Wednesday, January 18, 2017

Tekanan Perasaan


Teks:  Hawa Rosli
Foto:  Google





Setiap hari didalam berita tv, surat khabar malah internet banyak keluar cerita tentang bunuh diri, amuk, anak lari dari rumah, terjun bangunan dan bermacam lagi.  Tahukah anda segalanya berpunca dari tekanan perasaan.

Tekanan perasaan adalah apabila kehendak tidak selari dengan tindakan.  Keterpaksaan didalam melakukan sesuatu samada dipaksa oleh orang ketiga atau terpaksa untuk memuaskan hati seseorang tanpa pedulikan kehendak diri sendiri.

Kecewa dalam hidup juga menyebabkan tekanan perasaan.  Kecewa dalam percintaan atau perhubungan yang melibatkan emosi.  Kecewa apabila matlamat atau impian tidak tercapai dan pelbagai lagi.  Kesemuanya melibatkan emosi.

Apabila seseorang mengalami tekanan perasaan, hormon adrenalin terhasil maka degupan jantung kencang, pernafasan laju dan tekanan darah akan meningkat.  Ianya juga mengakibatkan kehilangan Vitamin C didalam badan.

Setiap masalah, ada cara penyelesaiannya.  Allah takkan menguji hambanya yang tidak mampu menghadapi ujian.  Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan perlahan-lahan.  Senyum dan katakan segalanya boleh diselesaikan dengan baik.

Makanlah makanan yang boleh membantu mengurangkan tekanan seperti ikan salmon, coklat gelap, buah oren, sayuran hijau dan lain-lain lagi (sekadar beberapa contoh).  Setiap makanan mempunyai khasiat tersendiri yang dapat membantu mengurangkan tekanan.

Mulakan hari dengan senyuman 😁

No comments:

Post a Comment