Friday, March 3, 2017

Alat yang perlu ada untuk Berniaga - Bahagian 2


Teks dan foto:  Hawa Rosli


Salam pagi Juma'at nan indah dan tenang.  Alhamdulillah Allah masih izinkan kita bernafas lagi.  Nikmati hidup dengan lebih baik dan berkat.

2 hari lepas, sepatutnya saya poskan pesanan pelanggan malangnya saya terlupa!  Patutlah saya rasa macam ada kerja yang perlu dibuat tapi tak tahu apa.  Belum pernah terjadi begini.  Mungkin terlalu banyak fikir 😒

Semalam, Alhamdulillah saya dah selamat poskan walaupun pada mulanya sistem pejabat pos tergendala.  Mujur sebelum saya pulang, saya singgah sekali lagi ke pejabat pos.

Entri terdahulu saya paparkan tentang salah satu alat asas yang diperlukan untuk memudahkan proses menulis alamat di borang iaitu cop berdakwat.  Hari ini saya kongsikan alatan lain pula.

Apabila kita perlu pos barang, sudah pasti kita kena pastikan barangan tersebut dibungkus dengan rapi supaya ianya tidak rosak dalam perjalanan dan sampai ke tangan pelanggan dalam keadaan yang baik.

Ada berbagai jenis cara membungkus bergantung kepada barangan yang kita jual.  Paling mudah, gunakan plastik prabayar yang dijual di pejabat pos.  Masukkan barang dan pastikan plastik digam dengan baik.  Siap!

Tetapi bagi barangan yang saya jual, disebabkan ianya berasaskan cecair saya mesti pastikan balutannya tebal dan tidak pecah jika dicampak atau terjatuh.  Jadi, saya perlukan bubble wrap untuk pastikan tebal balutannya,  Gunting dan pelekat paling penting.  Jika bungkusan tidak dilekatkan dengan baik, mungkin ianya mudah terkoyak atau rosak.

Jom membungkus

Dah siap!
Bungkusan telah selamat diposkan semalam.  Semoga dapat sampai dengan selamat dan berkeadaan baik.



No comments:

Post a Comment