Sunday, March 5, 2017

Mari menjahit


Teks:  Hawa Rosli


Dah lama tak pegang jarum menjahit.  Malam tadi baru cari kit jahitan sebab hendak menjahit seluar yang koyak 😝

Pandai ke menjahit?  Ops! setakat jahitan asas InsyaAllah, boleh.  Saya sebenarnya pernah belajar menjahit semasa menunggu keputusan SPM dahulu.  Saya belajar cara menjahit bermacam fesyen baju dan seluar.  Tetapi saya tidak menamatkan kursus jahitan tersebut jadi saya tidak sempat belajar menjahit baju kurung.

Saya juga pernah membantu emak menjahit langsir yang ringkas.  Saya pernah membuat crochet dan jahitan cross-stitch suatu ketika dahulu.  Kebelakangan ini, terasa ingin membuat sesuatu dengan menjahit.  InsyaAllah, suatu hari nanti mungkin 😇

Tu dia hasil jahitan tangan.  Jahit lurus sahaja.
Saya tiada mesin jahit.  Teringin hendak membeli mesin jahit yang kecil sekadar untuk menjahit pakaian yang koyak atau ubahsuai (alteration).  Masih mencari mesin jahit yang sesuai.



No comments:

Post a Comment