Wednesday, March 1, 2017

Adakah anda peniaga yang boleh dipercayai?


Teks dan foto:  Hawa Rosli
Emel: puanhawarosli@gmail.com


Saya telah berniaga di alam maya lebih dari 10 tahun.  Pada permulaan berniaga Alhamdulillah, pelanggan sangat baik dan naif sebab tidak ramai peniaga yang bersaing.

Tetapi lama kelamaan, suasana aman dan baik berniaga di talian ini telah dicemari oleh orang yang tidak bertanggungjawab.  Mereka menyamar menjadi penjual dan mempromosikan jualan dengan harga yang jauh lebih murah di pasaran.

Semestinya pembeli akan lebih tertarik dan dengan mudah membuat pembelian tanpa mengetahui yang penjual itu sebenarnya bukan berniaga.  Mereka mengambil gambar-gambar di internet dan iklankan di mukabuku mereka.

Pembeli hanya mengetahui mereka telah ditipu setelah menanti agak lama barangan yang dibeli tetapi tidak sampai ke tangan mereka.  Apabila ditanya nombor rujukan pengeposan barang mereka, pelbagai alasan diberikan dan seterusnya penjual tersebut akan block pembeli itu. 

Akhirnya setelah di Google, keluarlah senarai dimana penjual tersebut adalah salah seorang penipu.  Sejak itulah, ramai pelanggan berasa was-was untuk membeli di talian.

Bagaimana cara kita mengembalikan kepercayaan kepada pelanggan untuk berjualbeli dengan kita?  Melalui Facebook, Instagram, Blog atau apa sahaja medium yang anda gunakan untuk perniagaan di alam maya, selitkan 3 perkara dibawah;
  1. Tunjukkan testimoni atau komunikasi antara kita dengan pelanggan.
  2. Masukkan entri mengenai aktiviti bisnes anda seperti proses pembungkusan, aktiviti sedang pos barang atau menghadiri seminar atau kelas bisnes.
  3. Sesekali masukkan juga aktiviti anda sekeluarga yang akan memberikan gambaran bahawa anda juga punyai kehidupan selain dari hanya penuh dengan deretan iklan produk yang anda jual.
Itu adalah antara cara yang saya lakukan untuk pelanggan percaya dan membeli dari kita.  InsyaAllah, pelanggan lama yang dah lama tidak membeli akan mencari kita kembali 😃 

Pelanggan ini telah menepati janji untuk membeli.

Beliau adalah salah seorang pelanggan lama saya sejak mula saya berniaga di forum.



No comments:

Post a Comment