Wednesday, March 8, 2017

BR1M 2017


Teks:  Hawa Rosli
Emel:  puanhawarosli@gmail.com


Dah 2 hari heboh diperkatakan tentang BR1M.  Buka jer mukabuku, berderet cerita BR1M yang ditolak.  Perlukan pengesahan dek kerana punyai SSM.  Ramai meluahkan rasa ketidakpuashatian.

Tidak kurang juga yang mempersendakan tidak pernah minta BR1M dan sebagainya.  Bagi yang masih mampu berbelanja anda memang tidak layak untuk dapatkan BR1M.

Tetapi cuba kita renung dan fikirkan saudara kita yang miskin yang kais pagi makan pagi.  Mereka ini amat memerlukan BR1M.  Nilai RM200 itu ibarat RM2000 kepada mereka.

RM200 pada anda mungkin seperti RM20 sahaja.  Anda masih mampu memandu kereta kesana sini.  Masih mampu beli tudung, beg dan kasut.  Tapi mereka?!  Nak beli beras pun tidak mampu.

Janganlah kita mempersendakan.  Anda tidak berada di tempat mereka maka anda tidak tahu kepayahan dan kesusahan yang mereka alami.  Jika anda memang tidak layak atau tidak pernah memohon, sila diam kerana kadang-kala gurauan itu mungkin melukakan hati insan yang lain 😐



No comments:

Post a Comment