Saturday, September 2, 2017

Sukan Sea 2017

Teks:  Hawa Rosli
Foto:  Google


Sukan Sea baru sahaja melabuhkan tirai.  Kita yang tak minat sukan turut sama bersemangat tiba-tiba tiap kali team Malaysia masuk pusingan untuk rebut Emas.  Semangat kesukanan katanya 😁

Upacara pembukaan dan penutup yang meriah.  Target yang telah dicapai.  Lahirnya atlit-atlit baru yang bakal mewarnai dunia sukan Malaysia.  Bakal menggantikan atlit-atlit yang semakin meningkat usia.

Apa yang menjadikan saya lebih dekat dengan Sukan Sea adalah kerana suami saya merupakan antara 15,000 orang sukarelawan yang turut serta membantu melancarkan lagi perjalanan Sukan Sea.

Saya akan tuliskan pengalaman suami saya sebagai seorang Sukarelawan Sukan Sea dalam entri akan datang.

#suamikumrvolunteer


No comments:

Post a Comment