Friday, January 20, 2017

Beniaga di kiosk


Teks dan foto:  Hawa Rosli


Sudah lebih 2 tahun saya meninggalkan perniagaan di kiosk.  Setelah lebih 3 tahun berniaga di sana, akhirnya saya terpaksa menutup kiosk. Kenapa tutup?

Saya nak kongsikan bagaimana kita tahu masa untuk kita kembangkan perniagaan dan masa untuk menutup atau tukar ke perniagaan yang lain.  Saya telah alami naik turun dalam berniaga walau hanya skala kecil.

Saya pernah menyewa 2 kiosk sepanjang saya berniaga selepas saya berhenti kerja.  Kiosk pertama di KL Sentral.  Disana saya berniaga barangan aksesori wanita dan Tupperware.  Kiosk kedua pula di IJN, KL menjual Tupperware.

Permulaan berniaga agak kurang menguntungkan kerana pelanggan baru tahu dan belum berani membeli dari kita.  Biasanya masuk bulan ke 3 barulah nampak kemajuan dan sambutan yang menggalakkan.

Tetapi setelah beberapa tahun di tempat yang sama serta berikutan perubahan di kawasan sekitar, lama kelamaan kurang pelanggan dan semakin sepi.

Setiap bulan saya akan buat pengiraan keuntungan di kiosk.  Bermakna saya mengasingkan perniagaan online dan yang di kiosk.  Apabila bulan ke 3 dan seterusnya terdapat penurunan yang semakin menurun, kita mesti buat keputusan.

Apabila keuntungan hanya sekadar dapat membayar sewa kiosk, maka sudah tiba masanya kita beralih ke tempat lain atau menutup kiosk tersebut.  Keuntungan mestilah lebih dari sewa yang dibayar dan tidak dicampurkan dengan perniagaan yang bukan di kiosk.

Bak kata orang, korek lubang tampal lubang.  Jadi, buat keputusan dengan bijak.  Jangan berniaga dengan berhutang.  Ianya akan menyusahkan kita.



No comments:

Post a Comment