau cepat, di dunia atau di sana.  Doa dan terus berdoa mendapat jodoh terbaik.


Gambar pertama berdua ๐Ÿ’‘

No comments:

Post a Comment