Wednesday, February 8, 2017

Jasa Dapur Comel


Teks dan foto:  Hawa Rosli
Emel:  puanhawarosli@gmail.com


Malam Jumaat lepas, ketika saya sedang menggoreng ayam tiba-tiba dapur saya terpadam.  Alamak! gas habis 😓  Jam dah lebih pukul 8 malam.  Kedai hampir nak tutup dah.

Ting! saya buka kabinet dan keluarkan dapur mudah alih ini.   Nasib baik masih ada 3 tong gas yang belum digunakan.  Inilah penyelamat saya 😌  


Dapur kecil ini banyak berjasa kepada kami.  Dahulu saya usung kesana sini setiap kali membuat 'demo' dan 'parti Tupperware'.  Dia juga setia bersama saya setiap kali kami pergi bercuti atau pergi berkelah.

Siapa ada dapur mudah alih begini?  Kita kawan! 👍



No comments:

Post a Comment