Sunday, February 5, 2017

Suka Jadi Duka


Teks:  Hawa Rosli


Dulu mak selalu berpesan, "jangan suka-suka sangat", "beringat-ingat", "kaji buruk, baik sampai" dan bermacam pesanan lagi.  Apa maksudnya?  Mak cakap, kalau pergi jalan jauh kena berhati-hati dan beringat-ingat.  Jangan sampai leka dek kerana terlalu gembira semasa berjalan-jalan.  Jika bergurau, jangan terlalu suka.

Pasti kita pernah baca atau dengar berita budak tercucuk kawan dengan gunting sebab bergurau.  Gigi patah sebab terjatuh semasa bermain lari-lari dengan kawan-kawan.  Pelbagai lagi situasi yang terjadi akibat bergurau atau terjadi tanpa sengaja.

Seringkali ibu bapa berpesan tetapi selalunya terlupa apabila terlalu asyik gembira.  Apa yang boleh kita buat, hanya berpesan dan mengingatkan mereka berulang-kali.  Beritahu apakah natijah atau kesan jika terjadi yang tidak sepatutnya.

Walaubagaimana pun sebagai ibu bapa, doalah senjata yang paling ampuh untuk anak-anak.  Semoga semuanya terpelihara dari kejadian yang tidak diingini.



No comments:

Post a Comment