Sunday, February 5, 2017

Tawar Menawar


Teks:  Hawa Rosli


Tawar menawar adalah salah satu adat membeli belah.  Tetapi bukan semua tempat boleh tawar menawar.  Jika telah dinyatakan harga tetap, walau satu sen pun tetap kena bayar.

Berniaga di alam maya atau di tapak-tapak promosi, pasti akan berlaku aktiviti tawar menawar antara pelanggan dan peniaga.  Ianya sesuatu yang telah dijangkakan.

Jika harga barangan RM24 pasti minta jadikan jumlah bulat RM20.  Tetapi ada juga pembeli yang meminta harga tidak masuk akal hanya kerana beliau membeli banyak.  Peniaga perlu bijak memujuk pelanggan untuk situasi sama-sama menang (win win situation).

Kadang-kala isu tawar menawar ini menjadi besar apabila pelanggan meminta harga yang tidak munasabah.  Atas alasan, jika berniaga di alam maya tidak perlu banyak belanja overhead seperti dikedai maka mereka sangka beli di alam maya akan mendapat harga jauh lebih murah.

Walaubagaimanapun, peniaga mesti pandai menangani isu tawar menawar ini.  Beritahu dengan tegas tetapi mesra jika tidak dapat berikan harga seperti yang mereka kehendaki.  Jangan sampai berlaku sesuatu yang tidak sepatutnya.



No comments:

Post a Comment