Teks dan foto: Hawa Rosli
Emel: puanhawarosli@gmail.com
Kebelakangan ini Viral di mukabuku tentang Kuih Keria Sira Gula Melaka. Dah lama saya nak buat sendiri kuih keria tetapi dek kekangan masa maka tertangguh saja.
Sebenarnya mudah sahaja buat kuih keria ini, cuma perlukan keledek, tepung dan gula merah atau gula putih untuk disira.
![]() |
Keledek yang telah direbus, dilecek dan digaul bersama tepung gandum |
![]() |
Gaul hingga sebati |
![]() |
Bentukkan seperti cincin. Jika nak bentuk lain pun boleh. |
![]() |
Goreng kuih keria dengan api sederhana. |
Setelah kuih digoreng, sediakan pula sira gulanya. Caranya ialah gunakan gula melaka yang telah dihancurkan dan masukkan sedikit air dimasakkan dengan api sederhana. Setelah air gula menggelegak dan likat, masukkan kuih keria dan digaul rata. Tutup api dan angkat.
![]() |
Siap sedia untuk dimakan. |
Sedap 😋
Wah sedapnya kuih keria. Tengok gambar pun dah terliur..nyum..nyum..nyum
ReplyDeleteperniagaannar@gmail.com
http://www.farracare.com/