Teks dan Foto: Hawa Rosli
Emel: puanhawarosli@gmail.com
Pada Halfest Asian yang lepas, saya ada membeli Pes Ikan Bakar Tempoyak dari salah satu booth di sana. Teringat ada beli ikan kembong beberapa hari yang lalu. Kata penjual itu, pes ini terhad. Hanya dikeluarkan jika ada bekalan tempoyak sahaja.
Saya beli dengan harga RM8 sepeket. Tak sabar nak bakar ikan guna pes nih.
Saya lumurkan ikan kembung dengan pes tersebut. Tak lupa letakkan juga dibahagian dalam ikan. Lepas tu bungkus dengan aluminium foil.
Saya gunakan Pemanggang Ajaib sahaja. Gunakan api yang sederhana. Dalam masa 30 minit, siap ikan dibakar.
Apa rasanya? Sedap kena dengan selera saya. Tapi pedas sangat. Meleleh-leleh peluh dek kepedasan. Puas hati sebab sedap.
Mana rupa ikannya?Alamak, tak sempat ambil gambar ikan yang dah masak. Habis tinggal tulang aje.
No comments:
Post a Comment