Friday, February 3, 2017

Penjenamaan Diri (Personal Branding)


Teks:  Hawa Rosli


Apakah 'Penjenamaan Diri'?  Ia bermaksud persepsi atau identifikasi terhadap suatu identiti.  Contohnya Dato' Sri Vida penjenamaan dirinya pemakaian tiara dan menjual produk kesihatan Pamoga dan Qu Puteh.  Secara ringkasnya, ianya adalah cara memasarkan diri dan kerjaya atau perniagaan.

Penjenamaan diri sebenarnya amat penting.  Tidak ramai peniaga yang menyedarinya.  Contohnya ramai peniaga di alam maya yang menjual pelbagai jenis barangan.  Selalunya mereka menggunakan nama produk atau gabungan nama glamour dan produk atau syarikat yang mereka sertai.  Apabila bertukar barangan jualan, mereka tukar nama lagi.

Mengapa penjenamaan diri ini penting?  Amat penting untuk mudah kita dikenali oleh orang ramai yang bakal menjadi pelanggan atau pelanggan setia.  Ianya adalah bagaimana kita ingin orang kaitkan kita apabila mereka lihat nama kita.  Sebagai contoh, bila kawan-kawan saya mencari Tupperware, mereka akan mencari saya.  Pendekata apabila melihat nama Hawa Rosli, mereka ingat Tupperware.

Bagaimana cara membina jenama diri?  Salah satu caranya adalah gunakan nama yang sama disemua media sosial.  Gaya penulisan dan konten yang ditulis di media sosial membentuk jenama diri.

Jika anda seorang peniaga, gunakan nama yang sama di dalam semua media sosial.  Gunakan nama yang menarik dan mudah diingati.  Jangan tukar nama walaupun nanti anda akan menjual pelbagai barangan.  Jika anda menjual barangan kesihatan, selalulah kongsikan artikel berkaitan dan iklan secara langsung atau tidak langsung.  Dengan cara ini semua pengikut anda akan cepat kenali diri anda. 

No comments:

Post a Comment