Thursday, February 2, 2017

Disebalik tabir


Teks dan foto:  Hawa Rosli


Bukan senang nak jadi senang.  Meniaga online sebenarnya agak remeh kerana kedai kita adalah di depan skrin sahaja.  Pelanggan akan singgah ke iklan bila melihat gambar yang kita paparkan cantik dan menarik.

Inilah kerja saya disebalik tabir.  Gantung kain putih untuk dapatkan background yang dapat menonjolkan barangan yang nak dijual.  Agak remeh untuk barangan Tupperware kerana saya harus buka satu persatu dan pastikan barangan disimpan semula tanpa cacat cela.

Buka plastik dan posingkan Tupperware dan ambil gambar.  Semasa ambil gambar kena pastikan lampu cukup terang dan posisi Tupperware kena betul supaya pelanggan dapat mengagak saiz dan bentuk sebenar Tupperware itu.  Selesai ambil gambar, simpan semula ke dalam plastik.

Gambar yang telah diambil saya edit meletakkan nama, harga dan nombor talifon untuk dihubungi.  Saya hanya gunakan talifon pintar sahaja.  Pelbagai applikasi yang boleh dimuatturun untuk edit gambar.  Pilih yang bersesuaian dan mudah digunakan.

Pernah tengok di Facebook peniaga marah-marah apabila gambar mereka dicuri?  Saya dulu pun begitu.  Penat-penat ambil gambar dan edit, tiba-tiba ada orang lain terus ambil dan gunakan gambar itu.  Itulah pentingnya kita edit letakkan 'watermark'.  Tetapi awas! ada yang pandai edit buang 'watermark' tersebut.

Apapun, semakin lama berniaga di alam maya saya semakin matang.  Saya redha jika gambar yang saya ambil orang ambil tanpa izin.





No comments:

Post a Comment