Showing posts with label catatan perniagaan. Show all posts
Showing posts with label catatan perniagaan. Show all posts

Wednesday, March 15, 2017

Kepercayaan dari Personal Branding


Teks:  Hawa Rosli


Beberapa hari yang lalu, tiba-tiba isteri sahabat suami whatsapp saya.  Beliau memberitahu sahabatnya mencari penjual Shaklee lalu beliau teringat kepada saya.  Alhamdulillah dari membeli 3 produk Shaklee, sahabat beliau membeli 4 produk dan terus menjadi ahli Shaklee.  Terima kasih kak G ๐Ÿ˜

Apa yang ingin saya ceritakan disini adalah, kepercayaan dari penjenamaan diri di Facebook.  Sebenarnya dah lama kami tidak berjumpa.  Saya juga amat jarang nampak status kak G di Facebook.  Bagaimana beliau tahu saya menjual Shaklee selain dari Tupperware dan Jus Kolesterol?

Inilah yang dikatakan personal branding.  Saya hanya berniaga di online sahaja.  Selain Facebook, saya mempunyai Instagram dan baru berjinak dengan blog.  Apabila kita selalu bercerita tentang apa yang kita niagakan, mereka akan percayakan kita.  Disinilah terjadinya promosi dari kawan kepada kawan.

Pernah ke dalam Facebook kita, ada ramai peniaga yang menjual benda yang sama.  Tetapi kita tidak membeli dari mereka.  Kita cari orang yang kita percaya untuk membeli.  Betul?  Inilah yang dinamakan personal branding.

Personal branding untuk membina kepercayaan bukan untuk mencari ramai pengikut atau pembeli.  Terus kongsikan apa yang kita buat untuk membina kepercayaan bakal pelanggan.



Friday, March 3, 2017

Alat yang perlu ada untuk Berniaga - Bahagian 2


Teks dan foto:  Hawa Rosli


Salam pagi Juma'at nan indah dan tenang.  Alhamdulillah Allah masih izinkan kita bernafas lagi.  Nikmati hidup dengan lebih baik dan berkat.

2 hari lepas, sepatutnya saya poskan pesanan pelanggan malangnya saya terlupa!  Patutlah saya rasa macam ada kerja yang perlu dibuat tapi tak tahu apa.  Belum pernah terjadi begini.  Mungkin terlalu banyak fikir ๐Ÿ˜’

Semalam, Alhamdulillah saya dah selamat poskan walaupun pada mulanya sistem pejabat pos tergendala.  Mujur sebelum saya pulang, saya singgah sekali lagi ke pejabat pos.

Entri terdahulu saya paparkan tentang salah satu alat asas yang diperlukan untuk memudahkan proses menulis alamat di borang iaitu cop berdakwat.  Hari ini saya kongsikan alatan lain pula.

Apabila kita perlu pos barang, sudah pasti kita kena pastikan barangan tersebut dibungkus dengan rapi supaya ianya tidak rosak dalam perjalanan dan sampai ke tangan pelanggan dalam keadaan yang baik.

Ada berbagai jenis cara membungkus bergantung kepada barangan yang kita jual.  Paling mudah, gunakan plastik prabayar yang dijual di pejabat pos.  Masukkan barang dan pastikan plastik digam dengan baik.  Siap!

Tetapi bagi barangan yang saya jual, disebabkan ianya berasaskan cecair saya mesti pastikan balutannya tebal dan tidak pecah jika dicampak atau terjatuh.  Jadi, saya perlukan bubble wrap untuk pastikan tebal balutannya,  Gunting dan pelekat paling penting.  Jika bungkusan tidak dilekatkan dengan baik, mungkin ianya mudah terkoyak atau rosak.

Jom membungkus

Dah siap!
Bungkusan telah selamat diposkan semalam.  Semoga dapat sampai dengan selamat dan berkeadaan baik.



Wednesday, March 1, 2017

Adakah anda peniaga yang boleh dipercayai?


Teks dan foto:  Hawa Rosli
Emel: puanhawarosli@gmail.com


Saya telah berniaga di alam maya lebih dari 10 tahun.  Pada permulaan berniaga Alhamdulillah, pelanggan sangat baik dan naif sebab tidak ramai peniaga yang bersaing.

Tetapi lama kelamaan, suasana aman dan baik berniaga di talian ini telah dicemari oleh orang yang tidak bertanggungjawab.  Mereka menyamar menjadi penjual dan mempromosikan jualan dengan harga yang jauh lebih murah di pasaran.

Semestinya pembeli akan lebih tertarik dan dengan mudah membuat pembelian tanpa mengetahui yang penjual itu sebenarnya bukan berniaga.  Mereka mengambil gambar-gambar di internet dan iklankan di mukabuku mereka.

Pembeli hanya mengetahui mereka telah ditipu setelah menanti agak lama barangan yang dibeli tetapi tidak sampai ke tangan mereka.  Apabila ditanya nombor rujukan pengeposan barang mereka, pelbagai alasan diberikan dan seterusnya penjual tersebut akan block pembeli itu. 

Akhirnya setelah di Google, keluarlah senarai dimana penjual tersebut adalah salah seorang penipu.  Sejak itulah, ramai pelanggan berasa was-was untuk membeli di talian.

Bagaimana cara kita mengembalikan kepercayaan kepada pelanggan untuk berjualbeli dengan kita?  Melalui Facebook, Instagram, Blog atau apa sahaja medium yang anda gunakan untuk perniagaan di alam maya, selitkan 3 perkara dibawah;
  1. Tunjukkan testimoni atau komunikasi antara kita dengan pelanggan.
  2. Masukkan entri mengenai aktiviti bisnes anda seperti proses pembungkusan, aktiviti sedang pos barang atau menghadiri seminar atau kelas bisnes.
  3. Sesekali masukkan juga aktiviti anda sekeluarga yang akan memberikan gambaran bahawa anda juga punyai kehidupan selain dari hanya penuh dengan deretan iklan produk yang anda jual.
Itu adalah antara cara yang saya lakukan untuk pelanggan percaya dan membeli dari kita.  InsyaAllah, pelanggan lama yang dah lama tidak membeli akan mencari kita kembali ๐Ÿ˜ƒ 

Pelanggan ini telah menepati janji untuk membeli.

Beliau adalah salah seorang pelanggan lama saya sejak mula saya berniaga di forum.



Alat yang perlu ada untuk Berniaga - Bahagian 1


Teks dan foto:  Hawa Rosli
Emel:  puanhawarosli@gmail.com


Assalamu'alaikum.  Rasa cepat sahaja masa berjalan.  Tup tup dah masuk bulan Mac 2017, suku tahun yang pertama.  Semoga semakin baik pekerjaan, perniagaan dan kehidupan kita,  Bulan Ramadhan pun bakal menjelma kan?

Dalam berniaga banyak benda yang kadang-kala kita terlepas pandang dengan benda-benda kecil yang amat membantu kita melakukan sesuatu dengan cepat dan pantas.  Salah satu yang ingin saya ceritakan adalah tentang cop berdakwat atau pre-inked stamp.

Pada ketika saya mula berniaga secara alam maya, saya tidak pernah kisah tentang cop berdakwat ini.  Saya masih menulis alamat satu persatu di borang pos.  Tetapi semakin saya mendapat pesanan yang banyak, baru saya sedar saya boleh menjimatkan masa dari menulis alamat yang sama berulang-kali di borang pos.

Jadi, saya buat pesanan cop berdakwat dan mula menggunakannya sehingga hari ini.  Mudah dan praktikal serta menjimatkan masa.






Friday, February 24, 2017

Promo Ostematrix


Teks dan foto:  Hawa Rosli
Emel:  puanhawarosli@gmail.com


Parcel yang ditunggu-tunggu dah sampai.  Esok akan dihantar kepada pelanggan baru.



Seronoknya bila tiba-tiba ada orang tanya tentang produk yang kita kongsikan kebaikannya.  Jika di Facebook biasanya, jika kita menulis tentang kebaikan barang yang kita jual jarang sekali kawan-kawan 'Like' atau Komen.  Tetapi jika kita menulis tentang cerita merapu atau gurauan, ramai kawan-kawan yang akan 'Like' dan Komen.

Jangan putus asa.  Teruskan kongsi kebaikan produk dan manfaat yang kita dapat dari produk yang kita guna atau makan seikhlasnya.  Dalam diam, ada yang memerhati dan membaca.  Apabila perlu, dia pasti akan hubungi kita dan bertanya tentang produk yang diingininya.

Jangan lupa, Promo Ostematrix tinggal 4 hari sahaja!



Sunday, February 19, 2017

Membelibelah di Shaklee


Teks dan foto:  Hawa Rosli
Emel:  puanhawarosli@gmail.com


Dah lama pelanggan tetap order Vitamin Shaklee.  Baru dapat singgah semalam asik lupa je nak singgah.

Mudah je cara membeli barang di sana.  Semudah ABCD!

A - isi borang
B -  tekan no
C - bayar
D - ambil barang

Isi borang sebelum tekan nombor giliran. Setelah nombor dipanggil, serahkan borang dikaunter.  Pembayaran dibuat dan invois dikeluarkan.

Periksa barang yang dibeli dan selesai urusan pembelian.

Mudah berurusan disini dan suasananya tenang.  Semua lengkap disediakan seperti borang, pen, meja dan kerusi.  Anda pengguna Shaklee?  Kita geng ๐Ÿ˜†



Saturday, February 11, 2017

Tutorial Menukar Templates FanPage


Teks dan foto:  Hawa Rosli
Emel:  puanhawarosli@gmail.com

Tadi saya baru menukarkan 'template' atau paparan FanPage.  Sudah ada beberapa pilihan paparan FanPage.

Saya kongsikan cara menukar paparan di FanPage.

Langkah 1:  tekan 'Edit Page'



Sejurus itu, akan keluar pilihan-pilihan paparan yang sesuai dan yang disarankan oleh FaceBook.

Langkah 2:  Pilih paparan yang sesuai. Tekan 'Apply Template'


Antara paparan yang disarankan oleh Facebook adalah seperti dibawah.


Langkah 3:  Setelah itu, kita boleh 'Edit' butang tindakan dan susunan tab mengikut keperluan dan kepentingan di FanPage.



Ada pelbagai pilihan seperti 'call now', ' send message', 'contact us' dan lain-lain.  Sila pilih.



Susunan tab juga boleh ditukar.

Kedua-dua langkah di atas boleh ditukar mengikut kesesuaian.

Langkah 4:  Siap!

Selamat mencuba ๐Ÿ˜‚



Sunday, February 5, 2017

Penghantaran Barang


Teks:  Hawa Rosli


Berniaga di alam maya, peniaga yang akan menguruskan penghantaran barangan kepada pelanggan.  Sebaliknya peniaga yang ada premis, pelanggan yang datang dan terus membeli dari kedai.

Ada beberapa pilihan cara barangan akan sampai ke tangan pelanggan.

  •  Pos
  •  Jumpa pelanggan secara terus (COD)
  •  Pelanggan datang ambil sendiri (Self collect)

POS

Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke mana-mana tempat.  Jadi barangan dapat dihantar tidak mengira tempat.  Pilihan pos pula ada pelbagai syarikat penghantaran barang yang boleh dipilih mengikut kos yang dipersetujui oleh pelanggan dan peniaga.

Saya menggunakan khidmat Pos Malaysia kerana liputan penghantaran yang lebih meluas sehingga ke ceruk kampung.  Terdapat pelbagai syarikat penghantaran yang lain seperti Citylink, NationWide, Skynet dan lain-lain yang boleh dipilih mengikut kesesuaian peniaga.


Jumpa pelanggan secara terus (COD)

Cara kedua pula ialah peniaga dan pelanggan berjanji berjumpa di satu tempat pada masa dan hari yang telah ditetapkan.  Urusniaga dilakukan pada masa itu.  Setelah bayaran dibuat, barangan bertukar tangan.

Sesuai untuk pelanggan yang berdekatan kawasan yang dijanjikan.  Tetapi risikonya adalah pelanggan batalkan temujanji disaat akhir.  Pelanggan mungkin dikenakan kos penghantaran tetapi agak murah dari kos pos.  Ianya bergantung kepada budibicara peniaga tersebut.


Pelanggan datang ambil sendiri (Self collect)

Cara ini berlainan dari cara kedua.  Pelanggan akan datang ke rumah atau pejabat peniaga untuk ambil barangan yang dibeli.  Biasanya tiada kos penghantaran dikenakan.  Pelanggan hanya perlu bayar barang sahaja terlebih dahulu.  Hanya perlu tetapkan masa dan hari untuk ambil barang.


Peniaga dan pelanggan boleh membuat pilihan cara yang sesuai dengan mereka.  Jika peniaga menanggung kos pos, sebenarnya peniaga telah mengambil kira dari harga barangan yang dijual.



Tawar Menawar


Teks:  Hawa Rosli


Tawar menawar adalah salah satu adat membeli belah.  Tetapi bukan semua tempat boleh tawar menawar.  Jika telah dinyatakan harga tetap, walau satu sen pun tetap kena bayar.

Berniaga di alam maya atau di tapak-tapak promosi, pasti akan berlaku aktiviti tawar menawar antara pelanggan dan peniaga.  Ianya sesuatu yang telah dijangkakan.

Jika harga barangan RM24 pasti minta jadikan jumlah bulat RM20.  Tetapi ada juga pembeli yang meminta harga tidak masuk akal hanya kerana beliau membeli banyak.  Peniaga perlu bijak memujuk pelanggan untuk situasi sama-sama menang (win win situation).

Kadang-kala isu tawar menawar ini menjadi besar apabila pelanggan meminta harga yang tidak munasabah.  Atas alasan, jika berniaga di alam maya tidak perlu banyak belanja overhead seperti dikedai maka mereka sangka beli di alam maya akan mendapat harga jauh lebih murah.

Walaubagaimanapun, peniaga mesti pandai menangani isu tawar menawar ini.  Beritahu dengan tegas tetapi mesra jika tidak dapat berikan harga seperti yang mereka kehendaki.  Jangan sampai berlaku sesuatu yang tidak sepatutnya.



Panggilan kepada Pelanggan


Teks:  Hawa Rosli



Apakah panggilan yang anda gunakan untuk pelanggan anda?
- Tuan/Puan
- Encik/Cik
- Kak/Bang
- Sis
- Dear
- Yang
- I/You
- Saya/Awak
- nama pelanggan

Bagaimana hendak tentukan kepada siapa panggilan tersebut sesuai digunakan.  Pertama, lihat avatar pelanggan barangan yang anda jual.

Sebagai contoh, saya menjual jus kolesterol dan saya sasarkan jualan kepada pelanggan berusia 35 tahun ke atas tidak mengira lelaki atau perempuan.  Maka, untuk lelaki saya gunakan panggilan Tuan.  Tetapi untuk perempuan, saya lihat dulu gaya bahasa.

Boleh juga lihat gambar avatar yang digunakan di Facebook atau di Whatsapp. Pendekata, kita periksa dulu siapa pelanggan kita secara asasnya.

Kedua, dari gaya penulisan pelanggan juga kita boleh mengagak tahap umur dan panggilan yang sesuai digunakan.  Tetapi paling mudah, pelanggan sendiri mulakan panggilan kepada kita.  Jika beliau mulakan panggilan formal, kita pun balas dengan panggilan formal dan begitulah sebaliknya. 

Tetapi jika tidak dapat dikesan, pelanggan yang pertama kali berkomunikasi dengan kita, lebih sopan jika kita mulakan panggilan Tuan/Puan.

Berikan panggilan yang menyenangkan perasaan pelanggan.  Ini akan memudahkan proses berjual beli.  Dari pelanggan boleh menjadi kawan.



Friday, February 3, 2017

Penjenamaan Diri (Personal Branding)


Teks:  Hawa Rosli


Apakah 'Penjenamaan Diri'?  Ia bermaksud persepsi atau identifikasi terhadap suatu identiti.  Contohnya Dato' Sri Vida penjenamaan dirinya pemakaian tiara dan menjual produk kesihatan Pamoga dan Qu Puteh.  Secara ringkasnya, ianya adalah cara memasarkan diri dan kerjaya atau perniagaan.

Penjenamaan diri sebenarnya amat penting.  Tidak ramai peniaga yang menyedarinya.  Contohnya ramai peniaga di alam maya yang menjual pelbagai jenis barangan.  Selalunya mereka menggunakan nama produk atau gabungan nama glamour dan produk atau syarikat yang mereka sertai.  Apabila bertukar barangan jualan, mereka tukar nama lagi.

Mengapa penjenamaan diri ini penting?  Amat penting untuk mudah kita dikenali oleh orang ramai yang bakal menjadi pelanggan atau pelanggan setia.  Ianya adalah bagaimana kita ingin orang kaitkan kita apabila mereka lihat nama kita.  Sebagai contoh, bila kawan-kawan saya mencari Tupperware, mereka akan mencari saya.  Pendekata apabila melihat nama Hawa Rosli, mereka ingat Tupperware.

Bagaimana cara membina jenama diri?  Salah satu caranya adalah gunakan nama yang sama disemua media sosial.  Gaya penulisan dan konten yang ditulis di media sosial membentuk jenama diri.

Jika anda seorang peniaga, gunakan nama yang sama di dalam semua media sosial.  Gunakan nama yang menarik dan mudah diingati.  Jangan tukar nama walaupun nanti anda akan menjual pelbagai barangan.  Jika anda menjual barangan kesihatan, selalulah kongsikan artikel berkaitan dan iklan secara langsung atau tidak langsung.  Dengan cara ini semua pengikut anda akan cepat kenali diri anda. 

Thursday, February 2, 2017

Kelas online


Teks:  Hawa Rosli


Hari ini saya berazam untuk menghabiskan entri blog yang sepatutnya telah disiapkan pada 28 Mac yang lalu. Ini entri ke 36 dari 44 entri kesemuanya. Pasti boleh!
Salah satu azam saya ialah untuk sertai kelas online setiap bulan. Bulan lepas saya sertai kelas Asas Blog dan Penulisan. Disinilah wujudnya blog ini dan saya dilatih untuk konsisten menulis setiap hari walaupun bukan diblog tetapi sebolehnya dibuku atau Facebook.
Bulan Februari ini saya belum sertai mana-mana kelas online berbayar. Saya perlu siapkan tugasan yang diberi dahulu dan kemudian akan sertai kelas yang berkaitan pula. Saya tidak mahu jadi tamak.
Jangan tamak sertai kelas sana sini tetapi selepas itu peram ilmu dan tidak praktikkan. Jangan tamak tengok orang sertai kelas itu ini, kita pun nak ikut juga. Padahal masa tidak mengizinkan. Tepuk dada tanya iman,
Sebenarnya ada banyak kelas ditalian secara percuma. Cuma kita kena rajin cari dan pastikan ada masa untuk sertai. Berniaga di alam maya bukan sekadar keluarkan iklan sahaja. Tapi banyak benda lagi yang perlu dipelajari untuk menyesuaikan dengan aliran masakini.
faham ke faham?


Panggilan talifon dari Sifu Storytelling


Teks dan foto:  Hawa Rosli


Walaupun saya telah berniaga lebih 10 tahun di internet, tetapi tidak bermakna saya pandai tentang berniaga di alam maya.  Zaman berubah mengikut arus masa.  Jika dahulu hanya iklankan di internet dan tuliskan harga dan seterusnya pelanggan akan bertanya melalui pesanan ringkas.  Tetapi kini berlainan.

Sejak 2 tahun kebelakangan ini, saya telah ikuti cara menjual di Facebook telah berubah.  Orang akan lebih tertarik dengan iklan yang bercerita atau yang bukan secara nyata menjual.

Salah seorang Sifu atau Guru yang pakar mengenai cara iklan bercerita adalah Tuan Izan Shafie.  Saya telah ikuti beliau sejak 2 tahun dan belajar bercerita sambil beriklan 'Storytelling Copywriting'.

Setiap hari saya pasti akan membaca tulisan beliau di Facebook.  Banyak tips yang beliau kongsikan dan bagus untuk diikuti.  Bertuahnya saya hari ini kerana kepantasan saya komen di Facebook Tuan Izan, beliau telah talifon saya.

Saya sangat lemah dalam menulis 'Copywriting' apatah lagi 'Storytelling'.  Ianya perlukan latih tubi supaya idea makin mudah mengalir.  Itulah salah satu sebab saya ikuti kelas Asas Blog dan Penulisan.

Saya doakan Tuan Izan akan mendapat banyak input dari kami untuk memantapkan lagi kelas yang bakal beliau buat.  Saya pasti akan menjadi salah seorang pelajar beliau.

Jika anda ingin memantapkan 'Storytelling Copywriting' boleh ikuti Facebook Tuan Izan Shafie - Guru Niaga Akademi





Wednesday, February 1, 2017

Tiada Lagi Polisterin


Teks dan foto:  Hawa Rosli



Demi kempen menyelamatkan bumi, kedai-kedai makan tidak lagi dibenarkan membungkus makanan menggunakan polisterin.

Bekas plastik yang dibenarkan penggunaan pula lebih mahal dari polisterin.  Maka, pekedai terpaksa menaikkan harga makanan. Nak senang dan jimat, kita bawa Tupperware sendiri.

Saya ada lihat sendiri ada kedai makan yang caj bekas tapau tu 30sen.  Jadi kalau sehari 2 kali tapau dah jadi 30sen.  Sebulan?  Kena buat kira-kira tu.
Beg plastik caj 20sen ramai yang marah.  Tapi kita tidak sedar bekas tapau yang baru ini lebih mahal maka kedai kenakan caj tambahan.

Ada kedai berikan diskaun bila kita bawa sendiri bekas tapau.  Cuba tanya,  ada diskaun atau tidak.  Ada kedai telus yang nyatakan berapa sen diskaun diberikan begitu juga sebaliknya.  Pernah terbaca ada kedai makan berikan diskaun 60sen jika bawa bekas sendiri.  Untungkan?  Dapat jimat banyak untuk jangkamasa panjang.

Tupperware ada berbagai jenis bekas untuk tapau makanan.  Tetapi tidak semua sesuai untu makanan panas.  Tupperware ini sesuai untuk diletakkan makanan panas didalamnya.

Ianya tahan panas dan makanan boleh dipanaskan di dalam microwave.  Ada penapis juga kalau beli mee/mihun/laksa.  Boleh asingkan dari kuah.

Saya ada 1 set Tapau Set dirumah.  Nampaknya kena bawa siap-siap di dalam keta ๐Ÿ˜ƒ




Kenapa Shaklee


Teks dan foto:  Hawa Rosli


Jika saya mula berniaga Tupperware akibat minat saya membelek katalog.  Perniagaan kedua saya sertai adalah produk berasaskan kesihatan.

Ianya lari dari apa yang saya jual selama ini.  Tetapi saya pernah juga jual barangan kesihatan sebelum ini.  Kebanyakannya produk baru yang hangat dijual untuk tempoh waktu yang singkat.

Bagaimana saya terbuka hati untuk menyertai Shaklee?  Kerana Ostematrix jawapannya.

Ketika itu saya selalu mengalami sakit belakang yang menyebabkan saya susah nak bangun, duduk dan berbaring.  Ketika itu Tsunami Shaklee melanda Facebook kerana ramai ejen Tupperware telah mula menjual Shaklee.

Saya ikuti testimoni dan produk yang diiklankan.  Akhirnya terjumpa banyak testimoni tentang sakit belakang boleh berkurangan dan hilang selepas makan Ostematrix.

Saya cari kawan lama yang kenal sejak di forum dan beli darinya dan terus menjadi ahli Shaklee.  Saya pernah jual dan mendapat komisen dari Shaklee.

Sehingga sekarang, saya masih makan produk Shaklee dan mempunyai beberapa pelanggan.  Semoga tahun 2017 ini saya boleh fokus dan mendapat pendapatan dari Shaklee.



Sunday, January 22, 2017

Memilih Pelanggan


Teks:  Hawa Rosli


- FOR SERIOUS BUYER ONLY !!!
- NO BACK OUT BUYER !!
- FIXED PRICE NO NEGO !!

Jika saya nampak ayat-ayat diatas, saya akan batalkan hasrat menjadi pelanggan di kedai online tersebut.

Sebagai peniaga, berbagai pe'el dan ragam pelanggan yang akan dijumpai setiap kali berurusniaga.  Bagi saya, ayat-ayat diatas sangat tak relevan.  Tak semua pelanggan yang bertanya terus nak membeli.

Sebagai contoh, kita ke kedai nak beli tudung.  Adakah kita masuk ke satu kedai dan terus membeli tudung itu?  Saya pasti 99% tidak membeli.  Kita akan masuk ke satu kedai dan ke satu kedai yang lain.  Mungkin kedai yang ke 5 baru kita berkenan, barulah kita membeli.  Betul ke betul?

Jadi, sama juga konsep walaupun berniaga di kedai internet.  Peniaga mesti kental.  Semakin banyak halangan atau tolakan yang dihadapi dalam urusniaga, semakin matang peniaga tersebut.

Nak berjaya dalam berniaga, hadap saja sesiapa pun dihadapan ๐Ÿ˜



Bungkus dan Balut


Teks dan foto:  Hawa Rosli


Berniaga sangat seronok.  Dapat duit terus selepas barang dibeli.  Seterusnya, aktiviti membungkus barang untuk diposkan.

Saya memang tidak pandai membungkus atau membalut barang.  Kalau beli hadiah, biasanya kawan atau staff Servis Pelanggan yang balutkan.  Bila mula meniaga, jenuh saya belajar membalut.

Pada mulanya, balutan saya tak kemas.  Tapi semakin lama berlatih, hari demi hari saya dah boleh membalut dengan baik.  Balutan hamper pun saya dah boleh buat.

Kalau ada nak tempah hamper, bolehlah hantar emel ke puanhawarosli@gmail.com

'Practice makes perfect'




Tupperware Oh Tupperware


Teks dan foto:  Hawa Rosli


Siapa suka Tupperware?  Kita geng ๐Ÿ˜… 

Tupperware pertama saya beli adalah botol air.  Masih ada sehingga sekarang.  Makin lama makin banyak warna dan pelbagai jenis Tupperware yang keluar.

Di dalam almari ini, sebahagian dari koleksi 'limited edition' barangan Tupperware yang kebanyakkannya saya dapat secara percuma.  Sayang nak dijual jadi, saya simpan saja.  Ada yang saya guna ada yang tak pernah guna.



Tahun lepas, saya mula kurangkan mengumpul Tupperware sebab ada yang tidak digunakan lagi.  Banyak saya jual walaupun rasa sayang ๐Ÿ˜ข

Jika anda nak lihat Tupperware yang saya jual, tekan link ni ye TupperwareHawa

Kepercayaan Pelanggan


Teks dan foto:  Hawa Rosli


Peniaga adalah pelanggan tetapi pelanggan tidak semestinya peniaga.  Peniaga memahami kehendak pelanggan.  Bukan mudah untuk memuaskan hati pelanggan.  Peniaga melayani pelanggan dari proses bertanya tentang produk sehinggalah pos barang.

Perkara yang paling penting adalah komunikasi.  Jika berniaga di kedai atau tapak promosi, komunikasi adalah secara berdepan.  Jadi, kita bercakap dengan pelanggan secara terus.

Berlainan dari berniaga di internet.  Kita menulis untuk memberi keterangan kepada persoalan pelanggan.  Jawapan atau keterangan bertulis yang diberikan mesti ditulis dengan hati-hati.  Kenapa ya?  Apa yang ditulis, boleh dibaca dengan pelbagai intonasi.  Akan terjadi salah faham apabila dibaca dengan intonasi yang salah.

Pernah tak kita tak jadi membeli sebab was-was dengan peniaga online?  Saya pernah.

Bagaimana nak meyakinkan dan buat pelanggan percaya dengan kita?  Saya kongsikan sebahagian tips kepada anda.

  1.  Berkomunikasi dengan mesra
  2.  Berikan jawapan yang meyakinkan
  3.  Tunjukkan aktiviti berniaga.  Contohnya, sedang bungkus barang atau pos barang jualan
  4.  Berpengetahuan atau memahami barangan yang dijual
  5.  Tunjukkan testimoni dari pelanggan tentang barangan dan servis
Peniaga baru mungkin tidak berapa yakin atau takut hendak melayan pelanggan.  Ketepikan perasaan itu jika hendak jadi peniaga.  Cuba praktikkan tips yang saya kongsikan.  Selamat berjaya!





Kejayaan dalam perniagaan MLM


Teks dan foto:  Hawa Rosli


Pernah tengok gambar orang pergi berjalan ke luar negeri, berkereta mahal dan menunjuk mock check dengan jumlah yang tinggi?  Dulu saya selalu nampak dan mesti saya cakap 'seronoknya' dan fikir, saya tidak mampu lakukan seperti mereka.

Tetapi saya silap!  Dengan cara kerja dan panduan bimbingan dari upline, Alhamdulillah saya dapat mencapai beberapa kejayaan.  Saya menyertai perniagaan Tupperware.  Semua tahu kan?  Dah lebih 50 tahun berada di Malaysia.

Pertama kali saya pergi ke luar negara pada tahun 2009 dan setiap tahun berikutnya.  Tidak saya sangka saya dapat jejak ke negara orang dengan berniaga MLM.

Kejayaan kedua, saya berjaya menjadi TOP 5 dalam Malaysia, Singapura dan Brunei.  Saya mendapat hadiah buah rantai berlian bernilai RM3000 dan bermacam hadiah lain.  Seronok tidak terkira kerana usaha berbaloi.

Macamana nak jadi hebat?  Kerja tanpa jemu.  Pelbagai aktiviti dan promosi.  InsyaAllah pasti berjaya.