Sunday, February 5, 2017

Penghantaran Barang


Teks:  Hawa Rosli


Berniaga di alam maya, peniaga yang akan menguruskan penghantaran barangan kepada pelanggan.  Sebaliknya peniaga yang ada premis, pelanggan yang datang dan terus membeli dari kedai.

Ada beberapa pilihan cara barangan akan sampai ke tangan pelanggan.

  •  Pos
  •  Jumpa pelanggan secara terus (COD)
  •  Pelanggan datang ambil sendiri (Self collect)

POS

Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke mana-mana tempat.  Jadi barangan dapat dihantar tidak mengira tempat.  Pilihan pos pula ada pelbagai syarikat penghantaran barang yang boleh dipilih mengikut kos yang dipersetujui oleh pelanggan dan peniaga.

Saya menggunakan khidmat Pos Malaysia kerana liputan penghantaran yang lebih meluas sehingga ke ceruk kampung.  Terdapat pelbagai syarikat penghantaran yang lain seperti Citylink, NationWide, Skynet dan lain-lain yang boleh dipilih mengikut kesesuaian peniaga.


Jumpa pelanggan secara terus (COD)

Cara kedua pula ialah peniaga dan pelanggan berjanji berjumpa di satu tempat pada masa dan hari yang telah ditetapkan.  Urusniaga dilakukan pada masa itu.  Setelah bayaran dibuat, barangan bertukar tangan.

Sesuai untuk pelanggan yang berdekatan kawasan yang dijanjikan.  Tetapi risikonya adalah pelanggan batalkan temujanji disaat akhir.  Pelanggan mungkin dikenakan kos penghantaran tetapi agak murah dari kos pos.  Ianya bergantung kepada budibicara peniaga tersebut.


Pelanggan datang ambil sendiri (Self collect)

Cara ini berlainan dari cara kedua.  Pelanggan akan datang ke rumah atau pejabat peniaga untuk ambil barangan yang dibeli.  Biasanya tiada kos penghantaran dikenakan.  Pelanggan hanya perlu bayar barang sahaja terlebih dahulu.  Hanya perlu tetapkan masa dan hari untuk ambil barang.


Peniaga dan pelanggan boleh membuat pilihan cara yang sesuai dengan mereka.  Jika peniaga menanggung kos pos, sebenarnya peniaga telah mengambil kira dari harga barangan yang dijual.



No comments:

Post a Comment